Written by AbangNara | September 6th, 2017

Menjadi seorang isteri bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak persediaan daripada segi mental dan fizikal yang harus dilakukan. Walaupun bukan tugas seorang isteri untuk memasak, mengemas rumah dan sebagainya, namun ia adalah bonus jika seorang wanita itu mengetahui perkara-perkara tersebut. Bakal bergelar isteri kepada Sufian Suhaimi tidak lama lagi, Elfira Loy kini dalam fasa persediaan untuk menjadi seorang isteri yang tahu serba-serbi.

elfira loy

Menurut Elfira, rutin hariannya kini sudah berubah sepenuhnya sebagai persediaan untuk menjadi seorang isteri. Menariknya, ibu Elfira sendiri telah memaksa dirinya untuk melakukan kerja rumah. Kata Elfira:-

Ibu saya meminta saya untuk ubah rutin harian saya dan membuat persiapan diri untuk menjadi seorang isteri kelak. Kini selepas solat Subuh, saya tidak dibenarkan tidur dan terus bangun membuat kerja rumah serta memasak.

Ibu saya pesan kerja rumah bukan hanya perlu dilakukan apabila ia bersepah tetapi perlu dilakukan setiap hari. Selain buat kerja rumah, saya juga belajar memasak sedikit demi sedikit

elfira loy

Jarang kita lihat seorang anak dara mengambil inisiatif sebegini. Thumbs up buat Elfira Loy dan juga ibunya. Persediaan sebegini memang amat penting buat seorang wanita. Kalau dah kahwin baru nak belajar semuanya pun tak ada masalah, tetapi kalau bersedia dari awal ia adalah lebih bagus. Semoga dengan persediaan ini Elfira akan menjadi seorang isteri yang mithali kepada Sufian Suhaimi kelak. Sama-sama kita doakan. Sumber Astro Gempak.

49 responses to Persediaan Untuk Bergelar Isteri Sufian Suhaimi, Elfira Loy Tidak Dibenarkan Tidur Selepas Subuh

  1. erk says:

    elfira.. jgn bersemangat sbb nk kawen je nnt da lps kawen, semua tu entah ke mana… tabiat manusia ni payah nk ubah. kalau betul2 nk ubah buat tu lillahi taala… kalau buat krn niat lain… fhm2 je la…

    54

    0
    • Anonymous says:

      Ape yg Nara jarang dengar anak dara persiap nak kahwin? Tak kahwin lagi pun mak kitorang dh bising dr zaman sekolah suruh kemas rumah, kalau nk gegendang telinga pecah, silalah tidur lepas subuh. Takyah tunggu nak kahwin Fira oi.

      65

      0
      • Anonymous says:

        kan…. ni mcm br terhegeh2 nak buat semua tu apabila nak kwin. kalau tak kwin lg, tak ada inisiatif lah nak buat?? kalau kwin umur 35 br lah nak belajar buat benda tu lah ye??kesiannnn

        17

        0
      • elfira lui says:

        come on. berubah sebab nak nikah? mak ayah duk buat kerja selama ni. come on lah. benda ni kalau dari kecik tak dididik dah tak jadi apa wehhh… pompuan tido lepas subuh bagi aku ni tak berapa nak pompuan. soryy to say.

        aku pun pompuan gak, sepanjang hidup aku tak pernah tido lepas subuh pantang mak aku. sorry to say jangan kecam aku buat pompuan yg tido lepas subuh tuuuu

        8

        2
        • wekkkkkkk says:

          org yg btul2 dididk dri kecik dlm soal dalaman rumah adalah mmg betul apa yg u ckp tagline elfira lui”..mmg dri kecik, solat ke, x solat ke, ttp bangun kul kul 6 atau 7am…awal, sbb apa, (selain solat) byk keja umh nk di buat…waktu pagi lah byk. Pagi buat sarapan, kemas2, basuh2, sapu2, pas tu kul 11.30am potong/basuh sgala bagai makanan dn msk kul 12.00pn, siap msk, sapu lagi, basuh lagi, lpas mkn lepak jp kureng2 jm, pas tu lipat kain, pas tu buat minum ptg, pas tu baru kuar (kalau mau kuarlah). Lpas tu sediakn mkn mlm lak. Klau x dididk dri kecik…mesti surrender nya kamu.Last2 x tahan, amek bibik. Oklah kalau mmpu byr.

