Written by serenity | January 26th, 2015

Raja Azmi menerusi Melodi TV3 memberitahu bahawa dia terkejut apabila bekas suaminya menyampaikan hasrat untuk rujuk semula dengannya ketika rakaman satu program televisyen terbitan TV3 iaitu ‘Ya ke?’. Khabarnya dia juga mengalirkan air mata kerana terharu dengan kesungguhan Eddie. Kata Eddie:

Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Bukakanlah hati yang baik itu untuk kita rujuk semula. Saya hari-hari berdoa agar Tuhan jodohkan kita balik.

Apakah reaksi Raja Azmi dengan permintaan Eddie?

A photo posted by Raja Azmi (@rajaazmi) on

Terkejut sangat. Tak sangka dia cakap macam itu dengan berani di televisyen. Dari situ Kak Mi nampak kesungguhannya.

Sebelum ini dia ada pujuk supaya kami berbaik semula. Kak Mi selesa berkawan. Kami lebih mehamami (satu sama lain) kerana berkawan selepas bercerai.

Apa pun Kak Mi pasrah pada ketentuan Allah. Tak mahu menafikan kami takkan rujuk. Buat masa ini Kak Mi masih dalam dilema.

Raja Azmi mengakui masih keliru dan takut untuk memberi harapan dan mahu keadaan yang menentukan sama ada dia dan bekas suami akan rujuk semula. Raja Azmi berkahwin dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 13 bulan.

Ia ialah perkahwinan kedua Raja Azmi yang sebelum ini berkahwin dengan Datuk Seri Jalani Sidek selama 28 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan ialah satu keputusan yang serius. Mungkin Raja Azmi masih memerlukan masa untuk membuat keputusan sama ada mahu kembali kepada bekas suaminya. Kita doakan Raja Azmi akan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.

Permohonan Dana Diraja Seni Persembahan (The Royal Arts Gala Fund) RAGF 2014 kini dibuka! Terima Kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang dana melalui “The Royal Arts Gala”, Dana Diraja Seni Persembahan (RAGF) 2014 telah kembali! Sebelum ini RAGF telah dibuka permohonannya pada tahun 2013 dan ini merupakan kali yang kedua permohonan RAGF ini dibuka. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan mobiliti budaya secara global dengan tujuan lebih besar iaitu untuk memperluaskan lagi rangkaian dan menyokong kerjasama antara penggiat seni profesional dari Malaysia dengan rakan kongsi antarabangsa. Para penggiat seni budaya digalakkan memohon dana yang berbentuk geran ini (RM 1,000 – RM 30,000). Tarikh permohonan bermula pada 01 Disember 2014 (Isnin) sehingga 8 Februari 2015 (Ahad). Kategori / Objektif RAGF adalah: (A) Mempromosi Artis/Karya Malaysia ke Luar Negara (B) Menggalakkan Kerjasama Antarabangsa (C) Menggalakkan Pelaksanaan Kajian dan Dokumentasi dalam Seni Persembahan (D) Mengembangkan Teknikal dan Kemahiran Pengurusan dalam Seni Persembahan di kalangan penggiat seni Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel di ragfund@mypaa.com.my atau hubungi +60 (3) 6207 9566. Sila klik link di bawah untuk memohon: http://mypaa.com.my/Royal_Arts_Gala-@-Royal_Arts_Gala_2013.aspx #jkkn #mysenibudaya

A photo posted by JKKN (@mysenibudaya) on

21 responses to Raja Azmi Terharu Permintaan Eddie CRK Untuk Rujuk Semula Melalui Rakaman Program Televisyen

  1. huh ni lg satu hal..tak padan tua
    kau nk rujuk diam2 sudah lah nak heboh tahap neelofa pehal

    0

    0
    • cookies says:

      rujuk lah balik Kak Mie, lelaki ni kalau dia cari kita balik… memang dia nak kan kita. Kawin lah dengan orang yang cintakan kita.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Warga tua teras masyarakat
        hidup lama
        Penuh jasa setia pada negara
        Didik anak dan cucu
        Ke arah matlamat kita

        Lama sudah kau hidup teruji
        Penuh ranjau dan rintangan untuk
        Kemerdekaan Kitalah pewarisnya
        Di dalam negara bertuah

        0

        0
      • tasha says:

        laki nk duit kak mi je..hahaha.. kak mi..elok sgt rujuk…sudah ludah..jilat balik..okey tu….puuuiii

        0

        0
    • Anonymous says:

      Yg kutuk2 ni, mcm la korg x akan tua nanti..
      x kira la umur brpa pun, semua berhak tunjuk ksh syg trhdp yg trsyg dgn cara sendiri. Bkn dorang buat jahat pun. Yg muda remaja tunjuk ksh syg bergomol bagai dgn pkwe/mkwe tu yg korg patut risaukan. Tah2 yg kutuk2 ni buat je.

      0

      0
  2. minah jambu tk suka hipokrit says:

    rujok la….

    0

    0
    • minah jambu tk suka hipokrit says:

      rujok kan bagos pasal bekas suami dh betol2 mengharapkn supaya raja azmi rujok dn memaafkn nye …tk mungkin kalau dia buat kesilapan n pastu dia akan buat kesilapan lagi tol tak…..semoga bekas suami akan jadi suami baik yg terbaik bila dh rujok nanti aminn..

