Amber Chia apabila bertudung memang membuatkan ramai jejaka Melayu jatuh cinta. Memang cantik. Lebih cantik dan lebih jelita apabila wajahnya dibaluti tudung. Malah penampilan Amber Chia dengan bertudung dan berjubah ketika majlis pelancaran koleksi fesyen Suci oleh Yatt Hamzah telah mencuri perhatian ramai. Abang Nara yakin ramai yang cair dan sekaligus mendoakan agar hidayah tiba kepada model antarabangsa ini.
Menariknya, Amber Chia sendiri mengakui dirinya rasa lebih tenang dan lengkap apabila bertudung. Walaupun dirinya seorang ‘free thinker’, ia tidak menghalang Amber Chia untuk merasai sendiri pengalaman bertudung seperti penganut Islam yang lain. Walaupun ada yang memberi komen negatif, bagi Abang Nara ini adalah satu permulaan yang baik. Kata Amber Chia:-
Saya rasa sangat tenang bila memakai tudung tetapi bila buka tudung, saya rasa macam kosong. Bila saya bertudung, membuatkan saya lebih memahami agama dan budaya Islam. Ramai juga yang puji, kata mereka saya lebih cantik bertudung.
Saya pun rasa betul dan kelihatan cantik bila bertudung. Lagipun apabila bertudung, kita tak perlu lagi nak susah-susah dandan rambut, kan.
Sebagai rakyat Malaysia di mana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, saya kira tidak salah jika saya sendiri mengalami pengalaman setiap agama di negara ini. Walaupun, saya seorang free thinker tapi saya suka dan sentiasa ingin belajar mengenai semua agama dan budaya.
Ada kawan-kawan luar negara yang bertanya kepada saya beberapa perkara dan mempersoalkan kenapa saya pakai tudung dan saya terangkan pada mereka yang saya mahu rasa sendiri pengalaman bertudung.
Pada saya, individu bukan Islam memakai hijab atau tidak merupakan satu pilihan. Sewaktu pertama kali saya berkongsi di Facebook gambar saya bertudung, saya menerima hampir 1,000 komen dan rata-ratanya komen positif.
Walaupun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dan cuba mengaitkan dengan agama tetapi saya harap saya akan terus menerima banyak lagi komen positif
Tidak dinafikan memang Amber Chia kelihatan lebih jelita dan cantik bertudung. Tahun ini juga, Amber Chia ingin merasai sendiri pengalaman berpuasa dan bangun sahur. Ini juga satu perkembangan yang bagus. Nampaknya hati Amber Chia sedikit demi sedikit terbuka untuk mendalami apa itu Islam. Kita doakanlah yang terbaik. Katanya lagi:-
Ya, tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaiamana jika tiada makanan. Selain itu, berpuasa ini sebenarnya bagus juga sebagai amalan berdiet.
Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak makan cuma saya tidak tahan dahaga. Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, cuma saya jadi sangat tidak bermaya kerana terlalu dahaga.
Namun, pada tahun ini saya mahu cuba lagi. Saya juga mahu rasa pengalaman bangun bersahur
Selamat berpuasa diucapkan kepada Amber Chia. Jangan lupa bangun sahur untuk memberikan tenaga pada badan, lebih-lebih dengan jadual ketat selaku seorang model. Lagi beberapa gambar supermodel ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber MalaysianDigest.
P.S: Blouse dengan rekaan yang menarik dan sopan di www.iziefashion.com . all items ready stock dan FREE POSTAGE bagi pembelian RM100 ke atas. harga dijamin berpatutan dan semua design boleh dilihat di website IzieFashion, Facebook IzieFashion  &  Instagram IzieFashion :)