Penyanyi Aishah Bakal Bertanding PRU13 Di Parlimen Jempol

Hiburan

Penyanyi Aishah Bakal Bertanding PRU13 Di Parlimen Jempol

Setiap kali tiba pilihanraya umum, saat yang dinanti-nanti sudah tentu ialah ketika penamaan calon diumumkan. Terbaru, PAS telah mengumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah sebagai calon mereka di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.
aishah calon pru13Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan calon pertama pro pembangkang daripada golongan artis yang bakal bertanding di dalam PRU13. Pengumuman ini dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar. Kata Aishah kepada portal berita Antara Pos:-

Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)

Advertisement

aishah calon pru13Adakah kita akan menyaksikan lebih banyak golongan artis yang akan dinamakan sebagai calon di dalam PRU13 kali ini? Abang Nara ada kemungkinan perkara tersebut berlaku. Sama-sama kita nantikan. Info asal Utusan Malaysia.

P.S: Tips pilihanraya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...