Rakam Video Agar PM Letak Jawatan: Soo Wincci Sedia Terima Risiko

Hiburan

Rakam Video Agar PM Letak Jawatan: Soo Wincci Sedia Terima Risiko

Penyanyi Soo Wincci pada 30 Ogos lalu telah memuat naik sebuah klip video ketika perhimpunan Bersih 4.0 dimana beliau telah meluahkan rasa terharu beliau melihat pelbagai masyarakat tidak kira kaum atau bangsa turun padang untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Advertisement

Namun, bukan itu yang menjadi topik hangatnya, ada sesetengah pihak tidak berpuas hati apabila Wincci pada masa yang sama telah mendesak agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan dengan kadar segera.

Menyedari kesan akan tindakannya itu, Wincci mengakui beliau sudah bersedia untuk menerima segala risiko.

Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan apa yang  beliau lakukan hanya sekadar memperjuangkan hak beliau sebagai rakyat Malaysia dan tidak berniat mahu melukakan hati mana-mana pihak.

Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu.

Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri. Apa yang dibuat  bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi  kita pada masa akan datang.

Hal politik ini adalah satu isu yang agak sensitif untuk dibicarakan meskipun rakyat berhak untuk menyuarakan pendapat merela, setiap orang mempunyai faham politik berbeza. Kami pun tidak mahu komen lebih atas isu ini.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...