Setiap kali tiba pilihanraya umum, saat yang dinanti-nanti sudah tentu ialah ketika penamaan calon diumumkan. Terbaru, PAS telah mengumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah sebagai calon mereka di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan calon pertama pro pembangkang daripada golongan artis yang bakal bertanding di dalam PRU13. Pengumuman ini dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar. Kata Aishah kepada portal berita Antara Pos:-
Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)
Adakah kita akan menyaksikan lebih banyak golongan artis yang akan dinamakan sebagai calon di dalam PRU13 kali ini? Abang Nara ada kemungkinan perkara tersebut berlaku. Sama-sama kita nantikan. Info asal Utusan Malaysia.
P.S: Tips pilihanraya