Pertunangan Shahz Jaszle Dengan Redzwani Sudah Putus, Pasangan Khalwat Bertikam Lidah Di Restoran Bangsar

Hiburan

Pertunangan Shahz Jaszle Dengan Redzwani Sudah Putus, Pasangan Khalwat Bertikam Lidah Di Restoran Bangsar

Hari ini melalui laporan Berita Harian, seorang wakil kepada keluarga Redzwani Putri telah tampil memberitahu yang pertunangan Redzwani dengan Shahz Jaszle telahpun diputuskan 10 hari lepas. Ianya diputuskan oleh ibu bapa Redzwani sendiri yang berkunjung ke rumah ibu bapa Shahz dan memulangkan dua bentuk cincin iaitu sebentuk cincin belah rotan dan sebentuk cincin berlian.

Wakil keluarga Redzwani itu enggan namanya didedahkan, mendakwa mereka menunggu   Shahz sendiri mengumumkan perkara tersebut kepada pihak media dan orang ramai, sebaliknya pelakon itu tidak berbuat demikian. Oleh sebab itu, dia telah tampil untuk memberikan pengesahan tentang perkara tersebut kepada pihak media.

Advertisement

Wakil keluarga itu turut memberitahu yang dia berbuat demikian kerana mereka sekeluarga enggan nama Redzwani dikaitkan lagi dengan pelakon lelaki tersebut. Katanya:-

Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, namun dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri, dan apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Shahz, dia akan menangis. Jadi saya berharap dia tidak akan diganggu lagi selepas ini supaya tumpuannya kepada pelajaran tidak terjejas.

Wanita itu juga melahirkan kekecewaannya terhadap Shahz kerana memberitahu kepada pasangan yang ditangkap khalwat dengannya yang dia bertunang atas paksaan keluarga.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Shahz dikatakan telah ke sebuah restoran di Bangsar untuk bersemuka pasangan khalwatnya semalam bersama pihak media. Bagaimanapun, perbincangan yang diharapkan bertukar kepada pertikaman lidah, apabila kedua-dua pihak mempertahankan kenyataan masing-masing.

Menerusi laporan Harian Metro, wanita tersebut bernama Farah Nurizzati Salleh tetap mempertahankan yang Shahz pernah mengatakan untuk bersamanya dan Shahz juga menyatakan perkara yang sama kepada pihak JAIS.

Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya.

Farah tetap menafikan yang dia mengada-ngadakan cerita, dan menambah dia pernah dibawa berjumpa dengan keluarga Shahz oleh Shahz sendiri dan dia juga pernah berjumpa dengan tunang Shahz

Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran.

Dalam pertemuan itu, ibu Shahz dan Redzwani Putri turut ada bersama namun tiada jalan penyelesaian yang dapat diputuskan.

Tidak diketahui siapa yang benar dan siapa yang salah, cuma pada pendapat kami seorang kawan tidak sepatutnya berada di rumah kawan yang berlainan muhrim pada pukul 3.00 pagi. Kannn?


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...