          3

          0
        • cik oren says:

          itu pantang mak ko. pantang mak aku lak, pompuan kena jaga mulut, jgn pandai nak kecam orang je. nnt berbirat mulut.

          16

          2
        • oren busuk says:

          msti cik oren org yg jaga mulut je…bahasapun x ada..ko..ko..ko..ko, itu ayat jaga mulut ke jaga bahasa mulut..

          2

          2
        • boria says:

          aku tak agree. aku membesar sentiasa ada maid. mak aku tak penah suruh aku buat apa2 sbb dia nak aku concentrate study. sume maid aku buat. alhamdulillah utk org yg dah dididik sejak kecil maybe lepas kawin akan extra hebat tapi aku yg dah kawin nak dkt 10 tahun ni lepas fly dok sorang2 mula belajar masak sikit2 and buat keje sendiri sbb ddk sendiri. dah kawin satu hapak pun laki aku tak buat. makan pakai dia sume aku siapkan. dia gi keje pun setiap hari aku susun pakaian dia dari atas smpai ke bawah. dia balik rumah makan tido je. tak ckp ngan tu aku tinggal ngan mak pak mertua aku ngan adik dia yg masih bersekolah. jgn cepat sgt judge org, bersangka buruk hanya disebabkan background dia berlainan. people change and adapt.

          12

          1
        • Anonymous says:

          Ada kah jika x kawen byk gadis mcm ni x mandi pagi? Eww

          0

          0
  2. miamore says:

    baru nak belajar memasak? eee…selama ni tau melantak je ko.

    26

    0
  3. wekkkkkkk says:

    apa da, umur dh 23, baru nk didik buat keja umah ke sbb nk kawen, kalau x kawen, maknanya lpas solat subuh terus terbunkang smpai kul 10.00am, tu pun kalau bagun kul 10.00am, entah2 mak msk tgahri dh baru kuar bilik.
    Patutnya umur mcm ni dh tau serba serbi, bukan mgemas je, mskp pun tau, entah2 buat smbal belacan yg mudah tu pun x letak asam jawa. Apatah lgi yg lain.

    12

    0
    • Anonymous says:

      Saya buat sambal belacan letak limau nipis ata limau kasturi kak. Tak letak asam jawa pun.

      32

      0
      • wekkkkkkk says:

        kalau nk sedap lgi letak asam jawa, + kn limau yg salah satu tu, u cuba mesti lgi sdap, kami x letak gula dn x mau letak gulapun. Gula hnya utk minuman/buat kuih shj. Sbb tu x ada kencing manis walaupun sorang dlm kuarga kami. Kalau nk kurang pedas smbal tu, guna cili padi dan cili besar merah atau hijau.
        Tip: tumbuk cili tadi smpai lumat, pastu belacan bkr , tumbuk lgi, pas tu perahkan limau dn cmpurkn asir asam jawa + sikit grm. (rasanya sedap lagi tau)

        tapi jgn blender, tumbuk je ok, dn kalau tumbuk, pastikan biji asam jawa di buang dulu.

        3

        7
        • Anonymous says:

          Yolahhh kak. Kasi resipi ni kat Fira Loy tu dulu suruh dia try test. Saya buat cara saya je.

          12

          2
        • wekkkkkkk says:

          mesti di blender buat smbl belacan dgn biji asam jawa, blender tu kelentangkelentong bunyi nyer dn terus pecah dn smbl tu tersembur ke muka EL.

          Kalau dia tumbuk, hbislah trkuar2 dri lesung cili2 tu.
          hehehehehehehehe

          0

          5
    • anon kerana benarrr says:

      ntahnye…aku pon tak pnah letak asam jawa..
      Kalau letak mcm cair skit..tak suka cair2..dah mcm air asam pulak
      pakai limau dgn belacan pon…sodap je… menjilat jari

      2

      0
  4. Kipas Lipas says:

    Ni bangun lepas subuh kemas featuring masak hari2 ke apa weh. Pastu tak stay up ke praktis iron baju pulak.

    11

    0
  5. aku says:

    alah korang ni pun..biar la dia..ape dia buat serba x kena..korang nak ape sbnrnyer??? buat ni salah..buat tu salah..untung dia war2 kan nak kawen..kang senyap2..kena kecam la..x hormat peminat la..ape la…taikkk la korang ni!!!

