Written by AbangNara | August 2nd, 2017

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun kita bercinta, namun jika sudah tertulis tiada jodoh, memang tak akan dapat disatukan. Sedih juga mendengar percintaan Fathia Latiff dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai “A” telah berakhir pada bulan lalu. Sebelum ini, Fathia memaklumkan yang dia merancang untuk mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini sekiranya si “A” benar-benar ikhlas. Namun sekali lagi Fathia dikecewakan.

fathia latiff

Telah pun berusia 30 tahun, sudah pasti Fathia Latiff sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Nasihat Abang Nara, jangan tergesa-gesa. Pilih lelaki yang benar-benar mencintai kita. Biasalah gagal dalam percintaan. Yang penting jangan gagal dalam percintaan. Kata Fathia:-

Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya hanya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki dan saya masih solo.

Selagi saya tidak diijab kabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah. Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan. Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian. Tapi saya yakin Allah lebih tahu yang terbaik buat diri saya

Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan.

fathia latiff

Yang pasti, ramai lelaki di luar sana yang mendambakan cinta Fathia Latiff. Petik jari je pasti 10 yang akan datang. Cuma Fathia perlu buat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Sama-sama kita doakan agar Fathia akan bertemu dengan “the one” tidak lama lagi. Sumber Utusan Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to Percintaan Dengan Lelaki “A” Berakhir, Fathia Latiff Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini

  1. Gadis says:

    Biasalah gagal dalam percintaan. Yang penting jangan gagal dalam percintaan.

    Mindblown.

    28

    0
  2. Mamy Fa says:

    mamy x faham la.. perlu ke nk share pasal pribadi ye… sekadar bertanya…

    5

    3
    • anon says:

      Dia kan selebriti, semua bende psl dia org nak tau. Kita ni lain lah, org biasa.

      Kalau tak share kan, wartawan akan tanya, lagi menyusahkan dia, so lbh baik dia ckp je bende yg betol.

      19

      0
  3. Anonymous says:

    with a beautiful face like that.. what could go wrong?? im curious

    12

    0
    • Princess says:

      There is more to love than just fizikal luaran saja. Jgn igt muka sj segak, blh beri kebahagian hati.. Takda jodoh lagi..

      24

      1
  4. wekkkkkkk says:

    sebab apa putus, sbb FL kata..pakwe dia nama ‘A”..
    mungkin bagi sangkaan “A”…FL ni mugkin ada pakwe lain jugk nama bermula dgn “A” .
    Jdi bertikam lidah dn cemburulah .
    Jadi lain kali, cuba terus terang masa bagi tau dulu…nama pakwe tu penuh2..dh tentulah x akan putus.
    rasanyerlah.

    4

    3
  5. mak kau hijau says:

    akakaka padan muka hang. dulu berebut sgt si A ni dgn elizabeth tan. last2 kena tinggai jugak.

    11

    0
  6. namaste says:

    Ke dah terjumpa dgn lelaki yang lagi kaya. Wallahualam. So, ezzy senyum je pasni.

    1

    2
  7. mami jora says:

    ala hat ni pon dok sibuk mencelah cari publisiti,org doksibuk cerita rampaih laki dia dok jaja cerita mugrah kena tinggai jantan ..awat dok gatai bijik kelentit ngat aaih

    2

    1
  8. BunnyLynBaLok says:

    owh patot la itu hari masok spital..die overdose pill penenang..sampai lebam mata..fathia kasi tau dokter yg die stress..bila bercinta jer putus semua xkekal..aku ade pic die kat HKL..tp die xsombong..tgh stress pun ajak selfie pun die layan..

    18

    0
  9. Melati says:

    Laki orang kan byk .. cari ler satu .. jgn cari yg pakai kete tayar terkankang .. nanti abis duit ko kena ketuk …

    1

    5
  10. mamibee says:

    ni fathia oiiiiiiiiiiiiiiiiiii insaf lahhhh pi solat hajat banyak banyakkkkk

    0

    1
  11. sepaun says:

    yessssssssssss ada peluang lagi :D semoga bertemu jodoh yg lebih baik.. amin ya rabb :)

    7

    0
  12. Anonymous says:

    life go on thia,anyhow concentrate on ur acting carrier-single life is much better free ur self and mind -jangan mudah jatuh cinta.apaapapon cool and get chil.

    2

    0
  13. mok cute says:

    penting ke citer ko nak kawin ke tak…tak menurunkan harga barang & GST pun…

    0

    4
  14. wekkkkkkk says:

    Biasalah gagal dalam percintaan. Yang penting jangan gagal dalam percintaan. Kata Fathia:-

    apa ni aku mcm x fhm je..atau aku laklok kena kopi tarik jap tadi.

    bukan ayat mcm ni ke..”Yang penting jgn gagal dlm kehidupan”.

    dua kali “percintaan ayat tu”..

    3

    0
  15. Jadoo says:

    Biar gagal dalam percintaan, jangan gagal dalam perkahwinan..

    8

    0
  16. Ex-Amnet Forumer says:

    Kesian. So Taylor Swift nasib mu.

    1

    0
  17. Anonymous says:

    harap dapat bertaut balik dgn aiman hakim…sama cantik sama handsome…aamiin

    2

    0
    • Anonymous says:

      tapi aiman tu kalau berlakon aku cukup nyampah kalo ada scene makan. dia punya gelojoh tuuu ayo0!! padahal bawak watak anak orang kaya. mana ada orang kaya makan gelojoh huhh

      1

      0
  18. unknown says:

    rupa cun camni pon dikecewakan..adoiiii

    1

    0
  19. Zzzz says:

    Kawen je dgn aiman

    1

    0
  20. Ex-Amnet Forumer says:

    Cer try tackle Wan Ariff, boyfren Afifah. U lagi cantik dari dia.

    10

    0
  21. anon says:

    Mcm mana nak contact fathia ni, berkenan la kat dia. Ade sape2 tau ke mcm mana nak dpt kan nombor telefon dia??? serius ni

    0

    1
    • nenek tua says:

      amboiiii….berkenan sbb dia fofular? sbb dia artis…abih org biasa xder tmpat ler di hati kamu ni ek…so sad….kempunan la nenek nk kapel dgan org2 yg baik2…

      0

      0
  22. Anonymous says:

    ariff aizuddin munajat ke?

    0

    0
  23. pemerhati bebas says:

    lain kali bercinta diam2 je la…

    1

    0

Leave a Comment

Optional