Untuk anda yang tidak tahu, Reen Rahim adalah pemegang watak Sahara yang berpurdah di dalam drama Sahara yang dihimpit kontroversi baru-baru ini. Abang Nara respek kepada Reen kerana tampil memohon maaf atas kontroversi yang melanda wataknya itu.
Bercakap kepada Pancaindera semalam, Reen Rahim memberitahu yang dirinya tiada niat untuk mempersendakan agama dan golongan wanita berpurdah. Kata Reen:-
Reen betul-betul minta maaf kepada semua kerana tidak sensitif sewaktu melakonkan watak Sahara. Masa berlakon drama itu pada Disember tahun lalu, Reen hanya fikirkan tentang lakonan pertama yang membawa watak baik. Bagaimanapun beberapa hari sebelum drama Sahara berakhir, Reen dicaci di Facebook dan blog hiburan. Ramai yang marah dengan lakonan Reen, berpurdah tapi bersentuhan dengan lelaki, bercanda di sekolah pondok dan tidak konsisten dalam berpurdah.
Kata Reen Rahim lagi:-
Pada mulanya Reen menjangkakan watak Sahara dapat menyuntik semangat kepada golongan remaja yang bersekolah agama tapi apabila berlaku sebaliknya, Reen rasa ralat sangat. Reen tanya pada diri sendiri kenapa tidak berfikir lebih jauh sebelum melakonkan Sahara? Mungkin sebab terlalu memikirkan kesempurnaan fizikal Sahara yang bermata cantik dan berpurdah, Reen lupa nak hiaskan watak itu dengan tingkah laku dan nilai tertinggi pada wanita berpurdah untuk Sahara
Bukan senang untuk mengakui kesilapan diri sendiri. Setiap manusia sememangnya sering membuat salah. Yang penting, Reen sudah sedar dan tidak akan mengulanginya lagi. Semoga selepas ini jika mendapat tawaran drama atau filem, Reen bacalah dulu skrip betul-betul sebelum menerima tawaran tersebut.
P.S: Stadium bawah tanah berdekatan dengan Dubai bakal dibina