    15

    4
  6. bulu dh kerinting kasar says:

    kalau nk didik anak utk bhg rumah/msk, kena ajr dri umur 9 thun, bukan 23 tahun, umur mcm ni mmg liatlah nk buat. Kalau buatpun dipaksa/disuruh, x ikhlas, bila x ikhlas, mulalh muncung mulut dn mmbebel, lpas tu x dibuat, sbb x iklas.

    Kalau org yg biasa mgemas/mmasak, org tu akan buat x kira masa, bkn tggu brsepah baru nk kemas. Apa org kata, biar letih buat keja rumah dri letih memandang yg berselerak…fhm ke x ni. Hanya org yg btul2 rajin je yg tau apa saya maksudkan ni.

    21

    0
    • miss kepah says:

      sudahlah korang…kata org putih BETTER LATE THAN NEVER.
      Ada yang tak belajar terus. Harap muka lawa je nk kawen mintak hantaran tinggi..kira ok lah ni…dasar meleis, ada je nk kecam…hmm yelah korang semua paling teramat terbaik di dunia, padahal anak dara tdo lepas subuh ni bukan lah benda yg rare sgt. terus masing2 amik peluang angkat bakul sendiri..hahahah
      lgpun tengok kat satu rancangan, elfira ni takdela tak reti masak langsung, biarlah dia baru nk belajar pun..bukan dia nnak jadi anak menantu, ipar korang pun haish

      10

      0
  7. apa nama says:

    maser tgk ketuk2 ramadhan pandainyer elfira ni masak xder kaku pun relax jerk.. baca btul2..skrg ni skill msk skill kemas rumah kena buat btul2 sbb nk kawen dah.. ini tak tahu dah nganjing2 kan org..ntah2 korg pun bukan reti masak..

    12

    1
  8. BajetSyumul says:

    kena pantang jugak dari wechat dgn minah2 birah taww

    4

    0
  9. mok cute says:

    OVER…
    blom kawin lagi dik non…teruja semcm…bergambar skrg pun smcm bergesel2…dulu ms ko berlakon qalesya mmg suka…la ni x minat lgsg…gedik smcm

    6

    1
  10. sepaun says:

    Alhamdulillah, semoga menjadi isteri yang solehah.. yg si bakal suami pun kenalah perbaiki diri juga :)

    * terima kasih pd yg like :D

    7

    0
  11. Anonymous says:

    Okay la tu kira dia ada persediaan jugak nak jadi isteri. Jangan mcm kak aku tu. Duk dgn mertua. Dah kawin ada anak pun tiap hari bangun kul 9 paling awal. Makan pakai laki dia, jaga anak semua pass kat maid MIL / MIL. Sekali pun dia tak pernah masak utk ahli keluarga dlm rumah tu alasan tak pandai masak. Tapi bab shopping, bab perabis no.1.

    5

    1
  12. shopia lorren says:

    Masak semua org leh masak kannn…practice become perfect..ok ..
    Bagus terokailh skop ilmu berumahtangga tu yg sgt luas..
    Kukuhkan iman insyaAllah berkekalan .. Good luck !!

    4

    0
  13. kui3 says:

    Xpe dik baru umur 23 baru nak belajar semua tu, asalkan ada inisiatif untuk belajar,xmau malas2…dan yang penting niat tu kerana Allah Taala…ada tu umur 30 pun xreti potong bawang lagi..acaner tu, menapau je 24jam…duk selfie tiap masa,kutuk ipar duai..xhormat keluarga mertua…

    3

    0
  14. Anonymous says:

    Nerd!!!!

    1

    0
  15. patahnya sayap says:

    tak minat pun EL nie. tapi lantak die lah nak bangun lepas subuh ke baru nk belajar ke. Mcm good good je kite yg comment nie pun.

