(KANTOI)Qabil Bongkar Segalanya Tentang Fasha Sandha

(KANTOI)Qabil Bongkar Segalanya Tentang Fasha Sandha

qabil dan fasha

Abang Qabil Ambak memang hensem ~~~ Sumpah macho tak ingat dalam kenyataan dia hari nie kat Berita Harian. Terungkai segalanya mengenai hubungan dia dengan Fasha Sandha. Dan yang paling penting, bolehlah dikatakan nampaknya cik Fasha Sandha kita kantoi berbohong. Kenapa kami cakap macam tue? Cuba baca sikit Qabil punya statement nie:-

Advertisement

[note]Sebenarnya hasrat untuk membatalkan perkahwinan itu sudahlama saya suarakan pada Fasha dan saya ada meminta dia memaklumkansendiri perkara itu kepada media. Malangnya dia langsung tidak bersuara. Dan disebabkan tindakannya itu, saya lihat cerita mengenai kononnya yang kami akan berkahwin semakin tersebar di media dan gambar saya turut digunakan [/note]

Ha. Tue baru kantoi nombor 1. Cuba baca statement Qabil lagi untuk kantoi nombor 2 plak.

[note]Jadi apabila dia membuat pengumuman yang kononnya dia akan berkahwin, saya sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu kerana kalausaya yang dimaksudkannya, itu tak mungkin kerana saya sebenarnya belum lagi membawa dia bertemu dengan keluarga saya[/note]

Hohoho (gelak Santa Claus). Yang statement kat atas nie memang kantoi paling sekantoi-kantoinya. Ish-ish. Kalau kami jadi cik Fasha, memang kami tak berani keluar rumah 2 tahun. Malu beb. Kiranya kami rasa Fasha nie dah sampai tahap beria sangat nak kawin sampai sanggup reka-reka cerita. Kesian Abang Qabil.

Jadi apakah sebenarnya reason Abang Qabil kita clash ngan cik Fasha? Kalau nak tau baca statement kat bawah nie plak:-

[note]Rentak hidupnya tidak sama dengan saya dan selepas sayamelihat sendiri dengan mata kepala saya, barulah saya percaya dan biarlah hubungan kami ini hanya setakat di sini saja. Jadi saya harap selepas ini tidak ada yang membuat spekulasi kononnya keluarga sayaserta wujudnya orang ketiga yang menjadi punca saya tidak jadi berkahwin dengan Fasha[/note]

Wah wah wah. Apakah rentak hidup Fasha Sandha? Mungkin dia tak minat nak tunggang kuda macam yang Qabil suka. Tak pun Fasha fobia dengan kuda so tak sesuai la ngan jiwa Qabil yang merupakan seorang ekuestrian (betul ke eja nie). Atau mungkinkah rentak hidup Fasha terlalu baik untuk Qabil?

Kita tunggu apa pulak jawapan cik Fasha Sandha kita. Untuk korang yang nak baca statement penuh dalam Berita Harian, sila baca artikel ini sepenuhnya.

‘Lega umum tak kahwin Fasha Sandha’

TIDAK sukar mendekati jejaka ini. Orangnya ramah, tutur katanya lembuttersusun. Jika sebelum ini namanya mekar di arena sukan ekuin namunsejak menjalinkan hubungan dengan pelakon sensasi Fasha Sandha, diaturut menjadi buruan wartawan hiburan. Semua ingin tahu dan mendengarsendiri pengakuannya mengenai hubungannya dengan pelakon itu.

Bertemu dengan Qabil Ambak Mahamad Fathil pada majlis RumahTerbuka Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsung di perkarangan SriPentas, Bandar Utama petang kelmarin memberi peluang kepada penulismendasari hati lelaki ini mengenai apakah puncanya dia meletakkan tandanoktah terhadap hubungan yang sudah terjalin selama setahun itu.

Bukan sengaja untuk mengungkit kembali apa yang sudah berlakunamun jika sebelum ini kenyataan dari pihak wanita sudah pun disiarkan,adalah lebih bagus jika Qabil sendiri menerangkan mengapa dia bertindaksedemikian. Iyalah, sebaik saja membaca kenyataan yang dikeluarkannyadalam Harian Metro baru-baru ini, ramai yang terkejut dan tidakmenyangka Qabil membuat keputusan senekad itu iaitu membatalkanhasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama Fasha sedangkan padamasa yang sama, Fasha sendiri sedang menanti untuk mengumumkan tarikhkeramat itu.

