Raja Farah Sudah Berkahwin, Noh Hujan Dan Mizz Nina Sudah Bertunang

Hiburan

Raja Farah Sudah Berkahwin, Noh Hujan Dan Mizz Nina Sudah Bertunang

raja farah sudah kahwin

Berita ringkas untuk anda semua. Raja Farah sudah pun bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum semalam (12 November 2010) dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah dan suami. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata.

Advertisement

Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti telefon bimbit iPhone 4, dompet dan tali pinggang Dunhill, jam tangan Tissot, kek dan lain-lain. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak Raja Farah dan pihak keluarga suaminya.

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

Sementara itu gosip pertunangan Mizz Nina dan Noh hujan akhirnya telah disahkan oleh salah seorang jemputan pada majlis tersebut. Majlis pertunangan Noh dan Mizz Nina telah diadakan secara ringkas dan dihadiri oleh 150 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat. Mereka berdua dikhabarkan akan bernikah pada tahun hadapan.

Tahniah kami ucapkan kepada Mizz Nina dan Noh Hujan atas pertunangan ini. Semoga segalanya dipermudahkan selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...