Written by AbangNara | May 19th, 2014

Secara jujur, penjagaan mulut dan gigi adalah bukan satu perkara yang Abang Nara ambil berat. Apa yang Abang Nara lakukan hanyalah menggosok gigi 2 kali sehari iaitu pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur. Kadang-kadang kalau penat sangat, boleh je tidur terus tanpa gosok gigi.  Akibat kemalasan ini, Abang Nara bila bergambar agak malu-malu nak senyum. Takut ternampak gigi yang kurang bersih. Hehehe.

oral b

Jadi apabila selebriti feveret Abang Nara iaitu Lisa Surihani terlibat dengan projek #RethinkYourMouth oleh Oral B, Abang Nara terus rasa teruja nak turut sama. Bukan apa, comel sangat video Lisa Surihani menunjukkan kepentingan menjaga mulut dan gigi kita di Facebook Oral B.  Apabila gadis secomel Lisa Surihani buat penerangan, pastinya Abang Nara akan mendengar dengan tekun. Nak juga tahu rahsia kecantikan mulut dan gigi pelakon hebat ini.
oral bAkibat terpengaruh dengan gaya comel Lisa Surihani, keesokan harinya terus Abang Nara pergi ke Guardian The Curve untuk mendapatkan produk penjagaan mulut Oral-B. Kalau Lisa boleh dapat mulut yang sihat sempurna, Abang Nara pun boleh juga. 3 produk Oral-B yang Abang Nara beli ialah berus gigi Oral-B Pro-Flex, kumur mulut Oral-B’s Pro-Health dan juga pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss. Ketiga-tiga barangan ini tak sampai RM50 pun.
oral bBerdasarkan kajian yang dilakukan, berus gigi Oral-B Pro-Flex membuang sehingga 93% kotoran dalam mulut yang sukar hendak dicapai oleh berus gigi lain. Mula-mula Abang Nara pun sukar nak percaya. Abang Nara ingatkan ini semua gimik “marketing”. Namun selepas seminggu menggunakan berus gigi Oral-B ini, memang terasa kelainannya. Kalau sebelum ini susah hendak berus sehingga ke hujung gigi geraham untuk buang nasi yang terlekat, kefleksibelan berus gigi Oral B ini membolehkan ia dilakukan dengan mudah. Paling best gusi Abang Nara tak berdarah walaupun diberus dengan kuat sebab kelembutannya berusnya. Secara jujur, memang keseluruhan gigi terasa lebih bersih, lebih selesa dan lebih mudah untuk diberus dengan Oral-B Pro-Flex ini.
oral b

Teruja dengan keberkesanan berus gigi Oral-B Pro-Flex, Abang Nara teruskan usaha untuk mendapatkan mulut yang lebih baik dengan penggunaan kumur mulut Oral-B’s Pro-Health. Apa yang penting sebelum beli Abang Nara dah periksa terlebih dahulu. Memang bebas alcohol. Abang Nara paling suka rasa “mint” yang segar apabila berkumur menggunakan Oral-B Pro-Health nie. Mulut pun terus rasa segar, lebih wangi dan paling penting, wife kata mulut Abang Nara tak berbau. Hehehe. Secara teorinya kalau guna kumur mulut Oral-B Pro Health ini akan dapat menghalang pembentukan plague dan melawan kaviti. Namun 2 perkara tue Abang Nara tak dapatlah nak buktikan secara klinikal. Yang penting mulut Abang Nara memang rasa lebih best berbanding dulu.
oral bProduk terakhir yang Abang Nara guna tak lain tak bukan ialah pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss. Seumur hidup Abang Nara, inilah pertama kali Abang Nara guna benda pembersih gigi ini. Memang leceh untuk orang yang tak sabar seperti Abang Nara. Namun keberkesanannya memang power!!! Ada sekali tue Abang Nara makan daging dan cebisannya terselit di celah-celah gigi. Kalau dulu memang kena gosok gigi 2,3 kali baru dapat hilangkan, tapi bila guna pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss, terus bersih sebersih-bersihnya gigi Abang Nara. Kagum sekejap. Sekarang ini seminggu 2 kali memang Abang Nara akan guna pembersih celah gigi Oral-B Glide Deep Clean Floss ini.

oral bSebenarnya target Abang Nara ialah untuk mendapatkan mulut secantik dan sebersih Lisa Surihani. Abang Nara pernah jumpa Lisa depan-depan. Senyumannya memang menawan. Mulut pun wangi. Gigi cantik bersih dan putih. Tersusun rapi je. Masa itu tertanya-tanya juga apa rahsia. Rupa-rupanya Lisa gunakan produk-produk Oral-B ini. Selepas Abang Nara gunakannya sendiri, memang terasa kelainan dan ada harapan untuk dapat mulut secantik Lisa.
rethinkSelaku pengguna yang berpuas hati, Abang Nara ingin mengajak korang untuk turut sama ikut serta dalam projek #RethinkYourMouth ini. Percayalah sekali korang cuba, pasti korang akan berpuas hati dan akan terus menggunakan 3 produk yang Abang Nara ceritakan tadi. Mulut sememangnya harus dijaga lebih-lebih lagi dengan makanan Malaysia yang banyak mengalakkan dan mempercepatkan kerosakan gigi. Takkan dah tua nanti kita nak tinggal gigi sebatang dua je kan atau nak pakai gigi palsu? Tak macholah macam itu.

