Polis Nafi Farid Kamil Jalani Latihan Unit Tindakan Khas (UTK)

Hiburan

Polis Nafi Farid Kamil Jalani Latihan Unit Tindakan Khas (UTK)

Baru-baru ini, Farid Kamil ada memberitahu pihak media mengenai perkembangan terbaru dirinya yang menjalani latihan Unit Tindakan Khas (UTK) di Muar, Johor. Laporan ini telah dikeluarkan oleh suratkhabar Kosmo dan Utusan Malaysia. Ini adalah kali pertama orang awam berstatus selebriti mendapat latihan yang seumpamanya daripada pihak polis.

farid kamil utk

Advertisement

Kerana latihan UTK ini, Farid Kamil terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya, Muhammad. Kata Farid Kamil:-

Kalau boleh saya tidak mahu berpisah jauh dengan Muhammad. Saya mahu tengok proses pembesarannya di depan mata tetapi hendak buat macam mana, saya kini sedang mengikuti latihan Unit Tindakan Khas (UTK) di Muar, Johor.

Saya cuma berkesempatan melawatnya seminggu sekali sahaja. Bagaimanapun, saya beritahu Diana tidak mahu melepaskan momen Muhammad berjalan.

Saya mengikutinya dengan rela hati dan saya berbesar hati kerana diberi peluang. Bila saya terlibat dalam unit ini secara tidak langsung ia dapat membentuk jati diri dan disiplin.

Secara keseluruhan latihan itu mengambil masa selama tiga bulan. Saya perlu menjalani latihan selama 12 jam sehari. Antara latihan-latihan yang perlu dilakukan adalah mendaki bukit dan menembak.

Namun begitu, Polis Diraja Malaysia(PDRM) baru-baru ini menerusi laman Facebook mereka telah tampil menafikan kenyataan yang diberikan oleh Farid Kamil.

farid kamil utk

Mungkinkah Farid Kamil tersilap memberitahu jenis latihan yang diterimanya? Apa pun yang penting, penafian daripada pihak polis telah diberikan. Semoga selepas ini tiada lagi kekeliruan mengenai perkara ini. Info asal MazidulAkmal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...