Written by AbangNara | January 20th, 2014

Bayangkan situasi ini. Anda keluar berjalan-jalan di Sogo untuk shopping baju sempena Year End Sale. Dengan yakin anda berdiri di kaunter untuk membuat pembayaran. Tiba-tiba baru anda tersedar yang dompet anda tertinggal di rumah. Duit confirmlah tak ada, kad ATM pun turut sama tertinggal. Macam mana nak bayar nie? Yang ada hanyalah handphone anda. Terus muka anda bertukar cuak.

maybank cardless withdrawal

Jangan risau jangan cuak!!! Kerana kini anda tak perlu gunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit anda. Ini adalah inovasi terbaru daripada Maybank yang dinamakan “Cardless Withdrawal” atau “Pengeluaran Tanpa Kad”. Tenangkan fikiran, hilangkan kecuakan di wajah anda dan bukak laman web atau apps Maybank2u di handphone. Dengan segera tekan butang “transfer”.

maybank cardless withdrawal

Ada 2 pilihan di “Cardless Withdrawal” ini. Kalau untuk kali pertama, anda akan gunakan “Open Cardless Withdrawal”. Tekan pautan tersebut dan anda akan dibawa ke laman seterusnya. Mudah bukan?
maybank cardless withdrawal

Di sini anda apa yang penting ialah memasukkan nombor telefon penerima wang yang akan anda hantar daripada akaun Maybank anda. Masukkan nombor telefon anda sebab anda yang akan terima duit tersebut. Masukkan juga nama penuh. Amaun yang boleh dipindahkan ialah RM100, RM200 dan RM300. Tak banyak tapi cukuplah untuk bayar harga barangan yang anda beli di Sogo. Double check semua informasi yang telah dimasukkan dan tekan butang “Continue”.
maybank cardless withdrawal

Seperti biasa akan ada “TAC” yang perlu dimasukkan untuk meneruskan pemindahan wang ini. Masukkan “TAC” yang diterima menerusi SMS dan anda bakal menerima satu lagi SMS yang mengandung “Withdrawal Code”. Code ini amat penting. Jangan bagi orang lain baca. Langkah seterusnya ialah mencari salah satu daripada 400 mesin ATM untuk mengeluarkan duit anda.

maybank cardless withdrawal

Sampai sahaja di mesin ATM Maybank (jangan potong barisan pulak), tekan sahaja butang “Enter” di mesin tersebut. Kemudian terus pilih “Cardless Withdrawal”. Masukkan “Transaction ID” dan “Withdrawal Code” yang dihantar menerusi SMS tadi. Lepas itu apa lagi? Ambillah duit yang keluar di mesin ATM itu dan pergilah bayar barangan yang anda beli tadi. Kalau sempat boraklah dengan cashier cakap anda ambil duit guna handphone je.
maybank cardless withdrawal

Terbaik bukan inovasi terbaru dari Maybank ini? Yang lagi best, bayaran RM1 yang dikenakan untuk melakukan transaksi ini akan ditiadakan sehingga 28 Februari. Bolehlah buat-buat terlupa dompet kat rumah untuk mencuba fungsi “Cardless Withdrawal” ini. Bukan itu sahaja, ada peraduan yang membolehkan anda memenangi RM500 sekiranya melakukan transaksi “Cardless Withdrawal” ini dengan jayanya. 3 pemenang akan dipilih setiap hari sehingga 5 Februari kelak. Sambil mencuba sambil ada peluang menang hadiah. Memang best!!!

Kini anda tidak perlu cuak kerana tiada kad ATM Maybank kerana kewujudan fungsi “Cardless Withdrawal” yang sangat mantap daripada Maybank. Tahniah kepada Maybank atas inovasi hebat ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai “Cardless Withdrawal”, jangan lupa layari laman web Maybank2u dan Facebook Maybank Malaysia.

P.S: Kalau anda ada akaun Maybank tetapi masih belum aktifkan Maybank2, sila tengok video di bawah untuk cara-cara pengaktifan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Pengeluaran Tanpa Kad Daripada Maybank

  1. Anti PaperMoney says:

    Terbaikkk..CARDLESS…..lepasni MONEYLESS…awesome..wait n see..kejayaan sistem yahudi ni

    0

    0
    • mio says:

      suka dengan inovasi2 macam ni. memudahkan orang ramai.. selalu kalau tak bawak kad bank, online transfer ke maybank kad kawan2, pastu keluarkan duit. tapi kalau tengah jalan sorang2, takde kad susah jugak. tahniah maybank.

      0

      0
    • A says:

      apesal la bangang sangat kau ni.teknologi did nothing wrong.it’s people who use them wrong.kalau kau bijak, reti berjimat xde la kau moneyless.kalau kau tak reti handle teknologi membazir mcm org banyak duit mmg la kau moneyless.adoi ada jugak manusia mcm ni

      0

      0
    • Semitic says:

      hahahaha….kalo anti sngt dgn semua system, pergi duk dlm hutan yer.kawan ngn monyet,beruk,ular,tupai,nyamuk,biawak,semut. kt dlm hutan, tak yah guna system yahudi sbb dlm hutan xde guna apa2 system.
      aku xpaham, masih ada species lemah otak dlm nie kt mesia nie…ni la antara baka2 yg boleh memberi ancaman kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

      0

      0
    • narareader says:

      Wah..memang best..tapii..duit mesti kena ada laa..

      0

      0
  2. Info yang bagus, lepas ini boleh lah pelanggan turun berat badan pantas saya boleh transfer duit dengan mudah… huhu

    0

    0
  3. Info yang bagus kepada usahawan turun berat badan pantas seperti saya… boleh lah saya gunakan teknik ini bagi memudahkan pelanggan saya.. tq..

    0

    0
  4. myvitrd says:

    Memang bagus kemudahan.. memang dua 3 hari ni ada perasan tambahan link ni dekat maybank2u.. tertanya2 juga apa fungsinya..

    0

    0
  5. Woah! I’m really digging the template/theme of this blog.
    It’s simple, yet effective. A lot of times it’s very difficult to get that “perfect balance” between usability and visual appeal.
    I must say you have done a great job with this.
    Also, the blog loads extremely quick for me on Firefox.
    Outstanding Blog!

    0

    0
  6. Nina says:

    Abg Nara,

    Its better for u to remove your account number..
    For secure…

    0

    0
  7. L4D00 says:

    Boleh menggunakan teknik Social Engineering….

    0

    0
  8. Naim says:

    THORBAIK….admin,,,mintak permision nak share,,

    0

    0
  9. Nooney says:

    Terima kasih bnayak di atas info yang sangat berguna ini!

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Nara what do u mean by masukkan nombor telefon penerima wang??apa maksud anda?no.phone cashier or no phon sogo???

    0

    0
  11. semakin menyenagkan untuk mengeluarkan wang.

    0

    0
  12. Cetak Baju says:

    memang memudahkan user… kipidap Maybank.. congrate!

    0

    0
  13. […] Pengeluaran Tanpa Kad Daripada Maybank (17) […]

    0

    0
  14. […] Pengeluaran Tanpa Kad Daripada Maybank (18) […]

    0

    0
  15. […] Pengeluaran Tanpa Kad Daripada Maybank (19) […]

    0

    0