rethink

Jom #RethinkYourMouth dengan Oral-B. Banyak lagi info menarik mengenai penjagaan mulut di Facebook Oral-B. Paling best penerangan-penerangan tersebut diberikan oleh Lisa Surihani. Sambil dengar penerangan, sambil leh layan awek cun. Hehehe.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 responses to Rahsia Penjagaan Gigi Lisa Surihani Terbongkar

  1. malu malu says:

    nara n wifey better xya senyum la.
    ur teeth. hurm kuning n berterabur, lagi2 ur wifey. sori 2 say.

    0

    0
    • Anonymous says:

      patutla oral B x amek abg nara jadi duta..
      boleh jadi x laku produk tengok abang nara wat demo

      0

      0
      • amoi says:

        aku tgk tajuk dah tahu mst nara kene bahan…tgk2 mmg betul..x baik korg ni taw…

        0

        0
        • Anonymous says:

          abang nara punye statement..
          Sebenarnya target Abang Nara ialah untuk mendapatkan mulut secantik dan sebersih Lisa Surihani. Abang Nara pernah jumpa Lisa depan-depan. Senyumannya memang menawan. Mulut pun wangi. Gigi cantik bersih dan putih.
          kemain.. mulut pun wangi..
          kipas kuat betul
          hahhaa

          0

          0
    • NaraTiNara says:

      Cer malu malu belanja gambar senyum skettt kat sini.. nak tengok skeett..

      0

      0
    • mama says:

      jahat gile komen. busuk hati.

      0

      0
    • naracantikke??? says:

      kannnnn!!!! eloklah nara ngn bini duk hadap tips dari lisa surirumah ni kan?? barulah konpiden sikit nak senyum nk nmpak gigi yg seranggah tu… *maluuu jiran kampung tgk gmbr nara ngn bini dia tu* #konpidenmestikenaadalakibinikan…
      mcm mana la nara ngn bini dia duk comolot, tak luka pulak bibir laki bini neh! akkaakakakakaka.. larikkkkkkkk

      0

      0
    • rambo1 says:

      abg nara ni baguih kan? org kutuk die tahap max melampau pun..die relekk je..takde plk nk delete komen or block IP adress org2 yg kutuk die..
      tak mcm page Oh! media… baru bahan skit dh sentap..pastu block org.. kui3..
      abg nara is the best yooo!!!~~~~

      0

      0
  2. Anonymous says:

    heh.. sudahlah.. kalo x g klinik jumpe dentist g wat whitening gosok kuat mana pun xder nye putih.. sbb kuning tu dh melekat..haha2

    0

    0
  3. minah jambu merah biru says:

    oral b ni memang bagossss minah jambu pon dh tryyyyyy dia memang betl2 bagos punye untok gigi…anda bagaimana? bila nk try..

    0

    0
  4. salmah munge says:

    Nara dengan wife boleh le pakai. Sebab dua-dua gigi berlapis kan?????

    0

    0
    • Anonymous says:

      bile pkai gigi jadi x berlapis ke??
      hahaha

      0

      0
      • minah jambu merah biru says:

        ini tkde kena mengena ngan gigi berlapis lah ! kenape kau ni bongok sangat sengaja ke pe ! oral b ni untok kasi gigi berseh ! kt dlm mulot tu semua kasi harum Wangi n berseh !!

        0

        0
  5. wom.my says:

    thanks atas tips yang bermanfaat ini.. sy juga berminat nak kongsikan tips penjagaan gigi di sini.. http://www.wom.my/kesihatan/penjagaan-gigi/

    0

    0
  6. tah apa2 tah says:

    ko ni banyak sangat kelentong la nara..kalau dah namanya kau promote iklan, boleh tak kau just publish tanpa cerita2 rekaan dan tipu kau tu? aku baca rasa nak muntah..promote saja, kan senang..ni lagi mau tipu..apadaaa..

    0

    0
  7. Shaklee says:

    Muka wife nara ada sikit iras Lisa Surihani

    0

    0
    • nara mata juling says:

      Boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

      0

      0
    • PagiPetangSiangMalam says:

      Eh Shaklee, kau kalau nk kipas si Nara ni pon, agak2lah. Nak kipas biar berpatutan n logic. Mcm ckp ikan kering lebih kurang sama dgn oyster. Dol ah kau ni Shaklee. Sedih kuat!!!

      0

      0
  8. nok gebuzzz says:

    kalakar la abg nara ni….

