Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan mengakui hubungan cinta beliau bersama seorang ahli perniagaan yang sudah putus sejak sebulan lalu adalah disebabkan orang ketiga. Elizabeth sendiri yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka selepas mendapat tahu teman lelakinya itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain.
Memang benar kami berpisah kerana kehadiran orang ketiga apabila dia mempunyai hubungan dengan bekas teman wanitanya. Percintaan kami selama empat bulan itu berakhir dengan perpisahan sejak bulan lalu.
Bak kata pepatah cinta itu buta dan kadang-kadang seseorang itu boleh begitu “tenggelam
dalam percintaan, begitulah juga Elizabeth yang turut mengakui beliau sanggup untuk membelakangkan keluarganya sepanjang bercinta.
Kerana dia saya sanggup mengenepikan keluarga tetapi ini adalah pengajaran buat saya dan syukur hubungan dengan keluarga pun kembali pulih. Apa yang saya lalui banyak mematangkan diri saya dan lebih baik saya tahu mengenainya sekarang daripada kemudian hari.
Cinta itu tidak selalunya indah dan jika pasangan kita tidak setia untuk apa lagi kita terus menjalinkan hubungan? Ketika bercinta janganlah terlalu dibuai asmara.