Written by serenity | June 23rd, 2012

Melihat kebelakangan ini penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Jawi 1Malaysia yang terbahagi kepada tiga kategori.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengikut kategori iaitu A untuk terbuka dewasa yang berumur 19 – 35 tahun, kategori B untuk pelajar sekolah menengah yang berumur 16 – 18 tahun manakala kategori C adalah terbuka untuk kaum bukan Melayu berumur 16 – 35 tahun. Peserta boleh memilih satu daripada lima tajuk esei yang disediakan oleh penganjur.

Hadiah bagi pemenang pertandingan ketiga-tiga kategori ini adalah Johan akan menerima RM 2000.00, Naib Johan RM 1500.00, Ketiga RM 1000.00 dan tujuh hadiah saguhati setiap satu menerima RM 800.00. Selain wang tunai, pemenang juga akan menerima hadiah iringan yang lain seperti piala, sijil, komputer riba dan baucer pembelian buku.

Kepada yang berminat, maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.jkkn.gov.my atau hubungi Urusetia Pertandingan Menulis Esei Jawi 1Malaysia melalui telefon 03 – 2614 8200/8208.

Dengan terlaksananya pertandingan seperti ini diharap usaha ini akan memartabatkan tulisan jawi seterusnya menggelakkan masyarakat terutamanya golongan muda menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran asas membaca dan menulis tulisan jawi yang akhirnya nanti akan hilang jatidiri.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 responses to Pertandingan Menulis Esei Jawi 1Malaysia Angkat Martabat Tulisan Jawi

  1. curlassssss says:

    menarik!! xde la anak muda tau tulisan korea je…

    0

    0
  2. kett says:

    BEAUTIFUL NARA JADI BEAUTIFUL IKLAN .. PENUH IKLAN SANA SINI.. huh

    0

    0
  3. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    minah jambu kalau tulisan jawi sepatah haram minah jambu tk tau…..tapi kalau mengaji al Quran minah jambu leh baca sampai habis….

    0

    0
  4. keluli bertempa says:

    hahaha…

    esei jawi dalam konteks 1malaysia?

    ermmm menteri penerangan komunikasi tu leh ker baca jawi kui kui…
    buat lh tajuk len xhabis2 1malaysia…bersepah2 tajuk leh wat….

    tajuk esei jawi :
    1.dalam pembangunan ummah ka
    2.dalam penerapan anak-anak muda zaman moden ka
    3.dalam menentukan hala tuju pada masa hadapan ka
    4.dalam penerapan nilai-nilai murni anak-anak muda ka
    5.dalam memajukan sistem tulisan jawi ka
    6.dalam memartabatkn kesenian di Malaysia ka
    7.dalam memperkembang penggunaan jawi dalam penulisan ka
    8. dan len2;p…

    hehehe kat malaysia ni belajar jawi sampai sekolah rendah jaaa;p masuk sekolah men haprak hilang…;p PI pun dalam bahasa melayu melenkan ko masuk sekolah men agama;p…so what?…;p
    sepatutnya hadiah tu perlu diperbanyakkan;p sampai top 10 or top 20;p saguhati tu buka kpd 30org…ni skit jaaa…dh tentu yg masuknya banyk…pertandingn jawi ni bukan selalu de pun kwang2….

    0

    0
    • Atiqah says:

      Ala yang penting cuba la, mesti ada kesungguhan dalam setiap perkara yang kita lakukan, manalah tahu ada rezeki kan. Ha menang, tak ke bangga.

      0

      0
    • comei says:

      1 malaysia la coz dia nak bangsa lain pun leh join. dulu, wktu aku kat sekolah, cikgu cina aku pandai tulis & baca tulisan jawi. kagum la. dlm hati, aku doa moga dia dapat hidayah & peluk islam.

      0

      0
      • ika says:

        Memang, eh2 ko ni sama dengan aku, lec perancis aku baik sangat..tapi tula, aku sayang dia sampai aku doa dia dapat Hidayah drpd Allah swt, pasal tulisan jawi ni, aku teringat, kawan India aku mati2 tak nak belajar jawi…dulu dia ingat kalau belajar tulis jawi je..masuk islam…wakaka..sekarang aku dah perbetulkan dia, siap tolong buat assingment tulis jawi lagi tu

        0

        0
      • keluli bertempa says:

        hehehe….

