Written by serenity | February 25th, 2015

Sebelum ini tersebar berita bahawa penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar dikatakan terpaksa mengemis di jalanan semula kerana telah ditipu oleh pengurusnya dari Malaysia.

Tegar yang baru-baru ini berada di negara ini telah mengadakan banyak persembahan di Kuala Lumpur termasuk menghadiri majlis sambutan ulangtahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza Januari lepas.

Menerusi laporan media Indonesia, Tegar dikatakan tidak mempunyai wang simpanan kerana diambil oleh pengurus tersebut sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia secara tiba-tiba manakala passportnya diambil.

Pengurus itu yang diberi nama ‘A’ telah muncul dalam rancangan Melodi TV3 memberikan penjelasan panjang lebar bahawa semua itu hanyalah satu rekaan dan mendakwa telah menjaga Tegar dengan baik selama penyanyi itu berada di Malaysia.

Bagaimanapun, seorang artis dari negara Singapura telah tampil dengan dakwaan bahawa ‘A’ ialah seorang yang lebih teruk dari syaitan.

Sufie Rashid yang tampil dengan dakwaan berikut:

Saya kenal siapa A. Nama dia Arif Dollah. Jika ada sesiapa nampak dia, jangan bekerja dengan dia. Dia lebih teruk dari syaitan.

Dia pernah menguruskan saya tetapi dia telah menggunakan saya dan menguasai kehidupan keluarga saya. Kasihan Tegar, dia seorang budak yang lurus.

Kepada Arif, kalau awak baca ini, hati-hati kerana semua orang mencari anda. Awak adalah satu-satunya lelaki yang saya tidak akan maafkan sampai bila-bila pun atas apa yang anda lakukan terhadap saya dan keluarga saya.  Awak lebih teruk dari binatang.

Kemudian, mStar Online melaporkan bahawa seorang penggosip Facebook, Nur JM Mohd yang berasal dari Singapura tampil dengan dakwaan pengurus Tegar yang bernama “A” adalah seorang penipu dan tidak boleh dipercayai.

Setelah menipu artis di bawah jagaannya ‘A’ dikatakan akan menyalahkan ‘management’ untuk menyelamatkan diri:

Kalau betul dakwaan ini memang kasihan dengan Tegar kerana dipergunakan sedangkan dia masih mentah dan berasal dari keluarga miskin pula. Sebelum ini Tegar dikhabarkan juga pernah ditipu oleh pengurus lamanya.

Kita tunggu apa perkembangan terbaru tentang perkara ini dan sekiranya benar Tegar dianiaya semoga keadilan akan berpihak kepadanya. What say you?

16 responses to Pengurus Tegar Dikatakan Penipu, Perguna Kanak-kanak Untuk Kepentingan Diri

  1. FA says:

    kalau betul la gosip ni, kesiannya Tegar.. dahla budak ni punca rezeki keluarga dia.. memang kejam siapa yang buat dia macam ni..

    0

    0
  2. mutiara says:

    kesian nya dah la org tu iskin ko tipu lagi..akhirat ko tak bole lari la

    0

    0
  3. seri_101@yahoo.com says:

    apakate pihak yg t’libat wat laporan polis kemudian barulah kertas siasatan di buka..so klau betol pengurus 2 salah setidak2nye org lain xkan jd mangsanye… xpun polis bole kuarkan surat panggil utk bntu siasatan sebagaimana sebelum nie ada seseorg yg dipanggil utk siasatan w/p tiada laporan polis dibuat hnye b’pndukan tulisannye di instgrem je…xkan kes bdk nie polis xle b’tindak???

    0

    0
    • peeiiii says:

      masalahnya dua2 pun bukan warganegara malaysia…si ariff org singapore, tegar dari indonesia….polis negara diorg la patut siasat

      0

      0
      • seri_MyNCJ says:

        ….kan bnd 2 b’laku di M’sia.. mrk yg t’libat bole je buat laporan di M’sia kemudian bw laporan i2 kpd kedutaan mrke sekiranye p’lu…..kebiasaannye jenayah akn dilaporkan dimana ianye b’laku kemudian tindakan susulan akn dibuat atau pihak b’kuasa akn amik tindakan sewajarnye sekiranye sesuatu jenayah b’laku w/p tiada laporan bg siasatan dijlnkan dngn tujuan menjaga keselamatan rkyat & pelancong asing sekaligus membuktikan kpd ngr luar bhw ngra kite mnjaga kebajikan semua org & menghalang jenayah b’laku..

