Oh yeah~~ Seronoknya rasa hati ini apabila Piala Dunia 2014 semakin hampir. Inilah masanya untuk melihat aksi-aksi bertaraf dunia pemain bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Van Persie dan ramai lagi. Tambah menyeronokkan apabila Lazada, laman membeli-belah barangan elektronik kegemaran Abang Nara turut sama menganjurkan kempen Lazada Kakibola sempena Piala Dunia kali ini. Seronok 2 kali ganda diri ini dibuatnya.
Menariknya kempen Lazada Kakibola ini dibahagikan kepada 5 peringkat. Setiap peringkat mempunyai tawaran yang berbeza-beza. Untuk peringkat pertama yang telah bermula dari 12 Mei dan akan berakhir pada 25 Mei ini, diskaun hebat ditawarkan untuk produk elektrik seperti televisyen, Playstation 4 dan juga komputer serta laptop. Memang ini masa yang amat sesuai untuk anda menukar televisyen baru supaya dapat melihat perlawanan-perlawanan Piala Dunia dengan lebih terang dan jelas. TV Philips 32 ini hanya RM688 sahaja. Murah tak murah la kan?
Kempen Lazada Kakibola ini akan berakhir sepenuhnya pada 13 Julai kelak. Bukan sekadar peralatan elektronik sahaja yang akan diberikan diskaun, barangan lain seperti beans bag, Apple Macbook Air, sistem “home theatre†dan macam-macam lagilah akan dikurangkan harganya bersempena kempen ini. Yang penting korang kena sentiasa tengok laman web Lazada dan juga Facebook Lazada untuk mengenalpasti barangan apakah yang sedang dijual dengan diskaun. Menariknya, selain tawaran harga RUNTUH ini, turut sama diadakan ialah permainan “Vote To Victory†di Facebook Lazada.
Cantik kan rekaan baju di atas? Sukar sungguh untuk buat pilihan. Namun korang perlu undi di Facebook Lazada dengan menulis nama negara pilihan anda dan hashtag #pickyourside #lazadaMY. Setiap 2 hari, pihak Lazada akan kongsikan 2 rekaan baju negara yang berbeza untuk anda undi. Apa yang bestnya, kalau anda mengundi, anda berpeluang memenangi salah satu baju awesome ini. Ini kerana pihak Lazada akan buat “giveaway†5 helai baju untuk setiap permainan. Best kan?
Pesanan Abang Nara, pastikan korang sentiasa melawat laman web Lazada dan jangan lupa LIKE Facebook Lazada terutamanya sepanjang kempen Kakibola ini. Takut-takut terlepas peluang untuk membeli barangan pada harga diskaun yang amat HEBAT. Piala Dunia hanya 4 tahun sekali. Jadi takkan nak tunggu 4 tahun lagi kalau terlepas promosi Lazada kali ini kan? Tak gitu?