Written by AbangNara | October 22nd, 2015

Fuh!!! Lega. Semalam serius Abang Nara terkejut sangat-sangat apabila berita penahanan Amir Ukays kerana memiliki sepucuk pistol tersebar. Macam-macam persoalan bermain di minda apabila membaca berita tersebut. Kenapa Amir Ukays ada pistol? Ada orang ugut Amir Ukays ke sampai perlukan pistol? Pelbagai perkara negatif terus menyelubungi minda ini. Nasib baiklah semua persoalan itu terjawab dalam masa tak sampai 24 jam.

amir ukays pistol

Rupa-rupanya pistol berwarna hitam yang tertera tulisan Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520 itu merupakan sepucuk pistol mainan yang dihadiahkan oleh seorang peminat kira-kira 8 bulan yang lalu. Kata Amir Ukays:-

Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam). Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan.

Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.

Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza 2. Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan.

amir ukays pistol

pistol mainan milik Amir Ukays

Ketika berita penahanannya tersebar semalam, banyak pihak yang telah menuduh Amir Ukays dengan tuduhan negatif seperti penjenayah, perompak, hisap dadah dan macam-macam lagi. Tak boleh juga nak salahkan mereka yang menuduh. Iyerlah, pistol kot. Bukannya getah lastik cicak. Namun Amir Ukays sudah pun memaafkan mereka yang membuat kesimpulan sendiri. Kata Amir lagi:-

Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan.

Tidak mengapalah, saya sudah maafkan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa dan sudah melupakannya. “Saya kini sudah dibebaskan dan paling penting, pihak polis mempercayai keterangan saya.

amir ukays pistol

Pengajaran daripada kisah ini ialah, memiliki pistol mainan turut sama memerlukan lesen. Abang Nara yakin ramai yang tak tahu tentang ini kan? Selain itu, kalau nak tembak cicak, gunakan getah pun dah cukup rasanya. Tak perlu pistol-pistol ini. Diharap Amir Ukays lebih berhati-hati di masa hadapan. Kontroversi sebegini tidak diperlukan di kala Amir Ukays ingin mencipta nama semula. Sumber Berita Harian.

amir ukays pistol

P.S: Berita baik buat mereka yang suka membeli-belah di www.maleena.my. Bermula hari ini (22 Oktober) sehingga 25 Oktober, sila masukkan voucher kod “NARA” untuk dapatkan diskaun 50% bagi setiap item pembelian anda. Terbaik kan? Inilah masa terbaik untuk anda mendapatkan produk berkualiti dengan penjimatan terhebat. Jangan lupa LIKE Facebook Maleena dan Instagram Maleenaofficial untuk dapatkan perkembangan terkini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to Pistol Itu Pistol Mainan Untuk Tembak Cicak Di Rumah – Amir Ukays

  1. Anonymous says:

    ok! kipidap!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      kahkah!

      0

      0
    • amoi says:

      hahahaa…kipidap dogibab…

      0

      0
    • Kak Mah says:

      Kak Mah cm caya-caya idak jek statement bangMir ni.. Berikut adalah beberapa point Kak Mah:
      1. Material – Pistol mainan dibuat dari material yg sama ngan pistol betol sampai polis xleh beza metal ke plastik masa first touch? *acehh.. first touch!*
      2. Kalau Kak Mah x kenal pistol betol tu logik jugak.. Kak Mah ni pekerja kilang.. Tp polis x kenal pistol mainan ke betol? Ibarat BangJib x knal Kak Mah pulak perumpamaannya..
      3. Kak Mah park kete kat depan umah Kak Mah, tiba2 polis dtg ckp nk cek kete.. Tup2 jumpa pistol? Adoiiii..

      Kesimpulan,
      Ni lg satu sinetron melayu terbitan astro cm cite cinta & ibadah ke?

      0

      0
    • minah jambu says:

      kalau ye pon itu pistol mainan police tk tengok dulu ke sebelom bawak amir kt police station ? ape2 pon Alhamdulillah amir dh di bebaskn..jangan lupa mingu ni vocal tu kasi power untok gegar vganza ok !

      0

      0
  2. pistola says:

    ayat nara macam skeptic je..mcm xpuas ati dgn pistol mainan tu

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Aku pun ada pistol ni kat umah…
      sebiji… peluru dia kaler kuning gelap..
      kalau kena badan ko… berbirat… sakit jugak..
      Mmg biasanya digunakan untuk tembak cicak..
      Masalah cicak di rumah…
      Kenapa bawak dalam keta?
      Mesti amir ni gunakan pistol tu untuk acah2 org lain..
      Ekekeke… tu pasal ada org report…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Adoi baca la artikel tu dari awal sampai habis. Kan ada dia cakap.

