Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan, dan kemudian akan berhari raya. Bagi kanak-kanak, pastinya tidak sabat menyambut kedatangan Syawal manakala bagi yang dewasa pula lebih teruja menantikan Ramadan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa. Ialah, mana tahu kalau-kalau tahun hadapan kita tak sempat menyambutnya lagi.

Sebut pasal Syawal, pastinya anda sinonim dengan lagu-lagu raya yang sering berkumandang sepanjang Ramadhan dan Syawal. Kita semua mempunyai citarasa sendiri tentang lagu raya mana yang paling kita minati.
Bagi kami, paling minat dengan lagu Suatu Hari Di Hari Raya dendangan Dato’ M. Nasir.
Kadang-kala teruja juga menanti Syawal bila mendengarkan lagu Seloka Hari Raya dendangan Hail Amir dan Uji Rashid:-
Kadang-kala hampir juga mengalir air mata mendengarkan lagu raya dendangan Mamat, Ku Pohon Restu Ayah Bonda:-
Atau Dendang Perantau dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:-
Lagu-lagu ini ialah khazanah negara kita. Lagu-lagu malar segar ini menimbulkan nostalgia dan menceriakan sambutan hari raya kita. Namun, satu usaha berterusan juga perlu dilakukan bagi menambah bilangan lagu-lagu raya berkualiti sebagai khazanah negara ini. Kita tidak sepatutnya bergantung pada lagu-lagu lama saja dan perlu ada usaha untuk menyemarakkan lagu-lagu ini untuk generasi akan datang.
Atas dasar itu, bersempena Festival Ramadan 2012, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menggalakkan penyertaan individu-individu berbakat untuk Pertandingan Cipta Lagu Raya yang sedang dibuka. Sekiranya anda berbakat dan berminat untuk menyumbang karya anda pada koleksi lagu khazanah negara ini, boleh ke laman sesawang JKKN untuk muat turun borang penyertaan dan syarat penyertaan pertandingan ini, yang dianjurkan dengan kerjasama radio Klasik Nasional.
Siapa tahu beberapa tahun lagi lagu-lagu anda akan dinyanyikan oleh generasi baru masyarakat melayu beragama Islam, dan berkumandang di televisyen atau radio sewaktu warga kota pulang menaiki kenderaan ke kampung atau sedang menikmati juadah raya pada hari-hari terawal bulan Syawal nanti bukan? Rugi kalau bakat penciptaan lagu anda sia-sia begitu saja.
Oleh itu, pergi ke laman sesawang JKKN, kemudian ke menu MUAT TURUN>FESTIVAL RAMADHAN 2012 dan pilih BORANG CIPTA LAGU RAYA dan SYARAT CIPTA LAGU RAYA dan hantar kepada urus setia bersama lagu ciptaan anda untuk menyertainya.
Semoga Ramadan dan Syawal kali ini akan menjadi yang paling bermakna untuk anda! Amin.
P/S: Sebut pasal lagu raya, apakah lagu raya yang paling anda gemari?

selamat hari raya.. maaf zahir sahaja.. :)
belum pun raya lagi. buat lagu puasa dulu.
apsal ko tak buat? ke pandai cakap je. lol
aku ada lagu raya tajuk “Raya Muka Buku” dapatkan single aku raya nanti ok.
…kita beraya di muka buku…
kau hantar e-card kepadaku oh ow uwooo..
memang aku pandai cakap. tu sebab aku cakap
Tajuk Lirik Lagu: Cinta Ramadhanku
Artis/penyanyi: Najwa Letop
Kita wajib puasa hanya dalam sebulan itu
Kau hantar pesan dan suruh aku kejutkan kamu
ooh.. Kejutkan sahur kamu..
Dan bila kau kata mahu buka puasa dengan aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah kau puasa aritue..
Bagaimana harus bersahur
Ku rasa penat tapi itu sunnah
Bangunlah cari makanan yang ada
Janganlah lupa baca niat puasa
Banyak makanan berada di meja
Banyak kuih,kurma dan air juga
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah nafsu ber’buka’
Banyak sunat banyak juga ganjaranya
Niat hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Jangan pejam mata dan tido semula
Pabila kau renung hayati ayat Al-Quran itu
Kaukan rasa sesuatu rasa yang sungguh takjub Oooo…
Ini cinta agamaku
Dan pabila kau katakan kau nak tinggalkan aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, wahai cintamu Ramadhan ..
lesu je entry ni…. tak macam Memey kawin
Tetiba sedih kan sekejap je rasa nk masuk bln ramadhan balik !! Rasa mcm baru sebln dua bln je kita semua meninggalkan ramdhan yg lepas. Subhanallah.
