Kata orang dalam berniaga kita harus berfikir di luar kotak dan mengeluarkan produk yang boleh menarik perhatian ramai, mungkin itulah yang difikirkan oleh Nora Danish apabila memperkenalkan rekaan tudung  berzip dibawah jenama hijab keluarannya, OwlbyND.
Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap tudung yang dikenali sebagai Owl Ezip itu kelihatan agak pelik.
Untuk pengetahuan anda, Owl Ezip boleh dizip di bahagian tengah wajah. Menurut Nora, ia sesuai untuk mereka yang mahu kelihatan “rare†ataupun digunakan untuk tidur ketika dalam penerbangan.
Berikut antara komen netizen tentang Owl Ezip:-
Ini pula video “tutorial†pemakaian tudung tersebut oleh Nora :-
I am so excited to show you guys our new Owl EZip semi instant shawl. Wait for our updates anytime. N thank u la sesiapa yg buat viral, dapat tempahan byk dah. Thank u. Sesiapa rasa nak tido dalam flight ke apa, senang tutup je muka, tapi jgn la jalan pun tutup , tu tak betul namanya. Design dibuat khas untuk mereka yg sukakan kelainan, pada mereka yang sukakan simple design, pun ada. Jadi, pilihan masing masing. Jgn gaduh gaduh ok? Simpan jari jemari anda untuk comment benda yang lebih berfaedah.
Bukan mudah untuk rakyat Malaysia menerima sesuatu yang baru. Pada kami Nora Danish agak berani untuk mengetengahkan rekaan seperti ini. Apa pula pendapat anda?