Written by AbangNara | January 21st, 2015

Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

Penyanyi itu yang berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun di Taman Keramat, Ampang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi setelah pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.

Pemeriksaan di bilik penyanyi berkenaan kemudiannya, polis menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram yang terletak di atas tilam di bilik berkenaan.
vokalis 90-anHasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morfin.

Penyanyi terbabit juga mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun yang diperoleh daripada seorang pengedar di sekitar Hulu Kelang.

Penyanyi terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Sumber Berita Harian.
zamani slamUPDATE: Portal Astro Gempak melaporkan yang penyanyi tersebut adalah Zamani Slam.

60 responses to Positif Dadah Jenis Morfin, Bekas Penyanyi Kumpulan Popular 90-an Disyaki Miliki Heroin

  1. mak jemah says:

    sapa lah vokalis tu ye? baik hisap gam! #jomhisapgam

    0

    0
    • bongokss says:

      ape punye bodo la ko ni mak jemah..ajak orang hisap gam pulak..ko tahu x lama2 ko hidu gam tu nnt otak ko jadi sewel..adoiii

      0

      0
      • Gam cap gajah says:

        Mak jemah ni agaknya hisap gam tulah sbbnya komen dia teramat bodoh …

        Nasib baik tak sewel lg sbb dia boleh komen kat BN ni.
        Klu dah sewel mesti dia komen cakap sorang2 kat stesen bas … duduk tngh2 jalan raya … silap ari bulan dia komen sambil menanggalkn baju sluar …

        mak jemah ni biar betol promote hisap gam … esok ada ank2 suruh dorang hisap gam … nak tak ? Msia Benci Dadah …

        0

        0
        • Mak Jemah Ori (Capital Letter) says:

          Katakan tidak pada dadah….Mak Jemah palsu musuh rakyat.

          0

          0
        • Baby AA says:

          Zamani….Astro Gempak dah kompirm. Heroin dan syabu.
          Masyallah…tu dah tahap cucuk2 tangan urat dan guna jarum. Eeerghhhhh….

          0

          0
        • Sucka says:

          pusat pemulihan la jalan terakhir…….k byeee :(

          0

          0
        • Nora Danisha says:

          Lebih baik dedah …daripada main dadah!

          0

          0
        • Datin Semah says:

          mati2 hakak ingat Jaapar Onn.

          0

          0
        • Tipah Kurma says:

          Zamani lewtuw..
          Ni kalau lokap tu boleh cakap mmg dah boleh panggil nama dia. kenai sangat…
          Dok keluaq masuk…. haihhh…

          0

          0
        • Mira says:

          Mira rasa kesal sangat dengan dunia artis sebab benda ni terjadi bukan atas sebab kehendak mereka… Kalau sape2 yang terlibat di belakang pentas sebenarnya mereka akan tahu betapa teruknya orang yang terlibat dengan promosi, pengurus2 acara etc,.. mereka dibayar untuk memasukkan dadah ke dalam makanan dan minuman paa artis sebelum show… Sehingga mereka ketagih dan mintak2 lagi lepas tu…

          ni antara yang Mira masih ingat waktu Mira bercakap dengan orang kuat artis dibelakang tabir… Artis adalah golongan yang berduit, dan mudah bagi pengedar2 nak dapatkan keuntungan.. antara yang pernah kena..

          jamal abdillah, saleem, mamat exist, ameng spring,

          0

          0
        • Sucka says:

          kalu dah ke tahap heroin dan syabu (ais), memang sah “addict” la.
          kronik la engko ni bro… :(

          0

          0
        • Jowang says:

          u sangkakan panas berpanjangan.. Rupanya gerimis, rupanya gerimis, mengundang..

          0

          0
      • neffs says:

        kesian Zamani..kadang2 kita tak boleh hina pengambil dadah nie.. kita seharusnya membantu mereka kerana mereka bukan penagih tapi pesakit yang perlukan bantuan dan rawatan..

        0

        0
        • melati says:

          penagih2 ni patut kena hukum cuci tandas awam je….tak berhasil pada negara. loser!

          0

          0
        • Mata Ke Atas says:

          nk kesian apa, dah byk kali org pesan jgn cuba. byk penagih2 sanggup meragut, rompak, panjat rumah orang, curi kasut, hunus parang ke perut mak bapak…ko kesian? kononnya terjebak. gatal kote nak main benda tu saper suruh? bahlol……

          0

          0
        • Mata Ke Atas says:

          nak kesian apa? ada duit beli dadah, ko sedekah kat masjid pun dpt juga pahala.

