Written by AbangNara | July 10th, 2015

Seluar pelikat oleh Afdlin Shauki adalah satu rekaan yang unik dan telah mendapat tempat di kalangan orang Melayu terutamanya. Abang Nara pun ada juga beli beberapa helai. Memang selesa memakainya. Untuk makluman, rekaan Pelikat Pants BOB Afdlin Shauki telah pun dipatenkan. Namun begitu, penjualan produk tersebut yang telah diciplak dan dicetak rompak berlaku secara berleluasa terutamanya di Jalan TAR dan Jalan Masjid India.
afdlin shauki

Akibat penjualan secara haram ini, Afdlin Shauki mengakui mengalami kerugian jutaan ringgit. Tidak mahu terus menanggung kerugian, Afdlin telah pun membuat laporan kepada KPDNKK pada minggu lalu sekaligus menyaksikan serbuan dilakukan. Laporan ini dilakukan oleh Afdlin untuk menjaga kepentingan 60 ejen berdaftar di bawah syarikatnya. Kata Afdlin:-

Sebelum ini saya diam dan beri peluang. Tapi apabila jenama BOB dipatenkan, saya perlu bertindak demi menjaga ejen-ejen berdaftar di bawah saya. Tidak adil untuk mereka kerana mereka mengeluarkan modal untuk menjadi pengedar sah.

Apabila ada pihak yang menjual produk tiruan dengan paten yang sama pada harga murah, ini akan menjejaskan perniagaan saya dan ejen saya. Semua orang tahu hendak mempatenkan juga menelan kos. Malah dengan menjual harga murah dan menawarkan kualiti rendah, ia merosakkan nama jenama saya.

Saya berterima kasih kepada penguat kuasa yang sangat efisien. Serbuan juga dijalankan dalam keadaan baik malah rampasan hanya dibuat ke atas produk tiruan Pelikat Pants jenama BOB by Afdlin Shauki sahaja. Barangan lain tidak.

afdlin shaukiWalaupun begitu, ada sesetengah pihak memandang sinis akan tindakan yang telah dilakukan oleh Afdlin Shauki ini. Malah kalau baca di laman Facebooknya, ramai yang mempertikaikan tindakan Afdlin mempatenkan Pelikat Pants kerana rekaan tersebut telah wujud lama sebelum Afdlin muncul menjualnya secara komersil. Namun begitu Afdlin ada jawapannya. Kata Afdlin lagi:-

Mereka menjual barangan tiruan dengan kualiti rendah pada harga RM50 sedangkan harga sebenar dengan kualiti yang baik adalah RM75. Malah terdapat kedai menjualnya pada harga RM80. Adilkah untuk ejen berdaftar saya yang mengeluarkan kos untuk berniaga secara sah?

Pada asalnya siapa yang menganiaya siapa. Saya hanya bertindak balas atas perbuatan tidak baik pihak lain yang meniru produk saya. Pada saya jika mahu menghasilkan produk sama, buatlah inovasi yang mempunyai ciri-ciri lain serta tidak menggunakan jenama sama

afdlin shauki

Sebenarnya pihak yang meniru 100% rekaan Pelikat Pants Afdlin Shauki ini memang tidak bermoral perbuatannya. Lebih-lebih lagi apabila nama jenama pun tak tukar. Senanglah tak perlu nak buat promosi. Cuma perlu cakap ‘ala ini seluar pelikat Afdlin tue’ dan terus orang beli. Sedangkan selaku pemilik paten, Afdlin mengeluarkan belanja yang besar bukan sahaja untuk promosi, malah untuk mendapatkan paten itu sendiri. Biasalah ini semua dugaan dunia berniaga. Semoga ia tidak membantutkan semangat Afdlin Shauki. Sumber Sinar Harian.
afdlin shauki P.S: Sumbangan ikhlas diperlukan untuk menyiapkan pembinaan Masjid Al-Ikhlas di Kelantan. Marilah kita sama-sama bersedekah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Boleh dermakan mana yang termampu ke akaun Maybank 553131004855. Boleh lihat perkembangan pembinaan masjid ini di Facebook Masjid Al-Ikhlas.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Rekaan Seluar Pelikat Diciplak, Afdlin Shauki Kecewa Produk Ditiru

  1. nok gebuzzz says:

    lagi2 dlm bulan pose ni..kat bazar ramadhan melambak jual,tapi x beli mahal n kain panas pulak!

    0

    0
    • Anonymous says:

      seluar apa ni? seluar aladin?

