Puteri Mardiana – Saya Ditangkap Khalwat Kerana Komplot Bekas Teman Lelaki Bersama Isteri Kekasih Saya

Hiburan

Puteri Mardiana – Saya Ditangkap Khalwat Kerana Komplot Bekas Teman Lelaki Bersama Isteri Kekasih Saya

Sebelum ini, pelakon Puteri Mardiana Zainal Abidin, 34, atau mesra dipanggil Nina, telah ditangkap kerana berduaan dengan kekasihnya Shahrizam Abdullah, 31, di kediaman Nina pada 13 Disember tahun lepas. Melalui BiPop Ahad lepas, Nina telah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburukan kebahagiaanya dengan Ejumps. Dakwanya, kejadian tangkap basah itu ialah hasil komplot bekas teman lelakinya dengan isteri Ejumps.

 photo ScreenShot2015-01-20at20407PM.png

Imej Berita Harian

Dakwa Nina, isteri Ejumps telah keluar dari rumah selama lebih setahun dan kes perceraian mereka masih belum selesai dibicarakan di Mahkamah Syariah. Menurut Nina juga, tiada sebarang pendakwaan dilakukan terhadapnya dengan Ejumps berikutan tangkapan itu.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Saya mendapat tahu kes kami tidak akan dibawa ke Mahkamah Syariah atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan. Jelaslah, kami tidak bersalah. Sehingga kini, telah lebih sebulan kejadian, tidak ada apa-apa tindakan…Alhamdullillah.

Saya dan Ejumps sudah disoal siasat seminggu lepas kejadian. Saya sebenarnya tinggal bersama dua rakan. Secara kebetulan malam itu mereka bekerja. Saya dan Ejumps baru pulang dari Central Market.Ejumps singgah sekejap di rumah untuk minum air dan membawa naik baju saya dan barang dapur yang dibeli.

Ketika bersembang di ruang tamu, pintu rumah diketuk. Ejumps membuka pintu dan melihat tiga penguatkuasa JAIS. Mereka memeriksa dari bilik ke bilik. Katil masih teratur, tiada kesan tuala basah dan bilik tidak berselerak. Kami ketika itu sedang berbual, antaranya isu Ejumps dan isteri.

Penguatkuasa JAIS ajak kami ke balai polis. Saya dan Ejumps tidak takut. Kami memberi kerjasama kepada JAIS dan polis. Apa yang menghairankan, salah seorang penguatkuasa JAIS tanya, Ejumps suami orang kan? Agak pelik, bagaimana mereka tahu Ejumps suami orang? Saya ada bukti kukuh apa yang berlaku adalah angkara bekas teman lelaki. Beliau merancang segala-galanya.

Kata Nina, dia dan bekas teman lelaki putus hubungan kira-kira dua bulan lalu.

Dia tuduh Ejumps punca kami berpisah, sedangkan hakikatnya tidak.

Kata Nina, dia dan bekas teman lelaki tiada keserasian. Bekas teman lelaki juga dikatakan sering bersikap kasar dengannya dan oleh itu dia berpendapat bekas teman lelaki bukanlah orang yang sesuai untuknya.

Dedah Nina, Ejumps merupakan kawan kepada bekas teman lelakinya.

Ejumps pula memberitahu yang dirinya sudah lama berseorangan kerana isterinya keluar rumah dan membawa lari anak hasil hasutan dan campurtangan ibu isterinya.

Dia mendakwa sudah tiga bulan tidak melihat anaknya dan perbicaraan tentang tuntutan Fasakh menjadi lambat kerana isterinya berlengah-lengah. Ejumps yang memberitahu bekerja sebagai arkitek mempersoalkan mengapa isterinya sakit hati apabila dirinya rapat dengan Nina sedangkan dia yang meninggalkan rumah?

Nina dan Ejumps turut mengatakan akan bernikah selepas Aidilfitri tahun ini.

Wow, apa yang dikatakan oleh mereka berdua sebenarnya sesuatu yang amat serius. Apakah reaksi  isteri Ejumps dengan pendedahan ini? Akan kami laporkan dalam entri selepas ini. Tunggu!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...