Written by Bella | June 6th, 2016

Sekitar minggu lepas, seorang pereka fesyen terkenal tanah air, Ezuwan Ismail mengakui kemunculan artis dengan jenama pakaian mereka sendiri sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi  beliau  serta pereka fesyen lain. Ia juga  memberikan persaingan yang agak sengit apatah lagi mereka sebelum ini banyak menggunakan khidmat selebriti tanah air untuk mempromosikan rekaan mereka.

Malah, pereka fesyen kini harus bersengkang mata dan memikirkan sesuatu yang diluar kotak agar pengguna dapat membezakan produk keluaran artis dan rekaan eksklusif oleh pereka fesyen.

Memberikan pandangan terhadap perkara berkenaan, Nora Danish yang kini sedang menghasilkan baju kurung moden beliau sendiri berpendapat tidak salah untuk artis dan pereka fesyen bersaing secara sihat dan sebenarnya ia juga terpulang kepada rezeki masing-masing.

Saya memahami luahan pereka fesyen yang barang kali tersalah faham hingga menganggap kehadiran selebriti mengeluarkan koleksi sendiri mengganggu pasaran. Memang kami tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ini namun minat selain pengalaman serta cita rasa membuatkan ramai menunggu koleksi kami.

Zaman sudah berubah, kami juga mahu mencuri peluang menceburi bidang perniagaan. Pucuk pangkalnya ini adalah rezeki masing-masing.

Tambah Nora, pereka fesyen masih lagi mempunyai kualitinya tersendiri dan mereka seharusnya tidak rasa tercabar dengan kehadiran selebriti yang baru sahaja ingin berjinak dalam industri perniagaan dan fesyen.

Rasanya tidak perlu membandingkan rekaan mereka dengan koleksi kami. Sebagai pereka fesyen, saya rasa mereka tidak perlu merasa tercabar dengan kehadiran kami kerana mereka bersandarkan banyak kelebihan dibandingkan orang baharu seperti saya.

Kali ini kami setuju dengan kenyataan Nora Danish, sebenarnya masih ada lagi mereka yang mahu memakai rekaan eksklusif daripada pereka fesyen dan bukan calang-calang orang yang membeli pakaian mereka. Mungkin ramai yang memilih baju rekaan artis kerana kebanyakkannya boleh dikatakan dijual pada harga mampu milik. Tidak salah pun kalau bersaing secara sihat bukan? Anggap sebagai cabaran untuk hasilkan sesuatu yang lebih unik.

Sumber Berita : BH ONLINE

21 responses to Pereka Fesyen Tidak Perlu Merasa Tercabar Dengan Kehadiran Kami – Nora Danish

  1. Edwina says:

    Setuju baju nora 229 je murah dr cheta 299..=)
    Baju designer ;agi berseni harga pun riban2

    0

    0
  2. missv says:

    statement cam perasan je…”ramai menunggu koleksi kami” ke syok sendiri…dah la tudung mahal giler…sendiri tak bertudung…tudung ikat tepi cam hantu bungkus…

    0

    0
  3. cabut bulu punggung says:

    jangan dengki dengan rezeki org … selamat berpuasa
    …tutup aurat jom

    0

    0
  4. melati says:

    bukan nk Mengata tapi Pereka Fashion Moden & sexy !!! sendiri pakai tudung…!!! salah siapa???

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    ramai sudah jual tudung dgn keleksi baju sendiri,tapi rekaan,bentuk,kain lebih kurang..sbb mereka artis boleh la letak harga melambung,ikutkan design mcm ni byk jual kat online..harga pun bwh rm100

    0

    0
    • Sam says:

      Setuju. Sometimes tengok quality takdela beza pon dengan apa kat pasaran, tapi mak aihhh dengan rega melambung camtu pon ada org beli. Nak kata retis retis ni menipu tak jugak sebab diorg pandai amik opportunities on people yang hadap sangat dengan retis. So pengguna sendiri yang rela di-tipukan. Peduli hapa kalau harga untuk tudung sama quality is 30% more dari apa diorg boleh dapat sebenarnya, janji dapat from retis kesayangan khennnn padahal gaji-wise increment pon belum tentu.

      0

      0
  6. aihh says:

    tudung dah la mahal.. baju rekaan menceceh ribuan ringgit… kalau datang daripada koleksi artis.. murah dan reasonable…
    itulah buat mahal2 lagi.. support nora Danish!..

    0

    0
    • Anonymous says:

      nora danish punya tudung ko tahu x berapa dik?? dekat nk rm200 kot. yg biasa2 pn rm89 ..yang high end smapai RM150++ padahal biasa aja, xde la plak nmpk grand sgt. Mgkin die markup price psal die pn femes..klu org2 biasa, xde nk charge pnya mcm ni mahal

      0

      0
  7. Anonymous says:

    melati dh siap taip surat ke? bos dah mintak dh tu. kerani kesayangan bos,

    0

    0
  8. amir says:

    reseki allah ada dimana2..bukan setakat fesyenje…apa nak kisah sangat dgn kehadiran artisni

    0

    0
  9. pemerhati says:

    baguslah. sebab jadi artis pelakon khususnya x kan selamanya berada di atas. masuk bidang lakonan untuk expose kan diri ke alam media, dapat nama je. lama kelamaan, dah tua, jarang orang amik berlakon. so artis ni x bleh depend on tawaran berlakon semata. kena bina haluan baru untuk maintain duit, bagi jaminan kehidupan yang senang kelak.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kena ia dengki sgt korang nie kat artis…biar ia diorang nk wat apa pon..tu hall diorang…klau x puas hati cri aku…jgn cari gdh gan artis terkini baruahh

      0

      0
  10. ebtbtbt says:

    herm,entah2 beli blouse kosong.tampal lah batu2 corak.jahit lah nama tu.tup2 jual lah.tapi yelah kan,semua pilihan pengguna.takde pengguna nak beli,takde jugak dia nak buat.kalau asik ada je koleksi tu,ada la kot pemakai nyaa

    0

    0
  11. Roda itu donut says:

    Tak apa lah nora, kamu tgh berada di awang-awangan, nanti kalau 3 4 tahun lagi, kamu keluar pulak statement “Artis baru punca artis lama kurang job” ” Artis baru berniaga kencang punca perniagaan artis lama surut”

    0

    0
  12. nyah says:

    femes ke si nyah izuwan ni baju pon hampeh LOL

    0

    0
  13. intan says:

    ape2 jek lah..kan bulan ramadhan ni.

    0

    0