Written by AbangNara | June 6th, 2014

Isnin 2 minggu lalu, Abang Nara telah menghadiri majlis perasmian PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula di stesen PETRONAS Technology Park Malaysia. Selaku salah seorang daripada jutaan pengguna tetap PETRONAS seluruh Malaysia, Abang Nara memang teruja sangat-sangat. Iyerlah, selalu kalau produk baru, pastinya kualiti pun lebih bagus.

PRIMAX 95 BAHARU

Keterujaan Abang Nara ternyata berasas apabila mendengar ucapan perasmian daripada En Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus. Menurut beliau, PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula dibangunkan dengan kerjasama jurutera PETRONAS dan pasuka Formula F1 Mercedes AMG. Kehebatan kerjasama ini dibuktikan dengan kemenangan berturut-turut Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dalam perlumbaan F1 tahun ini. Hebat kan?

PRIMAX 95 BAHARU

PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula memberikan prestasi yang lebih tinggi dan mampu memberikan perjalanan yang lebih jauh untuk kenderaan yang menggunakannya. Bukan sahaja membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, PRIMAX 95 baharu turut serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. Sekaligus dapat mengurangkan geseran bagi meminimumkan kehilangan tenaga dan seterusnya memberikan penjimatan petrol yang lebih baik. Senang cerita, kalau isi minyak Primax 95, confirm enjin lebih power dan akan lebih banyak penjimatan berlaku.

PRIMAX 95 BAHARU

Pembangunan PRIMAX 95 ini adalah dengan kerjasama Perunding Prestasi Teknikal Petronas PRIMAX dan pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One, Lewis Hamilton dan kumpulan jurutera dan ahli kimia di pusat penapisan dan penyelidikan serta makmal enjin dan kenderaan di Asia dan Eropah. Lewis Hamilton yang menggunakan minyak PETRONAS PRIMAX dalam setiap pelumbaan F1 akan memberikan maklum balas tentang prestasi minyak ini dan ia digunakan oleh PETRONAS untuk membangunkan PRIMAX 95 buat kita semua. Jadi, kita semua mampu menggunakan minyak yang dihaslikan dari teknologi sukan bertaraf antaranbangsa, F1. Fuh~~ Power kan?
PRIMAX 95 BAHARUAbang Nara dah mula menggunakan PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula untuk kereta Abang Nara. Memang terasa perubahannya. Paling ketara ialah memang jimat sangat-sangat. Kereta Abang Nara memang pergi lebih jauh. Korang yang belum cuba bolehlah mengisi minyak PRIMAX 95 baharu yang kini sudah ada di seluruh stesen minyak PETRONAS seluruh negara. Untuk informasi lanjut, layari www.mymesra.com.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to PETRONAS Lancarkan PRIMAX 95 Baharu Dengan Advanced Energy Formula

  1. PEMINAT SURY says:

    YESS FIRSTTTTTT

    0

    0
  2. petro says:

    Petronas ni minyak dia kalau guna jimat xde sgt.. power mmg power.. setakat ni so far, minyak jimat and power, bhp dgn petron. Xpe, pasni nk try petronas ni pulak..

    Yg paling teruk shell lah.. x power.. tapi jimat la.. brand lain tak tau la.. share la pengalaman korg..

    0

    0
  3. ron95 says:

    aku guna petron utk jalan jauh..petronas dulu2 aku guna tapi byk sgt gas laa, jadi aku tukar pada shell dan petron saja..lebih jimat dan lebih jauh boleh pergi. shell so far the best utk aku..tapi aku make sure tiga – empat bulan sekali aku kosongkan tangki dan isi minyak Ron 97 kat shell/petron..Ron 97 ni w/pun mahal tapi lambat habis..dan kereta mmg lebih power la..petronas aku terpaksa lupakan atau hanya masuk bila terpaksa..rugi..

    0

    0
  4. Coffeelover says:

    kene test ni

    0

    0
  5. kurtap says:

    dulu ron97 untuk semua lapisan masyarakat. Sekarang Ron97 hanya untuk orang ADA ADA. Nak merasa pun sebulan sekali. Guna la kita ron95

    0

    0