Sekali pandang, memang nampak seperti rantai salib. 2 kali pandang, pun masih nampak seperti salib. Namun 3 kali pandang, barulah Abang Nara perasan bahawa rantai yang dipakai oleh suami Daphne Iking ini adalah berbentuk pedang sebenarnya. Itupun selepas Abang Nara membaca penerangan yang dibuat oleh Daphne sendiri. Kalau tak memang Abang Nara ingat rantai salib dah.
Ternyata gambar yang dikongsi menerusi akaun Instagram Daphne Iking ini telah menimbulkan kontroversi di kalangan para pengikutnya. Ramai yang menegur dan melahirkan rasa kecewa kerana suami Daphne tidak peka dengan status dirinya sebagai seorang beragama Islam. Namun kontroversi itu ditamatkan menerusi penerangan Daphne menerusi gambar di bawah dengan caption “Kenneth and Denise! We must do this more often. For those who have commented on my last few posts, @joelebosi’s pendant is a sword. And yes. As sharp as his tongue.”
Semoga semua orang yang tertanya-tanya berpuas hati selepas membaca penerangan daripada Daphne Iking. Nak lagi senang lepas ini tak payah pakai rantai apa-apa dah. Terus tak ada kontroversi langsung. Hehehe. Lagipun suami Daphne Iking memang dah macho dah. Tak perlu rantai untuk tambah kemachoannya. Hehehe.