Qi Razali Tidak Caras Iqram Dinzly Untuk JJCM

Hiburan

Qi Razali Tidak Caras Iqram Dinzly Untuk JJCM

Pada pendapat kami, iqram Dinzly mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dengan baik sekali, sampaikan teruja juga diri ini untuk mencuba makan di gerai atau restoran yang diketengahkan dalam rancangan kendalian beliau itu.

Namun pihak TV3 mungkin mempunyai perancangan lain kerana khabarnya kontrak Iqram tidak disambung untuk musim baru, sebaliknya bekas pengacara JJCM iaitu Qi Razali dikatakan telah ditawarkan kontrak sebagai pengacara JJCM musim terbaru.

Namun menurut Qi kepada mStar Online, dirinya langsung tidak ada niat untuk mencantas kedudukan sebagai pengacara JJCM dari Iqram.

Advertisement

Sejujurnya saya sendiri terkejut apabila diberitahu Iqram tidak akan muncul dalam musim terbaharu program itu namun saya tidak pasti apakah sebab-sebabnya.

Tawaran yang datang bukan kerana saya berjumpa dengan pihak produksi dan merayu agar mereka menerima saya kembali.

Saya terima kerana mahu kembali aktif dalam bidang pengacaraan yang telah saya tinggalkan hampir dua tahun lalu kerana memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

Qi juga mengakui yang dia mengharapkan hubungannya dengan Iqram akan kekal akrab seperti sebelum ini.

Sebelum ini ada media melaporkan yang Iqram tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan menganggap pihak penerbit memandang sebelah mata pengorbanannya untuk program JJCM.

Hmm, mungkin anda juga ada pilihan sendiri siapakah yang paling best sebagai pengacara JJCM? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

***

Bazar Seni Industri Budaya Kebangsaan kembali lagi untuk tahun 2013 ini mulai 23 dan 24 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pelbagai pertandingan menarik dan juga hadiah istimewa disediakan untuk para pengunjung.

Ada pertandingan tarian breakdance, gerai-gerai jualan barangan seni dan budaya, persembahan pentas, demonstrasi silat dan macam-macam lagi. Jom datang ramai-ramai!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...