          0

          0
        • tecit says:

          Haah. Bayar duit sewa umah ke. kan kan kan..

          0

          0
        • Mangsa ragut di trafik light says:

          x payah nak kesian la weh,,,mat rempit2 semua tu ambik apa sebelum lumba dan ragut???

          melayu2 camni….macam haram jadah je. kasi humban dalam loji kumbahan.

          0

          0
    • peah says:

      mamat exist ke ??

      0

      0
    • encik shosan says:

      Zamani drpd Kump S***.
      #dahtahusenyapsudah

      0

      0
  2. poyos la says:

    sape retis tu cer kabo …ramainye artis mesia yg amik dadah ..memang SIA2 la hidup ko mangkuk …ni msti slh abg jib & kak mah hehehehe ..xpndai jaga rakyat buat budget gempak bjuta2 last2 kak mah gak pakai gi soping rakyat nganga …ok bai

    0

    0
  3. jemari angtoo says:

    byk lagi benda boleh hisap,yg pi hisap dadah pasai pa? grup mana tu? byk grup femes 90 an dlu..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    zamani

    0

    0
  5. Anonymous says:

    zamanikah???

    0

    0
  6. bedbedku says:

    zamanikah???

    0

    0
  7. peminat slam says:

    confirm zamani.dia siap mengaku dah amek benda tu 10 tahun.zamani oh zamani..bakat ade..suara sedap.tapi sayang..

    0

    0
  8. Kasha says:

    Zamani. sah. dah kuar kat astrogempak.

    0

    0
  9. pening says:

    kalau keramat n umur 43 tu zamani rasenye…dulu ingat betulla die ni ade penyakit sebab tu kurus…rupenye jd camni…asal zamani oiii.sore ko power kot…tolongla berubah tinggalkan bende jijik tu…

    0

    0
    • kenangan dulu says:

      dulu kemain housmate ku kata dia kurus sebab sakit paru2. citer 10 tahun lepas jugak. rupa2 nya….hurmmmm..sedih.

      0

      0
  10. si comel says:

    zamani slam..kesian..patotla kurus sgt..tggl tulg je…kenapa lah xboley fikir waras dari 10 tahun lps..

    0

    0
  11. Commentor says:

    WASTED!

    0

    0
  12. Kelilawau says:

    Loh…isap morfin. Nape x mintak Optimus Prime Decepticon kat Shuib Sepah….

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Bodoh. Ko frust ngan tok ti pastu pegi ambil brg ni ke. Hancurkan diri sendiri. Ingat kurus sebab sakit atau frust menonggeng. Ambil dadah lupanya

    0

    0
    • Apa nak jadi says:

      Mcm kes abg jamal ….. sbb wanita ??? …
      Perghnhh … ada iman dan akal pakai sbb nanti maruah tergadai ….
      Tak leh trima alasan Frust dgn Gf tu klu dah jd bini pun masih tak leh trima ….
      Pasai apa klu lelaki frust dgn bini tak jd gini …. ?
      Hari ini cerai lusa tulat trus kawin lain …
      Ngada2 punyer alasan …
      Perempuan lbh penting ke dr mak bapak yg besarkn kita ke ? …

      0

      0
      • dada says:

        jangan nk hina n wat andaian sendiri… ko taw ke die jage mak bapak die ke x!!!!!!! salah cakap jadi fitnah….!!! die isap dadah bende nk jadi… ko hine2 orang ni ko 2 bgs sgt ke??? org x isap dadah 2 perfect sgt ke??? memang die salah sbb isap dadah.. tp x bermakne die abaikan mak bapak die… die anak yang baik jage mak die mase die sakit… ko ape taw!!!!!