        0

        0
      • Anonymous says:

        Kau tak baca ke kat atas dah cakap “anak dia bawa turun , tertinggal dalam kereta” . Hak alahhhhh

        0

        0
        • Anonymous says:

          Sengal mcm cicak pekerja gomen ni. Nak komen baca tak habis! ko pakai pistol tu acu kpala lu la bodo

          0

          0
      • Anonymous says:

        KAU TAK RETI BACA KE KAT ATAS DAH TULIS “anak dia bawa turun , tertinggal dalam kereta” . HAK ALAHHH KAU NI KECOH JE LEBIH

        0

        0
      • Pekerja Gomen says:

        Aku baca, tapi konklusi yg aku buat adalah berdasarkan…
        Apa ke halnya polis nak datang kat ko tak pasal2…
        masa ko tgh parking… then nak cek keta ko.
        Confirm ada org nak sabotaj dia…
        Mcm mana org tau dia ada pistol?
        Tentu dia pernah tunjuk… kalau tak camna org tau…

        Sbb seumur hidup aku…
        Aku tak pernah tgk polis datang kat aku atau sesapa
        Masa tgh parking, tiba2 nak cek keta aku..
        Kalau dia tak suspek atau dapat laporan dari org lain…

        Mana la kau org punya sense of logic..
        Sblm marah meh pikiaq dulu..
        Orang swasta jarang bebal…
        Org gomen je biasa lembap sikit.

        0

        0
        • Anonymous says:

          jgn nk bezakn swasta ke gomen..
          teruk sgt ko neh..sangka buruk..
          ape kena menena..
          terlebih bijak ke bodoh ko neh

          0

          0
        • nenek lanjut usia says:

          kuang hajau kau neh. mak aku ckp biar lembap jgn kuang hajau. k bye

          0

          0
        • Pekerja Gomen says:

          ekekek…
          ramai pekerja gomen mcm aku rupanya kat sini…
          yg pekerja swasta senyum je…

          0

          0
        • Anonymous says:

          Kalau dah dia cakap anak dia tertinggalkan pistol tu dalam kereta, ada kemungkinan la pistol tu in plain sight. Orang lalu-lalang Nampak, report la kat polis. Tu salah satu kemungkinan. Kau ni memang terlebih ‘bijak’.

          0

          0
        • zara says:

          mungkin tingkap kereta x tinted….so orang lalu tepi kereta masa parking tu ternampak… orang salah faham ingat penjenayah then report polis.

          0

          0
        • makcik says:

          aku setuju ngan ko pekerja gomen. sebab aku pun gomen(haha). yang kata anak dia sengaja bawa turun itu adalah mungkin sekadar alibi.

          aku percaya perkara ni dh diintip lama oleh pihak polis. tunggu nak strike jek.

          mungkin ada kes laen yg melibatkan amir ni tp nasib xbaek polis tahan tgk plak ad pistol dlm kete dia.

          mungkin betul juge amir ni pernah ugut org dgn mnggunakan senjata tu.(mungkin ya, tp selagi kita xdgr mana2 repot polis mungkin juge sebaliknya. ataupun repot dirahsiakan drpd pengetahuan umum.)

          mungkin polis ad menjalankan operasi di sekitar tempat amir parking, tetibe tgk keadaan kereta amir dlm keadaan mencurigakan (yelahh..gile ko, ko bwk pistol mainan dlm kete, tetibe npk polis, gile xcuak! mesti ko dh mengelabah kn, mse tu mungkin ko mcm gelabah dh blah cpt2 tp polis plok trnampak. jd gua kantoi beb!). polis plak tgk retis dlm kete, wahhh..mmg lauk la kennnnn..

          byk lg konklusi yg bole aku buat, tunggu aku ad masa aku kaji kes ni ikot logik dan mantik aku.

          p/s: yeee..aku setuju gomen mmg lembab. lg2 gomen pejabat tanah dan daerah. hahaha..swasta xlembab, contoh bank, cpttttttttt jee ofer suh wt loan ngn kad kredit.

          0

          0
      • pekerja gomen pemalas says:

        hurmmm..typical. pemalas. tembak melulu.

        0

        0
      • Pekerja Swasta says:

        haiiisssh cakap bodo kang marah…
        kn ke die dh bgtau pistol tu ank die yg bwk letak dlm kete pastu lupe nk bwk turun…pekerja gomen ni mmg bodoh blh tahan!
        baik jd pekerja swasta je…

        0

        0
        • Anonymous says:

          Cuba kau pkir..macm mana tetiba polis kebetulan plk tu boleh chek keta dia yg tengh parking…oooh baru aku tahu skg..anak dia yg telipon polis surh chek dlm kreta bapak dia ada pistol.pasal tak dpat cari kat rmh..WTF!!!

          0

          0
      • puteri says:

        dia kata… kebetulan anak dia bawak masuk keta…then tertinggal…

        0

        0
  3. Anonymous says:

    oooooo ari ni khamis mlm jumaat.. jom tembak cicak..

    0

    0
  4. Woohooo says:

    Pistol mainan? Nampak real..

