Written by AbangNara | November 19th, 2014

Kalau kata bodoh, marah. Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh mereka yang tertipu dengan penipuan iPhone 6 percuma di Instagram. Serabut mata Abang Nara melihat komen-komen seperti ‘I got a free iPhone from ….” di hampir kesemua akaun Instagram selebriti-selebriti tempatan. Kalau anda seorang manusia yang mampu berfikir secara logik, pastinya anda tahu ini semua adalah palsu semata-mata. Mana ada orang nak bagi iPhone 6 percuma kat dunia ini wei.

dm

antara contoh komen

Ya Abang Nara tahu ramai yang ‘desperate’ nak gunakan iPhone 6. Iyerlah sapa tak bangga ada gadjet terbaru. Boleh riak dan ujub sikit kat member. Nak beli tak cukup duit, jadi apa salahnya mencuba benda percuma kan? Tak adalah penat mana pun setakat nak bagi komen 10 kali. Rasanya dalam masa 10 minit dah boleh siap dah. Tak gitu?

dm

antara contoh akaun tipu

Namun tahukah anda di sebalik usaha gigih anda itu si penipu ini sedang tersenyum riang. Apabila pengikutnya semakin ramai, tiba-tiba sahaja akaun ini akan bertukar wajah dan akan dijual kepada orang lain dengan harga tinggi. Yang untung hanya si penipu sementara anda terkapai-kapai menunggu kehadiran iPhone 6 yang tak kunjung tiba. Kasihan melihat peminat mereka tertipu, beberapa selebriti telah tampil memberi nasihat.

akaun tipu
akaun tipuakaun tipu

akaun tipu

sindiran sinis daripada Awal Ashaari


Diharap tiada pembaca BeautifulNara yang terlibat dalam benda mengarut ini. Rasanya semua pembaca BeautifulNara pandai-pandai belaka. Kaya pun kaya jugak kan? Setakat iPhone 6 nie pasti anda boleh beli celah gigi. Tak luak duit simpanan yang berbakul-bakul itu. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Penipuan iPhone 6 Percuma Berleluasa, Selebriti Beri Nasihat Kepada Peminat

  1. Hati2 says:

    No such thing blh dpt bnda free dlm dunia ni.
    Kne usaha.xde duit..duk diam2,ggit jari.

    0

    0
    • Yahudi says:

      bkn org Melayu saja !! anak2 matsalleh pon bodoh juga , buka insta Selena Gomez , Iggy Azalea , Rita Ora , Kardashians , mesti ada anak2 matsalleh bodoh spam msg berantai ” if you dont post this you will die in 3 days” !! BONGEKSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

      0

      0
    • minah jambu sentiasa merah biru says:

      minah jambu tetap setia ngan HTC minah jambu ..

      0

      0
  2. Anon says:

    antara komen artis kat atas, komen HZ paling win, bukan saja ada info tp juga tak over menyindir2 followers yg trpedaya dgn kaedah spammers tu..contoh nasihat yg baik mcm LS, sebab tu kebykkan followers dia pun baik2 bhasa..tuk si Yana n Awal terutamanya, perlu ke sindir, keluarkn kata2 mcm tu? sudahnya bila followers komen yg kasar n negatif kat insta dia nti dia juga yg ngamok sakan..klu artis tu poyo n selalu reply negatif pada followers, dorang pun akn selalu dpt komen negatif balik. hadap la dgn tabah ye

    0

    0
  3. AKUPON says:

    Aku pon hampir menfollow page tu… last dya follow aku,, artis lah kita ni,, ahaks,,, rakyat malaysia mg pencintai barangan free kan,,, :P :P :P

    0

    0
  4. Jenab says:

    Ya Abang Nara tahu ramai yang ‘desperate’ nak gunakan iPhone 6. Iyerlah sapa tak bangga ada gadjet terbaru. Boleh riak dan ujub sikit kat member. Nak beli tak cukup duit, jadi apa salahnya mencuba benda percuma kan? Tak adalah penat mana pun setakat nak bagi komen 10 kali. Rasanya dalam masa 10 minit dah boleh siap dah. Tak gitu?

    0

    0
  5. anons says:

    abang nara macam shit. wei cube sumeorang xklik beautifulnara ni sebulan kau tengok terduduk ke tidak abg nara ni???

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Nk kencing pon kene bayar apatah lg iPhone xde yg free dh skrng ni

    0

    0
  7. masuk toilet pun kena bayar takkan la iphone boleh dapat free

    0

    0
  8. ape la yg best sgt dgn i phone ni…fon mahal2 pun alih2 gune untuk sms, call dan internet je..x lbh drp tu…beli henset mahal2 pastu pakai lama sikit rosak xboleh pakai trus..duit bazir mcm tu je…henset 2ribu boleh je beli cash…agak2 sanggup tak kite sedekah cash 2ribu kat org2 susah, anak yatim dan sebagainya? sanggup tak? nilai same je kan? buang karen je beli henset mahal2

    0

    0
  9. Farah says:

    Heeshh banyak betul scam macam ni. Harap kita tak terpedaya la.

    0

    0
  10. Fish Fairuz says:

    Buat Awal, tak elok menyindir orang mcm tu. Cakap baik2 kan elok?

    P/S : nothing is free in this world. Tq

    0

    0
  11. ada bebaru ini kawan report tertipu ngan jejaka hensem,konon nak jual iphone6. lepas bank-in rm800 benda tak sampai, skrg ni si penipu tak lena tidur kerana ketahuan identiti melalui wechat and fb. mangsa dah buat laporan skmm n polis.

    waspada ye,jgn teruja sangat,senang kena tipu

    thanks.

    0

    0