        0

        0
        • Apa nak jadi says:

          Dada kesiannya dia ni …. komen simple pun tak boleh faham. Apa kena mengena fitnah zamani x jaga parents dia ni!. Klu dah jadi mcm ni. Tak ke mnyusahkn hati ibu bapa Zmani. Masuk smua nwspaper dn media sosial. Dah lah dulu kata sakit paru2. Ko bayangkn ibu bapa dia kena jwb dgn saudara mara dan org kg. @dada. Tak kiralh sbb ppuan @ apa pun tp ibu bapa tnggung malu. Boleh jatuh sakit klu mrk tu dah tua. Klu ada sakit kronik Darah tinggi dn jantung. Worth it ke?. Hisap dadah sbb apa pun?. Ingt sikit Parents di kg klu nk ambik benda haram tu. Smoga Smbuh Zmni

          0

          0
        • Apa nak jadi says:

          Dada ko pun ambik benda tu ke ? Smcm jer ko reply … benda simple pun tak fhm. Bila kita pentingkn hati Parents dr Gf tak jd tu. Insya Allah takkan buat mcm ni. Kdg2 pngaruh kwn. Kena patah baliklah pngkal jln tp mmg tak boleh trima klulah disbbkn ppuan lps tu hisap dadah. Takke namanya pentingkn ppuan dr parents sndri. Kwn2 tu mmg pengaruh besar dlm kehidupan manusia klu gatal tgn nak hisap. Itu logiklah juga tp Prempuan ….. hurmmm. KITA SIAPA KWN KITA … BERHATI2 PILIH KAWAN …. kwn dgn si penjual minyk wangi. InsyaAllah dpt wangi. K bye @dada.

          0

          0
  14. mama aqil says:

    alahai zamani..ingat lagi pg konsert Salem die ms slam turun teluk intan dulu..
    nangis2 kene marah ngn ayah sb kluar naik bas memalam ngn kawan2..demam slam kot dlu tahun 98 cmtu..ms tu zamani mmg ensem ala2 chinese look..tp knape ye zamani amik jalan nie..ptt laa bile nyanyi asek manjang kunyah chewing gum,
    harap2 zamani cpt temui hidayah..bertaubat dan pikir masa depan..

    0

    0
  15. Entah la. says:

    klau btl zamani la…memg patut pn…tengok badan pn dh tahu…mane taknya tinggl rangka jer…sayang seribu kali sayang…suara sdp..tpi bongok isap dadah…sama la ngan salim iklim tu..

    0

    0
  16. Olga says:

    kalau dah “main” heroin, jarum la…suntik kat urat segala. kronik dah ni.

    euw….

    0

    0
  17. kaka says:

    salam…

    zaman skrg, ustaz pun ambik dadah, apatah orang biasa atau artis.

    apa pun doakan mereka bertaubat…

    bila dengar pasal dadah, sedih sungguh, banyak sangat kes..

    0

    0
  18. Anonymous says:

    show dah byk,bln february ni konsert d sngapore,dah byk show d indonesia.. alahai zamani.kau sndiri jgk cari masalah.. bertaubatlah…

    0

    0
  19. hana says:

    Kita tak tau apa yang dorang lalui. Doakan yang baik2 sudah, semoga temui jalan yang diredhai kembali. Amin

    0

    0
  20. Cik gayah says:

    Frust nya dengar berita ni. Tiap kali tengok zamani perform, selalu nafikan kat diri sendiri yang dia ambik dadah. Tapi memang betul rupanya dia ambik. Alahai.. Sayang seribu kali sayang.

    Patutla kalau perform selalu pakai baju lengan panjang. Nak cover tangan yang dah di cucuk cucuk.

    Adui. Kesian laa.. Sangat kesian. :'(

    0

    0
  21. abc says:

    hmm..xpaham lah. nape artis yg suara sedap, amik dadah? contoh jamal abdillah, ameng spring, salim iklm, exad exist dan yg terbaru zamani slam..adakah dgn mngambil dadah suara jd laig lemak merdu atau bg extra feeling??..huhu

    0

    0
  22. Zamana says:

    Baguslah ditangkap, dari mati overdosed takpun mati tepi longkang takleh diselamatkan lagi. Semoga insaf dan kembali ke pangkal Jalan Zamani. Suara kau sedap sangat.

    0

    0
  23. puteri says:

    Assalamualaikum….
    sedih saya baca tentang penangkapan atas
    Zamani. ….
    semoga Zamani cepat sembuh dari dadah….

    Dan kembali seperti sediakala….
    Insya’Allah. ..

