Written by AbangNara | June 19th, 2015

Setelah sekian lama berdolak-dalik, akhirnya Remy Ishak telah membuat pengakuan yang Roszaliza Yusof adalah kekasih hatinya. Mereka berdua kini sedang bercinta dan dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Walaupun begitu, tarikh pernikahan masih belum ditentukan. Untuk makluman, Remy berusia 33 tahun sementara Roszaliza berusia 34 tahun. Roszaliza merupakan Pengarah Urusan Roistz Labels.

Remy telah pun membawa Roszaliza berjumpa ibunya, namun buat masa ini belum ada sebarang perancangan kerana mahu memfokuskan kepada perkahwinan adiknya pada September ini. Remy juga turut menjelaskan dakwaan tentang dirinya yang sering membawa Roszaliza pulang ke rumah. Kata Remy:-

Benar saya rapat dengannya sejak dua tahun lalu tetapi saya jarang bercakap mengenai soal cinta kerana ia terlalu peribadi buat saya. Saya pula memang seorang yang tidak suka menonjolkan sesuatu hubungan itu kerana bimbang nanti jadi fitnah tambahan pula masih belum ada ikatan yang sah.

Saya sendiri tidak tahu dendam apa yang individu berkenaan simpan dalam hatinya sehingga membuat fitnah seperti itu kepada saya dan ia bukan pertama kali berlaku.

Pada saya mudah, buat tidak tahu sahaja dengan tuduhan berkenaan kerana ia tidak akan berhenti. Hendak sekat akaunnya di Instagaram, dia boleh hasilkan yang lain.

Jadi buat apa hendak layan perkara sedemikian dan saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Jadi biarlah

remy roszaliza

Ini semua dugaan orang bercinta, lebih-lebih lagi lelaki kacak seperti Remy Ishak. Pasti ramai yang cemburu dan geram apabila Roszaliza berjaya mencuri hati Remy. Itu yang timbul fitnah tak masuk akal. Bersabarlah Remy dan Roszaliza. Paling senang nak setelkan masalah ini ialah dengan bernikah secepat mungkin. Semoga segalanya dipermudahkan. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Remy Ishak Akui Sedang Bercinta Dengan Roszaliza Yusof

  1. SERI says:

    Kacak ker?

    0

    0
  2. Anonymous says:

    dh kantoi trus ckp ada kekasih n nk kawin dh.. (tiru zizan letewww) hahaha

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Tahniah

    0

    0
  4. ANon says:

    Hensemnye Remy…merecik!!

    0

    0
  5. What's Your Daddy says:

    Grats bhaiya!! Chori chori chupke chopke chammak challo bhaiya..

    0

    0