      0

      0
      • Anonymous says:

        Selamat menyambut harijadi yg ke 90 Tun Dr Mahathir…semoga Allah memberkati Tun sekeluarga. Seorang ..bukan saja PM malah pemimpin yg berjiwa rakyat. Saya sayang Tun.

        0

        0
        • Lembu Gemok says:

          yaaaa…creative…..tp habislah design pakain baju melayu asli….yang afdlin ni ok lagi…ada aku tgk yang hipster and yang WWE tu…sapa post ntah aritu..yang nampak lengan macam hulu balang malaun mana ntah….FAIL!semoga org yang ciplak tu, dapatlah balasan yang sesuai utknya nanti…~

          1

          0
      • One Direction says:

        macam seluar keling,,, pergi india berlambak keling pakai seluar macam tu .

        0

        1
      • Classic+Classy says:

        Seluar Classic+Classy

        0

        0
    • abang sahdo says:

      seluar style MC Hammer dan Vanilla Ice dulu…terkenal pd tahun 90an.

      0

      0
    • lola says:

      Kecoh la nk duit la tu saman LV prada pun byk kena ciplak lg rugi dari u la

      0

      0
  2. herman jante says:

    bagi free pn tak hingin aku pakai seluar pelikat nih. ntah mcm apa2..phuuiii!!

    0

    0
  3. bvbvbbvv says:

    harga rm75 sehelai? geli aku tgk seluar mcm tue…bagi free pun aku tak nak

    0

    0
  4. ayda jebat gedik says:

    Paten tu utk something yg kau invent bro iaitu berkaitan teknologi dan sains, please pergi belajar balik pasal undang2. Kau buat pelikat pant je pon bukan kau kaji pasal teknologi bg seluar tu berkipas kt dalam. Melayu sama melayu berkira, anggap jelah sedekah, rezeki di tangan Allah bukan kau!

    0

    0
  5. Salam Ramadhan semua

    jom kita usaha dapatkan pengampunan dari ALLAH dalam 10 malam akhir Ramadhan ni

    berbaki lagi beberapa hari ni

    “Diriwayatkan Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah Saw bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (Mafhum HR. Muslim ).

    “Diriwayatkan Dari `Aisyah Radhiyallahu Anha. Bahwa” Rasulullah Saw selalu Beri`tikaf di malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan hingga ajal menjemputnya, kemudian sunnah ini dihidupkan lagi oleh isteri-isteri Rasulullah selepas kematiannya” (Mafhum H.R. Bukhari dan Muslim).

    ALLAHumma solli ‘ala Muhammad

    jom saudaraku sekalian

    0

    0
  6. nhhhh says:

    kalau nak buat produk tue, cuba la mind set 1st class ke hadapan…nie mcm langsir je aku tgk…nak jd usahawan , kene la produktif sikit…cuba tgk produk non2 muslim yg lain, contohi dorang

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Mungkin awak pakai nmpk mcm langsir….hihihi

    0

    0
  8. reader says:

    tak minat tengok lelaki pakai seluar ni. nampak serabai.

    0

    0
  9. Bob says:

    Tul la pe dia bt..kalo product korg kena ciplak pn marah kan.boleh buat bnda yg sma,tp guna la corak lain,jenama lain,getah lain ke..kain jenis lain ke.xde sape mrh pn..melayu marah kalo melayu ttp rezeki melayu,dh tu melayu pun cantas rezeki melayu..nak meniaga elok2 la..

    0

    0
  10. yaya says:

    minta maafla saya kata awak bodohla ya.sebab apa.dah bapa tahun pelikat pants ni berlambak peniaga jual kat pasaran awak tak tegur apatah lagi nak ambil tindakan, sekarang ni nak raya nak jual baru nak melalak aflin.ya mungkin hak cipta dr awak, tp lembab sgt nak ambik tindakan. peniaga cr duit jugak.thats a life aflin org xkisahawak yg cipta dulu ka x.lg satu, seluar,tudung yg org kita cipta kalau org buat copypaste melalak meloncat bagai kita cipta product high class technology.tgk gucci ka apa2 prodoct berjenama dunia, berlambak copy paste kat pasaran owner nya tak hairan pun.org akan tetap beli yg ori dr mereka juga atau kalau bukan mereka tak pernah nak melatah. kalau awak yakin,percaya pada produxt awak jangan melatah. rezekinya akan datang.chill.

