Written by AbangNara | June 26th, 2014

Ok cuba bayangkan anda nak berkahwin seminggu-dua lagi. Kerana mahukan wang lebih untuk belanja kenduri, anda cuba ‘melabur’ dengan saudara Andy Long. “Untung cepat” katanya. Tapi bila nak pergi ambil hasil pulangan anda, pejabat si Ah Long itu sudah ditutup. Orangnya hilang tanpa khabar berita. Modal anda pula? Kosong. Hilang. Apa yang anda nak buat? Menangis sepanjang hari? Batalkan perkahwinan? Yang pasti, anda akan kelam-kabut macam mereka di dalam filem pendek di bawah ini.

Nasib baik ada watak macam Faizal Ismail (FBI) dan Fauziah Nawi yang celik ilmu kewangan dalam filem pendek di atas. Kalau tidak, mesti huru-hara bila tertipu kan? Alhamdulillah setakat ini Abang Nara tak pernah tertipu lagi kerana diri ini berpegang pada prinsip kalau sesuatu pelaburan atau cara buat duit itu pulangannya terlalu tinggi dan tak masuk akal, maka itu adalah pelaburan ‘scam’.

pidm

Sebab itulah kita selaku pelabur dan pemilik wang kena lebih berhati-hati dan sentiasa menyiasat terlebih dahulu sebelum menyimpan atau melaburkan wang kita dalam mana-mana produk kewangan. Biarlah orang nak kata kita rugi sebab terlepas peluang dapat untung cepat dan banyak apabila tidak menyertai sesuatu pelaburan yang sedang hangat di pasaran. Paling penting kita amalkan 3 prinsip kewangan yang disarankan oleh Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM) untuk menjadikan kita ‘MoneySmart’ dan bukannya melabur dengan cara membabi buta seperti di dalam skim cepat kaya. 3 prinsip ini tak lain tak bukan ialah:-

1. Ketahui produk kewangan kita
2. Ketahui risiko kewangan kita
3. Ketahui hak kewangan kita
pidm
Mesti ada yang tertanya-tanya apakah fungsi sebenar PIDM ini? Sama dengan syarikat jual insurans, badan pengurusan kewangan dan sebagainya ke? Tidak sama sekali! PIDM merupakan sebuah agensi kerajaan yang memberikan perlindungan di bawah akta PIDM untuk wang simpanan bank sehingga RM250,000 dan juga manfaat takaful serta insurans sehingga RM500,000 sekiranya mana-mana ahli PIDM itu bankrup. Jadi wang yang kita simpan di mana-mana bank ahli PIDM, dan produk takaful dan insurans yang dilindungi oleh PIDM sememangnya selamat. Jadi kalau mereka bankrup sekalipun, kita boleh dapat balik duit kita. Lega kan?
pidm

Selalu apabila kita pergi bank, akan ada logo PIDM macam gambar di atas di bank tersebut menandakan bank itu ahli PIDM. Jadi kalau lepas ini rasa ragu-ragu dengan sesuatu produk kewangan, kita boleh pergi ke laman web www.pidm.gov.my untuk periksa terlebih dahulu latar belakang produk tersebut. sama ada dilindungi oleh PIDM atau tidak. Kalau masih tak yakin lagi, boleh terus telefon hotline PIDM di 1-800-88-1266 untuk bertanya secara ‘direct’ dengan staf PIDM. Insya Allah mereka akan beri penjelasan yang jelas sebarang persoalan anda.
pidmNasihat Abang Nara, sebelum menyimpan duit kat mana-mana institusi kewangan atau membeli apa-apa produk insurans/takaful, periksalah keahlian mereka dengan PIDM terlebih dahulu melalui cara-cara mudah yang Abang sebutkan tadi. Orang kata menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Tak gitu? Sama-samalah kita menjadi pengguna kewangan yang bijak seperti yang mahu dicapai menerusi kempen PIDM MoneySmart 123 ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to PIDM: Alkisah 3 Langkah Dalam 1 Kesedaran

  1. Mira says:

    Syukur alhamdulillah dapat 1st lagi…

    0

    0
  2. ramleeposmen says:

    Alhamdulillah.

    0

    0
  3. komi says:

    Blog ni dah jadi blog iklan ke, masih blog gosip retiss?? Asyik2 iklan. Melambak2 iklan. Buat duit engko eh?

    0

    0
  4. Keturunan Nabi Adam says:

    Horeyyyyy hari raya dah dekat…

    0

    0
  5. PagiPetangSiangMalam says:

    Haihhhhh, makin byk plk iklan abg. Nara neih… Kang org semua fedap xbukak lagi blog ni, baru padan muka. Taulah nk buat duit, tapi man2 lah sikit. Ni back to back. Nmpk sgt. Silalah hargai kami sblom kami cabut ya. Slamat menyambut Ramadhan.

    0

    0
  6. […] PIDM: Alkisah 3 Langkah Dalam 1 Kesedaran (9) […]

    0

    0
  7. […] PIDM: Alkisah 3 Langkah Dalam 1 Kesedaran (10) […]

    0

    0
  8. […] PIDM: Alkisah 3 Langkah Dalam 1 Kesedaran (12) […]

    0

    0