        0

        0
  4. sepakTiang says:

    nak repot mcmana, pasport pun dah takde, repot kat indon boleh la tapi fakta kes berlaku di sini…..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    kadang org yg lahir islam.. dh tau dosa halal haram pembalasan atas stiap perbuatan.. lg2 mkn duit org x amanah camni.. x salah bsalah mkn duit org!! mcm la duit yg ditipu tu xkn abis.. sok dh abis org pun dh x percaya!! mkn pasir la jawapnya.. aku pun bkn baik sgt.. tpi beringat la sesama kte..

    0

    0
  6. lily says:

    Kalau betul apa yg dituduh, harap nya bertaubat lah cepat.. Dosa besar tau mkn duit org ni..apatah lg duit org susah.. Aduhai, kalo org kaya kne tipu aku x terasa sgt.. yg ni budak kecik n org kampung miskin kot.. kejam sgt..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Kalau betul lah…. ini yg dinamakan ambil kesempatan dalam kesempitan. Ambil kesempatan kat org kaya lah oiiii… bukan kat org miskin. Batak punya org.

    0

    0
  8. NKD88 says:

    Dulu waktu video tegar mnyanyi djalanan jd viral, tiap kli tengok, tiap kli tu jugaklh air mata aku ni menitis, kesian sgttttt. bila tegar dh bjaya, dpt tlg keluarga dia, happy je tengok n bca kisah2 dia, wpun tak ambik tau sgt msa tu. skrg ni bila bca cite tegar jd cmni, skli lg aku nangis, ttba jd sebakkk :'(

    Ya Allah, lindungi tegar & keluargany, lindungi juga teman2 pengamen jalanan dia, lindungi juga kami semua dr perkara2 buruk.

    0

    0
  9. mia says:

    Mohon pencerahan:
    1. Bekas manager tegar ni org Singapore atau Malaysia?
    2. Klau passport diambil, mcmana tegar bole balik ke indon?
    3. Kpd mangsa..klau betol ditipu..mngapa tak buat report polis? Ckp byk dlm IG, FB & mngadu pd reporter, mcm2 bole ckp & tuduh. Biar polis siasat. Sbb klau btol isu ni & manager dia org Malaysia..naik lg la nama Malaysia kat channel2 TV indon, walaupon kes ni blom sahih lg. Ttiap ari reporter indon akn terus dikorek cerita & tokok tambah mcm isu2 sblm ni. Bengang la!

    0

    0
    • mutiara says:

      jawab no 2 je..
      hantar balik indon dulu then dia amek balik pasport tu kot

      0

      0
    • damai says:

      Bekas manager ialah org singapore, he really sweet talker, if bual business mmg org akan percaya, dah banyak kes, tapi dia licik, ada kes kat negara dia, dia lari jd pengurus penyanyi luar negara dan under age dan org susah. Rasa dia masih diMalaysia tu, x berani balik spore as polis pun sdg cari dia.

      0

      0
  10. Anonymous says:

    Pelik juga kan . Kalau passport Tegar di ambil macam mana Tegar boleh balik Indonesia. Kenapa Tegar tak minta bantuan pada orang dalam industri seni di Indonesia . Adakah ibu bapa Tegar nak berhijrah ke Malaysia dan mengharapkan agar ada pihak di Malaysia mengambil Tegar jadi artis. Kalau Tegar penyanyi popular di Indonesia, tak kan la tak ada job langsung. Tak kan la kerana tak pergi buat show di Malaysia , sampai nak jadi pengemis balik. Macam tak logik je.

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      ni lagi satu punye bahalol bin – ti bengap ! mate wang indon kan lebih rendah berbanding mate wang malaysiaaaaaaaaaaaaaaa mesti la kalau boleh dia nk bawak mak bapak dia stay kt malaysiaaaaaaaaaaaaa ape tk boleh ??????????

      0

      0
  11. Anon says:

    Kesiannya.. Tak takut balasan Allah ke aniaya org mcmni.. Lg2 org tak maafkan kita..

    0

    0