        Oh 1malaysia tuuu untuk menghalal kaum len untuk menyertai pertandingan ini;p…hahaha…

        yg pelik kpd kawan korg tu xkiralh Cina ataupun India masa diorg dlu hidup tu perlu ke kene de nama 1malaysia ataupun konteks 1malaysia baru leh masuk bertanding???kira dasar keterbukaanlh yerrr…;p dlu xder 1malaysia boleh jerr hidup bersama jadi nper?yang penting tajuk tuuu;p pelh isi yang de dan dapat di terjemahkan dlm 1malaysia tuuuu…;p

        bagi melibatkan kaum len menyertai pertandingan ini boleh jerrr buat kat syarat pertandingan…ini 1malaysia…;p

        1malaysia pe kebendanya kes Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat…yg menarik jawatan dan diambil alih oleh PM sendri…awat Timbalan dia xnek ganti…;p sbb dia Cina ka???? ahaaa 1Malaysia…;p

        0

        0
    • muhaimin says:

      ni tajuknye ke??tp kat sekolah tajuk lain..yg mne btul nie??saya amat2 berminat..hehe

      0

      0
  5. malayyys euwww says:

    mna pergi ustazah ustaz profesional td ?? Yg komen islam itu ini , pkai tdung itu ini dlm entry DCT , adda dll ???? Npa x komen dlm ne ?? Isu artis gaduh , tudung x pakai , kawin 17hri , cerai . . Fuhhh rmai ustaz ustazah komen . . Dlm ne , TK NMPK pun . . Klau korg trlebih alim sgt , apakata korg join bnda ne . . Ini tk . . Blagak ja lebih . . Paluiii bakas

    0

    0
    • Saya di sini.

      Betul cakap kau Anonymous, fakta yang kau bagi tu betul. Isabell aka Shirrot yang menyamar jadi aku tu. Ni aku baru jer masuk tengok blog ni hari Sabtu, petang. Semalam last pukul 6 petang.
      Tapi takpe. Aku rasa aku dah menang, aku puas. Sebab apa aku kata aku menang? Meroyannya Isabell tu tanda kemenangan aku yang dah berjaya buat dia jadi hilang akal. Lagipun kau pun perasan perbezaan antara aku dengan Isabell biar pun guna nickname yang sama. Isabell tak pandai buat lawak. Dia cuba nak buat lawak tapi keras.

      p/s: lepas ni confirm dia copy paste ayat aku ni.. aku tak heran dah..
      Thanks Anonymous… :)

      0

      0
  6. Atiqah says:

    Aku nak masuk la, best jugak pertandingan ni, menarik

    0

    0
  7. horlicks says:

    sy nk masuk jgk!! sy lebih suka tulis dalam tulisan jawi berbanding rumi…

    0

    0
  8. […] Melihat kebelakangan ini penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Jawi 1Malaysia yang terbahagi kepada tiga kategori. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur … Continue reading → […]

    0

    0
  9. anon says:

    salam nara. betoi ka link yg ang bubuh tu. ke aku sorang je berminat nak join.. hehe..

    0

    0
    • ika says:

      Ko kena taip sendiri, kalau ko click kat link nara bagi tu..keluar apetah..semalam aku dah cuba dah…last2 taip senxiri je

      0

      0
  10. saguhatipundapatnetbookbebsapetaknakrugi says:

    ak da 2hari duk mentelaah tulis esei jawi..ak kaut sume tajuk2 yg die mintak..anta bebanyak,,,,arap2 de sangkot

    0

    0
  11. Jab. Agama. Wilayah Persekutuan (JAWI) says:

    apa punya link la…. nak bagi tapi tak ikhlas…. tau la entri ni tak popular.

    0

    0
  12. Mira says:

    la…knp x 13thn ke atas ? tau laa kecik lagi tapi bagi lahh peluang… :( baru nak masuk.

    0

    0