    1

    0
  24. nana says:

    Zamani mempunyai suara yang sedap kurniaan Ilahi, semoga zamani cepat sembuh dari gejala dadah ni..doakan yg terbaik utk dia, manusia tak sempurna mungkin dia tersilap langkah

    1

    0
  25. bukan insan sempurna says:

    Sama2 kita doakan yang terbaik utk dia…kalau rase ada insan sempurna tingkahlaku dan tutur bahasa dalam ni yang sudi bimbing dia,bimbing lah dia ke jalan yang benar…kalau tak mampu atau belum matang,lebih baik diam dan doa supaya diri kita sendiri tak jadi seperti dia…minta dijauhkan dari perkara2 yang boleh menghancurkan hidup kita sendiri…ingat,kita hanya insan biasa yang tak sempurna…sehebat mana kita berkata2, ada lagi yang Maha Agung yang telah menentukan takdir kita sejak azali lagi…

    1

    0
  26. hamba Allah says:

    Sebenarnya kita masyarakat, tak patut mencemuh apatah lagi nak menuduh berburuk sangka.kita tak tau apa yang terjadi.apa yang zamani lalui. banyak faktor yang menyumbang kes dadah ni.

    boleh jadi pengaruh kawan2, dianiaya, lupa diri semasa zaman kegemilangan atau boleh jadi tertekan dengan masalah…banyak sebenarnya.kita masyarakat pun kena faham, penagih ni sudah tentu,pasti dorang ketagihan.padahal sebenarnya kita tidak tahu yang sebenarnya dorang penagih ni pun samapai tahap dorang nak bertaubat tapi,susah. ketagihan tu dah sebati dalam diri mereka.

    ambik contoh,memang dorang dah nekad nak berenti ambik dadah, tapi yang jadi penghalang, dorang mampu ker? 4 5 jam x dapat ice tu, badan menggigil2, kepala sakit, darah naik, mengamuk dorang x ingat dunia. kalo ada parang, silap2 kene parang ahli keluarga. sebab tu, ahli keluarga terutamanya dan masyarakat umumnya kene bagi semangat dan dorongan bukan mencemuh. dorang penagih ni sampai tahap bertaubat, memang nak berubah,nekad tapi dorang bukan x nak,sebab dadah ni ketagihan, kalo x dapat dorang sakit, menderita.sbb tu ,mcanapun dorang kena ambik ice/dadah jugak nak bagi hilangkan rasa sakit tu. that why diam x diam ada yang 10 15 tahun yang isap dadah ni dek sbb ketagihan yang melampau.

    kalo nak salah kan penagih je, dorang mungkin mangsa najis dadah ni. yang paling utama sebenarnya si pengedar yang hidup senang lenang,sindiket yang kaya raya ada makmal dadah yang kene hukum mati mandatori.dorang pengedar dan sindiket ni yang menghancurkan anak bangsa sendiri.melayu jual kat melayu.cina jual kat melayu n india pun jual kat melayu.hancurlah bangsa melayu dipandang jijik, diludah,dicakap sampah masyarakat.

    nak ckp pasal dadah, memang banyak..dari pengedar, penagih dan macam2 lagi.tapi masyarakat terlalu extreme pandang jijik kat penagih. sepatutnya, si pengedar ni yang penyebab semua ni. kalo pengedar yang nak duit nak kaya tu terlepas, sampai bila2 penagih dadah dan masalah dadah x berkesudahan..

    kita sebagai masyarakat sebenarnya kena bagi sokongan moral kat penagih.dorang sebenarnya nak berubah, kdg2 dorang menangis betul2 insaf berdoa kat Allah nak berubah, kita masyarakat kena bagi sokongan bukan mencemuh dan menghina. dorang pun manusia, ada hati perasaan nak berubah.

    buang sifat kita yang suka mencemuh penagih dadah ni. kita xtau nasib kita, adik beradik, ibu bapa kita, anak2 kita macamana.mungkin satu masa nanti kita berada pada situasi sebegini. Sebenarnya ujian setiap manusia tu Allah turunkan berbeza-beza dan Allah duga kat manusia mengikut keupayaan hambanya. Ada diuji dengan kesakitan yang bertahun2,kekayaan, kemiskinan, buta, bisu, pekak,kematian dan yang Nafsu.Mungkin ni ujian nafsu untuk zamani. Nafsu ketagihan dadah dia.

    Apapaun, saya doakan semoga zamani tabah dengan ujian Allah terhadap diri anda
    untuk melawan nafsu anda terhadap najis dadah. Kita hanyalah manusia yang sering melakukan kesilapan..
    Wallahualam..

    1

    0