Sebelum ini Pierre Andre pernah menyatakan yang dia sedang bercinta dengan seorang gadis bertaraf kerabat diraja malah dia pernah menyatakan hasrat akan mengahwini gadis itu. Namun Pierre, telah memberitahu kepada laman Murai yang dia dan gadis itu sudah terputus hubungan.
Saya tak tahu hendak sifatkan hubungan kami kini bagaimana, kerana kami sudah tidak berhubung dan berjumpanya hampir setahun .
Saya juga tak pasti di mana silapnya. Biarpun niat untuk berkahwin dengannya sebelum ini sudah ada.
Malah, Pierre telah menyerahkan soal cinta kepada takdir:-
Saya hanya berserah kepada jodoh dan takdir. Tidak mahu terlalu memikirkannya lagi. Apa yang paling penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya saya sebagai pengarah dan pelakon.
Pierre yang merupakan bekas teman lelaki Yana Shamsuddin ini pernah menggemparkan dunia hiburan apabila terbabit hubungan cinta dengan seorang wanita yang ‘tidak wujud’. Wanita itu, bernama Maya Darina Dahlan Hain dikatakan sekadar watak samaran seorang yang mengenali Pierre, namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Apa pun kami bersetuju yang Pierre perlu lebih fokus kepada kerjaya untuk bersaing dengan pengarah-pengarah muda yang lain bagi menghasilkan filem-filem bermutu. Yang lepas, jangan dikenang. Move on, and forward!