    4

    0
  16. gadis melayu terakhir says:

    kalau mak aku tak payah tunggu bila dah nak kawen baru nak blajar itu blajar ini..dari zaman mula dtg kain(naik dara) dah mak aku ajar camna nak hidup buat kerja macam2 tak kira dr segi agama or sausah senang hidup..dan sekarang waima belom kawen pun aku dh bole hidup n berdikari waima di darat,,hutan or sungai/laut…so aku nak bakal somi aku bior lebih hebat dari aku..tok yah dia kaya harta cukup dia bertanggungjawab n tak curang ngan aku kalau tak siap ko aku tanam hidop2 kah kah kah

    2

    0
    • zmn sush aku dulu says:

      samalh kita “org kpg” jugk. Bukan saja kerja rumah, kerja lainpun buat jugk seperti:
      1. Tanam padi guna kuku kmbing.
      2. Cari kayu api dlm kebun getah dn bawa naik basikal.
      3. Menoreh getah.
      4. Cari ikan utk mkn tgahri dn mlm (ikan puyu/haruan/keli).
      5. Potong padi guna tangan.
      Semua tu di buat bila habis/cuti sekolah.
      Kalau kerja rumah, alah kacang je, baik msk/kemas..halaman rumah/bwh rumah/dlm rumah semuanya bersih.

      Sbb mak dh didik kami adik bradik mcm tu masa kecik, kalau x bangun kul 6.00am…mak akan simbah dgn air. Segala ajaran mak kami x marah, malah mendidik kami jdi org berguna. Berguna tu bkn pada adanya pada education je, byk cbg lain utk cari duit dgn tabah di kota besar.
      Utk items : 1-5 tu hanya ada pada 30 tahun dulu..masa kami kecik.

      tapi nasib x sama.

      1

      0
  17. Cik Own says:

    adik ni tak ada cerita berkaitan kerja ke? org nak kahwin mmg la mcm tu, tak perlu nak cerita pun..

    0

    0
  18. Mug Kuning says:

    Tgk kening dah tau, bulu tebal ni…. Aummmm

    1

    1
  19. Anonymous says:

    Hehehehe bukan ke memang tak elok tido selepas subuh dlm Islam?

    3

    0
  20. Ross says:

    Haha kawenlah awal2, yg rugi kau, yg untung laki kau. Sendiri mau ingat.

    0

    1
  21. Anonymous says:

    X payah lah susah payah sangat untuk lelaki. Nanti bila kau dah kahwin nanti tau lah camner.

    1

    0
  22. Anonymous says:

    Over n sgt lah bbnu couple ni

    1

    0
  23. Anonymous says:

    K aku tak minat pn minah fira loy ni tpi menyampah pulak aku dgn gadis2 melayu terakhir kat atas ni bajet2 je korang kan tak pernah tido lepas subuh la tau buat segalanya la, pandai tu pandai ni. Jgn nk menipu la takkan zmn belajar tk pernah stay up tido lepas subuh study siapkn assignment. Tak payah nk acah2 wanita sejati sgt la

    12

    0
  24. Advisor says:

    Hve no comment on this tp ak juz rse perlu ke gossip ni???hahaha…shud be kat blog2 biase xpela..but kat bnara rasenye its too low class to be here..wanted something yg lbih hot…huhu

    1

    0
  25. Yekeni says:

    Macam2 lah. Tak leh tido lepas subuh, nak pakai tudung, nak buat itu, nak buat ini…

    Kemarok…

    Kawin ajelah … lepas tu sesuaikan diri..

    Ni bukan zaman kampong. Ni zaman both husband and wife punya kerjaya. Why does the wife perlu tanggung 2 pekerjaan iaitu rumah dan kerjaya… sama2 lah… ni bukan zaman mcp…

    Zaman sekarang, isteri yg berkerjaya tak perlu tau masak. Sama2 buat kerja. Sama2 masak bila off day or dine out Jgn suami hanya nak melengkar baca suratkhabar. Unless isteri full time housewife lah atau tai tai lah…

    Stop raising boys to be men who expect wives to be maids for them!

    Zaman kampong boleh, pompuan tak dihantar sekolah. Itu pasal dok dapur aje. As long as both contribute to the family’s income, everything is equal.

    Anyway husbands are supposed to prepare food to feed their wives…

    10

    0
  26. ... says:

    hm mmg tak minat pun elfira tp yg comment2 acah acah menantu pilihan tu betul ke tak pernah tak tidur lepas subuh hmm tbh aku pun selalu je tidur lps subuh sbb kalau stay up study mmg penat tp elok je pandai buat kerja rumah pandai masak. Rileks la tak payah kecam org sgt

    0

    0
  27. joyah says:

    excited sungguh budak ni…

    0

    0
  28. Puteri says:

    sory memang tak minat elfira ni.. nextt….

    0

    0
  29. Anonymous says:

    so ? ade aku kesah

    0

    0

Leave a Comment

Optional