    0

    0
  9. Mual says:

    Gitu rupenyer muke ko yer nara,,not bad,,

    0

    0
  10. abgnarabodoh says:

    Abg nara ckp yg lisa surihani tu gadis.Hahaha..Lisa kan daa kawen…bagi la gelaran wanita ..ni gadis kot celah mne nye…gadis tu untk org yg bwah umur 20 thn

    0

    0
  11. gigiku bersih says:

    ramai lg org lain gg lg cantik drp lisa ni…huhu

    0

    0
  12. sentap says:

    korang xbaek kutuk bang nara. yg kutuk tu bukan gigi lawo mane pon. kalu lawo meh blanje cket gmbor gigi…

    0

    0
  13. nara mata juling says:

    nara, aku nak komen sikit,
    bukan part gigi tapi tudung bini ko tu….bukan ke pjg pashmina tu..

    gulung sampai senteng mcm tu..patutla..bila ada artis pakai bju ketat ke sexy ko tak berapa kutuk sgt…
    aku mtk maap ler nara yer.

    0

    0
    • lynn says:

      kan..
      semak pulak aku tengok tang leher tu. tebal sgt lilit kat sana kasi pendek.
      ni nara, sebelum kau “mengata dlm bahasa sopan” artis yg tak tutup aurat, dan statement kau kat entry pasal felixia yg kau kata kau yakin mampu membimbing dia tu, kau betulkan dulu cara berpakaian wife kau. bertudung tapi dada tak tutup dan pakai skinny jeans tak guna juga bhai. okay?

      p.s. sama sama bermuhasabah diri :)

      0

      0
  14. Mak Jenab says:

    Opochot !!!
    Terselak kain batek jarang mak ni .teperanjat tngk Lisa surihani dgn Nara dalam satu bilik mandi !!!!
    Eeeeeeeeeeee!!!! Ingat kan si Nara ada scandal bola kocek gan lisa rupanya promo ubat gigi. Buat suspens aje.
    K la mak nak angkat kain ni .eh kain jemuran la bukan kain tu .. Hahahhahah

    0

    0
  15. myakebabom says:

    ala,,, tajuk nk gempak je nara ni..
    lisa awal2 lagi dah bongkar kat aku melalui iklan tv. tak payah dah aku nak baca2 yang ko tulis ni. haha…skip baca n komen. :)

    0

    0
  16. wak lu says:

    Berus gigi beli kat mane bang nara?

    0

    0
  17. Nara..bini ko mcm muka model tudung zaharah…seram aku nyahhh

    0

    0
  18. guna oral B,gambar dengan siapa tu…..???

    0

    0
  19. mak mah isteri orang says:

    tak pasal2 abg nara kene lahar. tu lah sape suh tunjuk gigi yg x berapa nk tersusun rapi itew…

    0

    0
  20. simpati says:

    SEHINA-HINA ORANG YANG D HINA . HINA LAGI ORANG YANG MENGHINA :)

    0

    0
  21. MM says:

    Kesian nara kena lahar. Ko pesan bini kau ye, pakai tudung tu tutuplah dada. Duk menayang dada sana sini , sama je dengan retis yg pakai seksi ketat tu.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    kurang ajar btol org2 kat sini ye….ingtkn artis je yg kna tuan rumah sendiri pun korang hentam..siap ada yang mengutuk lagi..

    0

    0
  23. jija says:

    Nara..wife kau ke tu? tu pakai tudung ke liilt kepala?

    0

    0
  24. Shaklee says:

    Rasulullah saw pernah bersabda mafhumnya lebih kurang : sekiranya tidak membebankan umatku, mahu saja aku wajibkan bersugi setiap kali solat

    0

    0
  25. Benda wajib beli ni nak nak time bulan pose nanti!!
    Hihii

    0

    0
  26. huuuiiissssh nak kena try juga ni. nak gigi putih. tak mo kuning2

    0

    0
  27. boleh try brand nie plk.. :)

    mcm best :)

    0

    0
  28. Miss Suri says:

    Alah blogger ni sempat lg promote produk. Duta produk Oral B ke? Dapat komisyen byk tu.

    0

    0
  29. fishball says:

    Kalau pakai gigi besi macam mane eh?

    0

    0
  30. Perrrgghhh…dasat la abg nara…org kutuk pn dia wat de’ jer…xpe2 orang kutuk pn kutuk la…org nk kata muka tembok pn katalah…jnji konfiden tu yg penting…sy x prnh pakai pn produk ni…kalau abg nara nk promo iklan dia layanzz jer…

    0

    0
  31. Che ton tonggek says:

    Tk payah buang duit dik pakai produk ni semua…akak ni dh try jenama ni…yg colgate sifazura tu pun dh try…kalau gigi dh jenis kuning tu kuning juga…takde nk jadi putihnye…dr tan dr gigi akak yg hensem tuu pun tk galakkan buat bleaching…menipiskan lapisan gigi katenye…tk bagos nanti gigi sensitip…

    0

    0