Abang Nara tiada masalah dengan Zizan Razak. Abang Nara rasa Zizan seorang yang sangat berbakat. Orangnya memang kelakar, spontan dan mampu menarik perhatian penonton. Namun sekiranya Zizan diberikan tugasan untuk menjadi pengacara AF2013, mampukah dia memikul tanggungjawab tersebut?
Mungkin juga kerana AF2013 ini akan menampilkan konsep serba baharu, teknik pengacaraannya juga akan berubah. Daripada sering dilanda kesedihan, mana tahu penyingkiran peserta kali ini dipenuhi dengan gelak tawa. Tiada lagi tangisan. Kadang kala Abang Nara menyampah juga tengok budak-budak tue menangis. Sorang-sorang muka sedih macam tak dapat beli aiskrim.
Walaupun begitu, sehingga sekarang Zizan tidak membuat kenyataan sama ada dia sudah menerima tawaran untuk menjadi pengacara AF2013. Terpaksalah kita semua menanti. Kata Zizan kepada Mstar Online:-
Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu. Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini. AF memang terkenal dengan kejutan jadi musim ini mereka juga ingin membuat kejutan mengenai pemilihan pengacaranya. Jadi kita tunggu sahajalah
Selalunya kalau memang sudah disebut-sebut sehingga ke tahap begini, memang betullah orang yang disebut akan menjadi pengacara. Kalau benar, memang rezeki Zizan. Semoga Zizan dapat membawa kelainan dan pembaharuan di dalam AF2013.