Written by Bella | April 3rd, 2017

Peminat rancangan popular Korea, Running Man mungkin akan agak teruja dengan berita dimana seorang wakil dari SBS secara rasmi mengesahkan bahawa Running Man akan menambah dua ahli baru didalam rancangan tersebut.

Dua ahli baru tersebut ialah pelawak Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min. Pemilihan mereka berdasarkan rating yang agak memberangsangkan ataupun mendadak ketika mereka menjadi tetamu.  Difahamkan, mereka akan memulakan penggambaran Running Man pada 7 April ini.

Running Man kini mempunyai  lapan orang ahli secara keseluruhan termasuk ahli-ahli yang sedia ada, Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, HaHa, Lee Kwang Soo, Ji Seok Jin dan Kim Jong Kook.

Dengan pembaharuan ini, Running Man berharap rancangan mereka itu akan terus mendapat sambutan yang baik dan mereka juga akan cuba untuk menukar format rancangan agar ia lebih menarik.

Sumber Berita : Koreaboo

[jetpack-related-posts]

15 responses to Program Popular Korea Running Man Tambah Dua Ahli Baru

  1. Zikry haikal says:

    teruja apa nya? Rasa menyampah lg ada lahh! Sbs suka buat benda yg ntah apa2! Igt rating boleh naik ke kalau stakat tambah members mcm dua org tu?! Bodoh xleh nk hadap! Fans ckp tlg tukar game tukar game, sbs buat pekak gi tambah members. Tgk lahh ramai mana ifans yg protes!! Layan sgt knetz tu.

    13

    0
    • Anonymous says:

      Tau takpe. tak teruja langsung. Yang Se chan tu slalu buat lawak entah apa-apa. Skrg ni games tu yg bosan. Mana ada sgt dah cabut-cabut tag tu.asyik games bodoh je.

      13

      0
    • Shhh says:

      betul tu…dua tiga episode bru ni aku tak da pa tangkap apa dorg nk buat..aku cari kat mana lawaknya..last aku ketawa tgk rm msa member week je..masa Jik Suk Jin..kalo tak silap aku..nk tmbh lagi member???…kalo nk tambah member lgi…kena cri yg betul klakar..bukan takat menempek je jdi kayu..mmg spoil kalo guest tk thu nk bercakap…SBS ni bodo..org srh tukar format yg lbh baik..ko tukar benda lain..aku rasa salah satu sbb Gary kuar pun mgkin dh rasa RM ni tak lama mana pun..jdi lebih baik dia angkat kaki….sblm kena tendang..mmg gary ckp sblm ni..music ttp focus utama dia…dia blh je fokus kt music pada masa sama terlbat skali dgn rm..tpi mmdg kan rating RM dh jatuh kt Korea lbh baik dia bt keputusan demi masa depan dia….sementara nama dia masih panas..jdi org senang nk kenal dia lepas dia kuar dr RM….Nk buat apa2 pun org still kenal dia tak kira kt Korea ke kat Asia…Andaikata kalo dia still ada kt RM…dgn format RM entah apa2…PD pun tk da idea ..dh tak guna semua tu…rating dh jatuh teruk…mgkin dia lbh popular kt korea sahaja..jd dgn nama dia tgh popular skrg bukan sahaja kt Korea malah seluruh Asia..bgus keputusan Gary..rindu gak dgn dia…huhu..skrg mmg dh kurang tgk RM..tpi ttp anggap RM rancangan yg paling best pernah aku tonton dn byk buat aku ketawa…hahaha pajg pulak coretan aku.

      1

      0
  2. ninie says:

    Mmg anti sungguh dgn SBS bab RM. Kalau nk tambah ambik la yg semenggah sikit. Konon based on rating waktu diorang jd guest,tak rasa diorang ni best.Jung Yong Hwa & Nickhun tu dh mcm running family better ambik diorang rating sah2 akan naik dh idol. Makin menjunam ada rating lps ni!

    24

    0
  3. Anonymous says:

    Sebagai peminat setia RM dari 2010 mcm berat hati dengar, sebab kite dah attached with the members like our close friends. Patut tukar konsep & games je. or PD. Ni asyik makannnn je. Mini games dulu2 best walaupun simple.

    Pasni makin hilang laa screentime Song Ji Hyo n Kim Jong Kook. Konon SBS dah buat silap, nak improve. Macam ni treat dorang??

    15

    0
  4. Anonymous says:

    cuba ikut runningman china, ambik idol spt luhan. rating terus naik. lately memang boring rm ni.

    4

    1
  5. Anonymous says:

    baik ambil nickhun sebab dia dah selalu and nampak best bila ada dia. takda lah rasa gap sangat.

    4

    1
  6. Anonymous says:

    baik ambil nickhun sebab dia dah selalu join plus dia pun best. takda lah rasa gap sangat.

    2

    1
  7. hatesbs says:

    Daripada Yang Se Chan ntah sapa2 better Yang Se Hyung. Zaman kejatuhan RM start dari PD baru ni. Penonton just suruh tukar game,takda game baru pon ok. Peminat RM just nak balik game lama bukan makan je. Dulu tengok RM sakit perot aku gelak sekarang mmg krik krik je kdg2 mcm syok sendiri. 3++ episod kalau guna game lama ko mampu bertahan lagi 7 tahun. Hangin aku dgn PD ni!

    11

    0
  8. Anonymous says:

    Kalau tukar ke tambah ke, games/editing mcm tuuuuuuuuu je, same jugakk.Ke budget tak banyak, SBS?

    1

    0
  9. RM says:

    Skrg slalu tgok RM dulu2 epsd 150++.. Lucu2 gile, runningman skrg dh tak trtunggu2 lg, hambar, especially minggu kwangsoo hanya 1 mlm makan sana n makan sini dh hbs. Apakah

    2

    0
  10. sehun tunggu jodoh says:

    Tp xleh salahkan running man jgk. Dyorg nk lari drpd games yg melibatkan fizikal sbb mgkin kesian dkt members2. Tiap2 mnggu shooting, nk plak main kejar2 kau rasa xkejang urat ke. Nk2 si sukjin dan jaesuk yg makin berusia tu.

    0

    0
  11. faktab says:

    drp ambik dua org yg tak semenggah ni baik ambik chee kok keong ke, ong beng su ke, atau pui taik ting. aku rasa lagi kelakar

    0

    0

Leave a Comment

Optional