Ras Adiba Radzi Digantung Kerana Botakkan Kepalanya

Hiburan

Ras Adiba Radzi Digantung Kerana Botakkan Kepalanya

Baru sahaja membotakkan kepalanya untuk membantu kanak-kanak kanser, hari ini Ras Adiba Radzi menerima berita yang agak menyedihkan. Kerana tindakannya membotakkan kepala, Ras Adiba telah digantung daripada muncul di kaca TV oleh sebuah stesen TV tempatan.

ras adiba radzi

Advertisement

Menurut sumber, imej baru Ras Adiba Radzi ini tidak sesuai untuk seorang pembaca berita. Namun begitu, penggantungan ini hanya bersifat sementara sehinggalah rambut Ras Adiba Radzi tumbuh semula seperti sediakala. Sementara itu, Ras Adiba turut menerima beberapa panggilan daripada orang yang tidak dikenali mendakwa Ras Adiba melanggar fatwa yang melarang wanita membotakkan kepalanya.

ras adiba

Namun Ras Adiba menjelaskan yang dia sudah pun membuat kajian sebelum membotakkan kepalanya. Dan sebenarnya rambutnya tidaklah dibotakkan sepenuhnya sebaliknya Ras Adiba menggunakan “scalp” untuk menutup rambutnya yang masih ada. Kata Ras Adiba kepada The Star:-

I am answerable to God. Islam is a way of life, and we are told to always help people. I am a Muslim, I pray five times a day and I love my religion.

Diharap rambut Ras Adiba Radzi tumbuh dengan cepat dan dapat membaca berita semula. Cadangan Abang Nara, apa kata cuba memakai tudung buat sementara waktu. Mana tahu stesen TV tersebut akan membenarkan Ras Adiba membaca berita dengan bertudung. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...