Everytime masuk bulan ramadhan je mesti rasa sayuu je. Makin aku dewasa makin aku terasa.Moga Allah permudah kn segala.
lagu raya skg x leh lawan la ngan lagu raya dulu2…lagu raya dulu2 bila kita mendengarnya..aduhai syhadunya…
P/S: Sebut pasal lagu raya, apakah lagu raya yang paling anda gemari?
Aku suka;
Marilah mariii… mari mengundi….
Lagu pilihanRAYA…. hahahah!!!
Amboi, tu nak tekan dislike la tuu… Gurau sket pun tak boleh…. sabor jer lahh…
Aku suka lagu Aishah…. Pulanglah… atau kalau versi Kelantan atau Daerah Selatan Kedah (Baling): Kelik lah..
pakcik selitone, x kelakar!!!!!
aku suka lagu Mak Oh mak esok Hari Raya. Sabri Yunus dgn Ahmad Busu yg nyanyi. ayah aku punya annoyed nya dgn lagu tu sampai rasa nak baling kapak ke radio.
bukan kita nk perlekeh lagu raya baru, tp bila dgr lagu2 raya yg lama tu, memang tangkap syahdu, penuh nostalgia… nama pun lagu lama hehe…
pergh! tak sabar nk raye doh .. excted nk bli bju raye .. :)
bila minah jambu dengar lagu m.nasir satu hari di hari raya minah jambu teringat mak minah jambu yg telah pergi…….
xsabar nk raya dah..
amender laa entry ni belum pun ramadhan dh citer psal raya, x sensitif langsung.. ramadhan la best..bulan paling berkat, pahala berganda-ganda. raya/syawal ape ade selain mkn dan attend rumah terbuka. lainlaa kalo kanak2, aku pahamlaa nk seronok pun. tapi kalo org dewasa, x relevan smpi x sabar2 nk raya. kalo ramadhan ni ramadhan terakhir dlm hidup anda mcmana?? aku sgt suka ramadhan…kalo azan maghrib utk last ramadhan dan lepas tu kluar takbir raya, aku smpai menangis gila2 sbb takut segala ibadat yg aku buat tak cukup dan tak jumpa lagi ramadhan the next year… :( semoga semua org ade perasaan mcm ni dan menikmati ramadhan sebaik mungkin….instead of syawal.
Puasa pun belum lagi dah fikir Raya….dasar gila nak berhiburan aje.
Pengomen2 yang sengal mula nak tunjuk alim masing2. memang la dorang iklankan sekarang pasal lagu raya sbb bukan senang nak cipta lagu raya, ambil masa nak pilih lagi, nak pertandingkan lagi, koman2 seminggu sebelum raya baru siap semua, korang ingat pertandingan dalam masa tiga hari je ke boleh buat?
aku dah check kat website jkkn ni macam2 aktiviti Ramadan dorang buat, buka puasa dgn bubur lambuk sama, marhaban ada, nasyid ada, cipta lagu raya ni salah satu je dari aktivitinya. jangan la perasan macam bagus konon2 korang je ingat puasa, dorang buat semua aktiviti ni pun bersempena Ramadan. harapkan korang? feh, mengutuk je tau. masuk syurga la sangat!
belum apa2 lagi ko dah mengutuk dulu, dasar gila nak mengutuk saja sbb ko tak ada pencapaian apa2 dlm hidup. keja nak pelekeh usaha org je supaya ko rasa diri ko best, kan?
PUASA BIAR CUKUP DULU….. PUASA BIAR CUKUP DULU…… PUASA BIAR CUKUP DULU…..PUASA BIAR CUKUP DULU….. PUASA BIAR CUKUP DULU….. PUASA BIAR CUKUP DULU….. PUASA BIAR CUKUP DULU….. PUASA BIAR CUKUP DULU….. PUASA BIAR CUKUP DULU….. PUASA BIAR CUKUP DULU…..PUASA BIAR CUKUP DULU….. SEKIAN WSLM…. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA :-)
[...] Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan, dan kemudian akan berhari raya. Bagi kanak-kanak, pastinya tidak sabat menyambut kedatangan Syawal manakala bagi yang dewasa pula lebih teruja menantikan Ramadan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa. Ialah, mana … Continue reading → [...]
After examine a few of the weblog posts in your web site now, and I actually like your way of blogging. I bookmarked it to my bookmark web site record and can be checking back soon. Pls try my website as properly and let me know what you think.
Your place is valueble for me. Thanks!…
saya paling suka lagu2 raya siti nurhaliza
kebanyakan lagu raya yang best lagu2 lama la..yang skrg punya,makin mengarut,yang ado~
Pose pun belum, dah pasang lagu raye ke Abg Nara oi…
org sibok nak wat terawih nak wat amal ibadat nie sibok nak menyayi jer…
kalau sebok ada pulak ko masa mengomen kat sini. -_-
adoyai.. dah tamat tarikh (10julai2012) penyertaan info(16julai2012).. terlepas.. terlepas…