“Saya rasa lega dan terlepas dari bebanan sebaik saja membuatpengumuman itu. Terus terang, keputusan yang saya buat ini tidakdipengaruhi sesiapa dan semuanya atas kemahuan saya sendiri. Dan iniadalah keputusan yang saya buat seorang diri dan bukannya bersamaseperti yang Fasha nyatakan.

“Sebenarnya hasrat untuk membatalkan perkahwinan itu sudahlama saya suarakan pada Fasha dan saya ada meminta dia memaklumkansendiri perkara itu kepada media. Malangnya dia langsung tidakbersuara. Dan disebabkan tindakannya itu, saya lihat cerita mengenaikononnya yang kami akan berkahwin semakin tersebar di media dan gambarsaya turut digunakan.

“Enggan membiarkan perkara ini berlanjutan serta membuatkansaya terus tertekan dengan keadaan sekeliling dan kebetulan pula adawartawan yang bertanyakan saya mengenai hal itu, jadi saya rasakaninilah masanya untuk saya menceritakan perkara sebenar supaya tidak adapihak yang keliru atau tertanya-tanya di manakah hala tujunya hubungankami ini,” jelas Qabil penuh hati-hati.

Tegar mempertahankan prinsipnya untuk tidak mahu memburukkan mana-manapihak, Qabil menyifatkan apa yang berlaku adalah suratan takdir danantara mereka memang tiada jodoh. Namun apa yang lelaki ini bolehkongsikan pada khalayak adalah, antara dia dan Fasha tidak mungkindapat hidup bersama.

“Saya akui, sepanjang kami hidup bersama, banyak cerita yangsaya dengar mengenainya. Malah kawan-kawan saya sendiri banyakmenasihatkan saya apabila mendapat tahu yang sedang berkawan dengannya.

“Namun semua itu tidak saya endahkan. Saya adalah seorang yangtidak mudah percaya cakap-cakap orang. Dan kalau betul pun apa yangdiceritakan itu, saya tidak mahu buruk sangka, mungkin itu cerita lamadan dia sudah berubah. Tapi selepas setahun berkawan dengannya, sayasendiri dapat merasakan yang antara kami memang tidak sehaluan dalambanyak perkara.

“Rentak hidupnya tidak sama dengan saya dan selepas sayamelihat sendiri dengan mata kepala saya, barulah saya percaya danbiarlah hubungan kami ini hanya setakat di sini saja. Jadi saya harapselepas ini tidak ada yang membuat spekulasi kononnya keluarga sayaserta wujudnya orang ketiga yang menjadi punca saya tidak jadiberkahwin dengan Fasha,” katanya yang tetap tidak mahu mendedahkanapakah insiden yang mengubah pendiriannya itu.

Tidak seperti pasangan lain, anak kedua dari tiga beradik ini mengakuimereka jarang keluar bersama. Kesibukan mereka dengan urusanmasing-masing membuatkan mereka terpaksa membataskan pertemuan mereka.

“Kami keluar bersama pun dalam sebulan sekali. Iyalahmasing-masing sibuk dengan hal sendiri. Malah, kalau berjumpa pun kamitidaklah berbincang soal perkahwinan secara serius.

“Jadi apabila dia membuat pengumuman yang kononnya dia akanberkahwin, saya sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu kerana kalausaya yang dimaksudkannya, itu tak mungkin kerana saya sebenarnya belumlagi membawa dia bertemu dengan keluarga saya,” tutur Qabil yangmengakui di awal perkenalan, dia tidak tahu yang Fasha seorang pelakon.

Diusik dengan pertanyaan apakah peristiwa itu akan membuatkan dirinyaserik untuk menjalinkan hubungan dengan artis, Qabil menolak andaiannakal itu.

“Saya tidak pernah memandang rendah golongan artis, begitujuga keluarga saya. Dan saya tidak menolak andai dijodohkan dengangolongan itu. Tidak semua artis sama,” ujarnya sambil memberitahu sejakmengumumkan hal itu, dia dan pelakon itu sudah tidak lagi berhubungan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...