Pada awalnya, ramai yang tidak boleh menerima keputusan Uqasha Senrose untuk membuka hijab. Teruk juga Uqasha dikecam dan dilabel macam-macam oleh netizen.
Namun, selepas empat bulan berlalu, hal berkenaan nampaknya tidak lagi menjadi satu isu besar apabila Uqasha akui jumlah pengikutnya di Instagram semakin bertambah. Malah, tiada lagi kata-kata negatif yang dilemparkan kepada Uqasha.
Saya gembira sekarang saya jadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram naik mendadak. Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya), tetapi ikut.
Sekarang dah sampai dua juta [pengikut di Instagram]. Dulu 1.2 juta saja. Yang bercakap banyak itulah yang ikut saya.
Menurut Uqasha, beliau membuat keputusan untuk menutup ruangan komen berkenaan sebelum ini kerana tidak tahan dengan komen “hatersâ€.
Dulu saya tutup ruangan komen sekejap sebab saya tak tahan dengan mulut haters. Jadi sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa.
Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca. Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah.
Biasalah tu, bila isu sedang hangat pasti ia akan menjadi perhatian semua orang dan banyak  pihak yang akan mengkritik.  Walaubagaimanapun, satu hari nanti mereka akan berhenti juga jika tidak dilayan.