Sesal separuh nyawa pun tiada gunanya lagi. Abang Nara tak dapat bayangkan betapa remuknya hati Alyah apabila mengetahui suaminya, Datuk Ramli MS sudah pun berkahwin lain. Pasti hancur-sehancurnya. Segalanya bermula apabila Alyah berkongsi sekeping gambar Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dikenali menerusi akaun Instagramnya. Abang Nara mati-mati ingatkan itu Alyah masa kecik. Rupa-rupanya…
Kata-kata yang ditulis oleh Alyah menerusi gambar tersebut jelas membayangkan betapa hatinya terluka. Tulis Alyah:-
Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya aku menganiaya hambamu yang lain, Kau tuntunlah aku untuk kembali ke jalanMu. Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon padaMu ya Allah SWT, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku Ya Allah SWT. Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya begini? Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?
Segala persoalan yang bermain di minda ramai orang terjawab apabila Alyah tampil menerusi Berita Harian memaklumkan yang suaminya, Datuk Ramli MS sudah pun berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Siti Hafilah Che Kar. Perkahwinan tersebut telah dilakukan secara senyap-senyap. Kata Alyah:-
Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti. Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.
Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur.
Semoga Alyah diberi kekuatan menghadapi dugaan ini. Memang tak disangka-sangka sungguh. Diharap Alyah tabah. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik buat Alyah dan Datuk Ramli MS. Pasti ada jalan penyelesaiannya.