    0

    0
    • Rogayah says:

      aku plk rs tu ialah pistol real sbb dolu dia pnh mgaku dia ialah polis. mungkin betul dia ialah polis, ala2 perisik ke.

      0

      0
  5. lara alana says:

    kan dah cakap, pistol dah dibenarkan utk kita simpan kat rumah. nak tembak penjenayah sekali dgn keyboard warrior, bukan setakat cicak saje okayyyyy. sebabkan org lain fitnah dia kena masuk lokap. tak pepasal lah.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    dah bengong sangat ke polis kat malaysia ni sampai xtau nak beza pistol betul dengan pistol mainan?…tiap2 hari pegang pistol,xkan xtau nak beza?..ataukah???

    0

    0
    • Lara says:

      Walaupun polis dah tahu itu pistol mainan, tetap kena jadi kes sebab apa motif bawa pistol mainan ke hulu ke hilir? Pistol mainan pun kan illegal.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Kau ni betul ke tak? kalau gitu anak aku kalau gi jln2 bwk pistol menan pun boleh kena charge jgk ke?

        0

        0
  7. cikmunge says:

    nara… dah tentu dia ckp peminat bagi.. pastu anak dia bawak masuk dlm kete.. apehal lak conclusion ko bawah tu ckp..mcm x kene jek….

    0

    0
  8. Senduk Beracun says:

    …aku nak beli satu lah pistol tu. Sbb aku nak sgt tembak dahi dan kerongkong EPA RAZIAH tuh! Pihak astrok tlg jgn panggil lagi minah gedix tu kat GV tau…! Sangattttlahhhh meluat + menyampah + termuntahh tgk! Tak relevan langsung!

    0

    0
  9. mira says:

    bang bang.. gigihnya nk tembak cicak. umah byk cicak ke abg amir. bela kucing la. nnt dia tolong tangkap cicak.

    0

    0
  10. pundek says:

    Macam haremm undang2 ni. Berjuta orang ada pistol mainan kat dalam Malaysia ni. Hari ni baru aku dengar kena ada lesen? Lain kali kat pistol tu kena letak ‘PERLU DILESENKAN’ sebelum dijual. Tak la tetiba orang rasa diperbangangkan lepas beli. Rumah aku bersepah senapang mainan besar2 pulak tu. Anak laki 3 orang. Gegar rumah main tembak2. Lepas ni rumah aku pulak la masuk cnn keluarga pengganas…nyommnyommnyomm

    0

    0
  11. Anonymous says:

    So far ni….berapa cicak dah kena kena shoot tu…? Hehehe….Amir Amir…semoga berjaya di GV dan teruskan career kamu. Alhamdulillah..

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Aku tak caya langsung cita ni..satu kata pistol mainan..lagi satu biol polis pun tak tahu bezakan pistol mainan dgn yg betul..apa ni..bwk pistol dlm kreta..kata anak tak sengaja letak…entah2 polis dah kena sogok..bukan tak pernah terjadi benda2 merepek nk kat malaysia.susah nak percaya..yg percaya nara sorang..bodoh kau nara!!!

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Merepek..simpan pistol setakat nak tembak cicak..ada je nak buat cita..banyak nah cicak ke kat rmah kau tu? Aku pasti ini pistol betul..polis pun bukan boleh percaya sngat..sampai masuk news baru sah yg pistol tu pistol mainan..knpe tak siasat dulu baru break the news..tak masuk akal..nak tunggu 24 jam ke baru dapat bezakan pistol palsu? Pistol mainan anak aku..aku tgk je aku tahu tu pistol mainan..

    0

    0
    • ENTAHNYA says:

      Setahu saya mmg ada pistol mainan yg 99.9% sejibik sejiban dengan pistol asli..bezanya peluru sahaja…
      Yg gerak khas pakai utk drama tu pistol palsu la tu..
      kat sempadan thailand senang nak beli pistol mcm tu..murah jer..klu dh bawa ke pasaran gelap kat KL mmg mahal la…

      0

      0
    • Anonymous says:

      pistol airsoft mmg illegal la…

      0

      0
  14. Anonymous says:

    Ada udang di sebalik mee..undang2 kat malaysia hancai!!!!

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Saja saja nak bagi up kontroversi utk Gegar Vaganza tu je pun….

    0

    0
  16. Jalan daa says:

    Hahahaaaa lawak yg paling lawak siottttt…
    Sape yg kondem dia lebih2 tu cepat2 laa mtk maaf yea.. fitnah tu dosanya lbih dahsyat drpd mmbunuh..
    Steady amir!!!

    0

    0
  17. ina says:

    mesti korg xde anak laki n xpenah beli brg mainan kt siam nun.pistol sana tu mmg nak kata 90% same dgn yg real punye.siap ade case n berat pon bleh tahan.kl beli kt psr mlm sini mmg le xde…

    0

    0