      0

      0
  3. minah jambu tk suka hipokrit says:

    jangan dengar cakap orang yg mengata u n suami dh tua la ape la …bekas suami u tu memang sayangkn u babtu dia pujok n nk rujok ngan u balekkk…kalau dia tk sayangkn u tkan dia nk rujok nganu raja azmi ! mungkin dia dh sedar akan kesilapan dia jadi tk jadi masalah kalau u terima dia balek kan…ini bukan memaksa tapi u pikir la sendiri..

    0

    0
  4. misz says:

    lepas ni dah jadi trend kau nak cerai ke rujuk cerita kat tv jer… puiiii bajet hot sangat kak mie, kan bagus bincang sendiri2 je..

    p/s tunggu je kot lepas ni ada artis berani lafaz cerai kt tv

    0

    0
  5. HAMBA ALLAH says:

    RAJA AZMI PATUT RASA BERSYUKUR KERANA EDDIE MASIH MENGANGKAT DARJAT NYA SEBAGAI WANITA BEGITU TINGGI. PUNCA PENCERAIAN SEPERTI YG DEBERITAHU RAJA AZMI ADALAH KERANA LARANGAN SUAMI NYA YANG TAK SUKA BELIAU KELUAR RUMAH SESUKA HATI, BILA TAK BOLEH TERIMA NASIHAT JALAN PALING MUDAH ADALAH BERCERAI. INGAT, TEMPAT SEORANG ISTERI ADALAH DISISI SUAMI, JADI BETUL LAH TINDAKAN EDDIE KAN. MAKANYA TERIMA LAH RUJUKAN DARI BEKAS SUAMI KERANA BUKAN SEMUA SUAMI AKAN BERANI BUAT SEPERTI YANG EDDIE LAKUKAN. SEBAGAI LELAKI EDDIE DAH RENDAHKAN EGO DIA APA SALAH NYA RAJA AZMI AKUI KESILAPAN SENDIRI DAN BERUBAH KE JALAN YANG DI REDHAI ALLAH S.W.T. AAMIIN YA ROBB

    0

    0
  6. Anonymous says:

    raja azmi ni tak leh kena tegur ke?…hmm…dulu agaknya dgn jailani sampai 28 tahun jailani tak pernah tegur kot…dia boleh buat suka ati dia…agaknya laa…kak mi, tegur2 tu tanda syg kan…kalau dia buat dekkk je baik tak yah kawin…kan? rujuk laa kak mi…buang ego tu…eddie dh buang ego dia dah…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Bila dah status nenek, tak payah la heboh2kan urusan rumahtangga. Rasanya Raja Azmi ni masih perasan dia muda lagi .Buangkan la ego tu. Jadila isteri yang menghormati suami. Di luar mungkin Raja Azmi boleh jadi big bos tapi di dalam rumah suami la ketua keluarga. Walaupun dari segi kewangan Raja Azmi lebih kukuh tapi bukan bermakna dia boleh control suami kerana suami adalah khalifah di dalam keluarga. Bila ada rasa hormat menghormati baru la dapat menjalinkan hubungan suami isteri dengan baik. Kalau suami tegur itu adalah untuk kebaikan. Maklumla Raja Azmi ni selalu buat sesuatu yg diluar batasan. Bila dah masuk kategori nenek2 ni tak sesuai buat perangai macam orang muda lagi…gi club la dll. Bukannya dia suruh membuat sesuatu yang dilarang ugama. Kan bagus jika ada orang yang mengambil berat dan memberi tunjuk ajar walaupun dah berumur. Masih tak terlambat untuk berubah. Sejak kawin dengan Eddie dulu nampak la sikit perubahan. Terbuka hati untuk berhijab. Jika rujuk kembali mungkin ada perubahan lain pula.

    0

    0
  8. ms Istikharah says:

    dalam delima??? Senang je cara menyelesaikannya. Islam dah ada caranya cuma kita nak buat atau tidak sahaja. Buat la solat Istikharah (bukan sekali tetapi buat sampai kita dpt buat keputusan dengan hati yg tenang). namun sebelum buat solat istikharah, bersihkan hati dari sikap bias, Jangan minta pada Allah apa yang “kita mahukan” tapi minta Allah “berikan yang terbaik buat diri kita” kerana apa yang kita mahu tidak semestinya yg terbaik buat diri kita. Tapi yang kita tidak mahu itu akan jadi yang terbaik buat kita kalau itu lah yang telah Allah tetapkan utk kita. Moga Raja Azmi akan bahagia di dunia & akhirat.

    0

    0
  9. cik puan nora says:

    kak mi, dah buat solat istikarah ke? cubalah, mencari redha Allah, x gitu?

    0

    0
  10. simplyjendul says:

    eddie pnyanyi crk? fuh..bru tahu..suara power gilaaa..hensem..rujuk la kak mie..

    0

    0
  11. mojo says:

    Dah tua perangai nikah kawin buat macam cinta monyet je dua ekor nie.udah2 le tew.

    0

    0
  12. mak jemmmsss says:

    sian…

    0

    0