Written by AbangNara | June 16th, 2015

Amber Chia apabila bertudung memang membuatkan ramai jejaka Melayu jatuh cinta. Memang cantik. Lebih cantik dan lebih jelita apabila wajahnya dibaluti tudung. Malah penampilan Amber Chia dengan bertudung dan berjubah ketika majlis pelancaran koleksi fesyen Suci oleh Yatt Hamzah telah mencuri perhatian ramai. Abang Nara yakin ramai yang cair dan sekaligus mendoakan agar hidayah tiba kepada model antarabangsa ini.

amber chia bertudung

Menariknya, Amber Chia sendiri mengakui dirinya rasa lebih tenang dan lengkap apabila bertudung. Walaupun dirinya seorang ‘free thinker’, ia tidak menghalang Amber Chia untuk merasai sendiri pengalaman bertudung seperti penganut Islam yang lain. Walaupun ada yang memberi komen negatif, bagi Abang Nara ini adalah satu permulaan yang baik. Kata Amber Chia:-

Saya rasa sangat tenang bila memakai tudung tetapi bila buka tudung, saya rasa macam kosong. Bila saya bertudung, membuatkan saya lebih memahami agama dan budaya Islam. Ramai juga yang puji, kata mereka saya lebih cantik bertudung.

Saya pun rasa betul dan kelihatan cantik bila bertudung. Lagipun apabila bertudung, kita tak perlu lagi nak susah-susah dandan rambut, kan.

Sebagai rakyat Malaysia di mana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, saya kira tidak salah jika saya sendiri mengalami pengalaman setiap agama di negara ini. Walaupun, saya seorang free thinker tapi saya suka dan sentiasa ingin belajar mengenai semua agama dan budaya.

Ada kawan-kawan luar negara yang bertanya kepada saya beberapa perkara dan mempersoalkan kenapa saya pakai tudung dan saya terangkan pada mereka yang saya mahu rasa sendiri pengalaman bertudung.

Pada saya, individu bukan Islam memakai hijab atau tidak merupakan satu pilihan. Sewaktu pertama kali saya berkongsi di Facebook gambar saya bertudung, saya menerima hampir 1,000 komen dan rata-ratanya komen positif.

Walaupun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dan cuba mengaitkan dengan agama tetapi saya harap saya akan terus menerima banyak lagi komen positif

amber chia bertudung

Tidak dinafikan memang Amber Chia kelihatan lebih jelita dan cantik bertudung. Tahun ini juga, Amber Chia ingin merasai sendiri pengalaman berpuasa dan bangun sahur. Ini juga satu perkembangan yang bagus. Nampaknya hati Amber Chia sedikit demi sedikit terbuka untuk mendalami apa itu Islam. Kita doakanlah yang terbaik. Katanya lagi:-

Ya, tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaiamana jika tiada makanan. Selain itu, berpuasa ini sebenarnya bagus juga sebagai amalan berdiet.

Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak makan cuma saya tidak tahan dahaga. Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, cuma saya jadi sangat tidak bermaya kerana terlalu dahaga.

Namun, pada tahun ini saya mahu cuba lagi. Saya juga mahu rasa pengalaman bangun bersahur

amber chia bertudung

Selamat berpuasa diucapkan kepada Amber Chia. Jangan lupa bangun sahur untuk memberikan tenaga pada badan, lebih-lebih dengan jadual ketat selaku seorang model. Lagi beberapa gambar supermodel ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber MalaysianDigest.

izie

P.S: Blouse dengan rekaan yang menarik dan sopan di www.iziefashion.com . all items ready stock dan FREE POSTAGE bagi pembelian RM100 ke atas. harga dijamin berpatutan dan semua design boleh dilihat di website IzieFashion, Facebook IzieFashion  &  Instagram IzieFashion :)

amber chia bertudung
amber chia bertudung
amber chia bertudung
amber chia bertudung

19 responses to Rasa Tenang Bila Bertudung, Amber Chia Azam Puasa Penuh Ramadhan Ini

  1. qila says:

    Satu yg nampak cantiknya di mataku dengan pemakaian tudung oleh mereka2 yg bukan beragama islam nih ialah mereka bukan saja menutup aurat dengan betul tetapi juga menghormati cara dan adab ketika bertudung. Anyway i respect u lah Amber Chia!

    0

    0
    • Aida233 says:

      Betul. Takde bonjol di kepala, tak pakai baju ketat atau berlengan pendek, tak pakai leggings, tak nampak bentuk bontot. Memang syariah-compliant.

      Yang paling best – diorang tidak memilih untuk memakai tudung Freedada!

      0

      0
  2. gigi emas says:

    “Free Thinker” so mana ustaz2 mee segera yang nak hentam yg dia free thinker. Sure ada manusia yg kononnye “ular mamak” yg akan condemn sebab pakai tudung khas untuk muslimah saja dan bukan untuk atheist. Tapi kalau tengok acara gymnastik memang diorang suka

    0

    0
    • DAJAL says:

      Gigi emas ni non muslim … tak ada satu ulamak pun yg tdk benarkn non muslim memakai hijab. Jgn percaya dakyah DAJAL ni nak memfitnah ulamak dan melaga2kn umat islam. Free thinker lbh mudah masuk Islam spt di europe dr mrk non muslim spt gigi emas ni. Mana verse bible dulu. Knapa tak letak? ..

      0

      0
  3. blueberry says:

    retis yg seksi seksa tu patut rasa malu dgn dia ni.

    0

    0
  4. ain says:

    Wah cantiknya.Semoga hidayah milik mu.Jom nk dptkn supplemen tenaga dibulan puasa.Boleh layari website sy..boleh tgk2 dulu.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    kipidup sayangku amber.

    0

    0
  6. hidayah itu milik allah says:

    respect! walaupun non-muslim, tetap berpakaian longgar ketika mengenakan tudung… retis muslim yg lain mungkin boleh amik contoh bab ni…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    BANG NARA…BUKAN DENGKI KE AP..TPI AKU X SUKA LA TENGOK PIC PENGANTIN CIK TA TU..DH LE TETEK BERLAGA KAT DADA ZAIN DH TU CIK TA MUKA MCM MUKA BAPUK…

    0

    0
  8. Bobby says:

    Cantiknye. ORANG LAIN YG MENGAKU ISLAM TP X TUTUP AURAT TU X RS MALU KE?

    0

    0
  9. Kemek Suhaiza says:

    pesal seme ckp dia nampak cantik? Bukan ker dia model mmg laa cantek pastu pakai tudong first time seme puji pasni kalau pakai selalu tentu dia akan nampak biasa2 jekkk, takyah nak puji sgt

    0

    0
  10. zietafus says:

    alhamdulillah bangga akak dngan u amber
    smoga u mendapat hidayah menjadi muslim
    suatu hari nanti…aminnn

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Sesungguh Nye cukup cantik ciptaan tuhan ni kalo bertudung…Sazzy pun cantik kan?

    0

    0
  12. Anonymous says:

    mmg cantik. happy tgk non muslim relaly try to dress like a true muslim..but so sad bila tgk yg muslim tak heran pon nak mentup aurat

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Non Muslim yg terlebih muslim dari muslim sebenar.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Muslim yg bertudung singkat & baju ketat patut malu dgn Amber chia ni

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Alhamdulillah. moga beliau di beri hidayah oleh Allah

    0

    0
  16. Eva says:

    Alhamdulillah…ada juga model bukan melayu yg berhijab spt amber chia. I harap semoga pintu hidayah terbuka utk mereka…
    I masih berhijab ttp takkan lupa melakukan ibadah spt.puasa & sembahyang 5 waktu…

    0

    0