    0

    0
  11. melati says:

    Takder Stail lain ker ? kalau nk jual product pun kes2 kater org tiru ni Zaman2 P Ramlee org dh pakai, Adlin namer jer berpelajaran tapi nk promosi barang cam org tk berpelajaran…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kain plikat tu memang lah zmn P Ramlee dah pakai tapi bila ianya dijadikan seluar, lagi2 pesen gitu, tak pernah lagi dikk oi

      0

      0
  12. Tarantula says:

    kenapa tak ambik emiliya rosnaida jadik model seluar pelikat nih?? Mesti meletup..

    0

    0
  13. mojo says:

    Beli kain pelikat bebanyak pastu jahit,letak chop.beli rm15 jual balik rm150.bapak kaya.pastu marah ada orang tiru,sapalah sanggup nak beli memahal kalau setakat pelikat yg dijahit oleh artis yg suam2 kuku kaki.

    0

    0
  14. acik says:

    Relax la aflin.. anggap jelah sedekah.. Ajar gak ejen2 berdaftar awak mcm tu..

    In shaa Allah ada rezeki korang.. =)

    0

    0
  15. acha sepertibiasa says:

    actually sebelum afdlin buat seluar ni pun, this pattern dah byk ade kat krabi & some parts of thailand. benda dah lame wujud pun. ko yg ciplak, cakap org pulak ==”

    0

    0
  16. Anonymous says:

    ni yang india pakai.. sebiji.. cuma guna kain pelikat… adoii

    0

    0
  17. cermindiriduluokay says:

    Hello encik Adflin,

    sebelum nak ambik tindakan, meh iols nak tanya, design you tu, 100 percent from your original idea kah? iols pun tak sokong ciplak2 nie…but uolls tu confirm ke tak tiru sapa2? setakat guna kain pelikat but design copypaste orang lain pun still dianggap ciplak hak orang. nasib baik orang tak complain pasai hang dek non.

    0

    0
  18. cik nin says:

    ni seluar tradisi org Cambodia rasanya..sblm seluar ni afdlin jual kat malaysia, iolls dah pakai dlu k..beli kat Cambodia..so maksudnye ni bukanlah idea asal afdlin kan..mohon pencerahan..adakah bermaksud afdlin ciplak idea org atau negara lain?? fikir2kan

    0

    0
  19. unknown says:

    aflin, idea asal (originality) sebenarnya bukan dari u.. arwah atok, moyang ak da pakai berkurun zaman.. bezanya dorg ikat.. x payah nak claim sgt la kata idea ko.. ko mungkin ubah beberapa peratus ja and opcos jenis kain..

    sama la cam kes tudung neelofa, fareeda.. originality bukan dari korang.. korang mengubah patern asal then claim idea & patern korang..

    bezanya cuma korang paternkan ja.. so xyah nak menggelabah sgt hoke!!

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    0

    0
  20. entah says:

    Seluar nie tak pasti asalnya dari mana
    aku ada beli masa kat turki… kat kawasan pendalaman turki.. beberapa org anak mude turki senyum jerk bila tgk aku pakai.. ingat aku pakai terbalik ker apa… rupanya.. seluar tu.. hanya geng pepakcik and amkcik jerk pakai.. anak muda xpakai huhuhu

    india ada, indonesia ada, kemboja ada, thailand ada, vietnam, turki.. so sapa punya idea asal sebenarnya huhuhuhu

    0

    0
  21. pelikatpon says:

    takde yg lawa pon suar ni..sgt sesuai la itkl gemok mcm dia

    0

    0
  22. adam says:

    yg Afdlin sentap tu pasal org lain CIPLAK LOGO dia la. pastu jual murah tmpt lain. pastu merosakkan jenama org sbb benda ciplak tu mmg x blh lawan kualiti pelikat pants ori.

    mmg la kain pelikat tu dah lama ada tapi ini kan inovasi. tak faham la org yg siap cakap bagi sedekah la apa la ciplak tetap ciplak. try buat paten sndiri baru tau.

    cer fikir kita ada idea buat kelainan kpd benda sedia ada pastu dapat sambitan. kita patenkan sbb mmg mengikut undang-undang mmg possible utk patenkan kreativiti tu. pasti ada org ciplak jenama kita dan jual murah. takkan duk diam jer?

    yang dok hina pelikat pants its a matter of preference la bhai. ko tak suka lantak kau la. ramai lg org lain suka. ko duk diam cukup la. org beli pakai duit sndiri.

    ok peace out. ubah la mentaliti melayu yg suka jatuhkan sesama sendiri

    0

    0