Written by AbangNara | June 13th, 2013

Abang Nara pasti ada yang sudah mengetahui tentang tragedi yang menimpa diri ini sekeluarga pada hari Isnin lalu. Izinkan Abang Nara bercerita kembali untuk dijadikan iktibar, pengajaran dan panduan buat kita semua di masa hadapan.

Isnin lalu, Abang Nara sekeluarga telah pergi ke Aman Putri di Sungai Buloh untuk melihat rumah yang telah dibeli. Tujuan kami ialah untuk berbincang dengan kontraktor mengenai ubahsuai yang mahu dilakukan sebelum berpindah masuk ke situ.

Aman Putri ialah sebuah perumahan baru di bawah daerah Shah Alam dan merupakan projek syarikat Glomac. Tiada security guard yang bertugas dan sesiapa sahaja bebas masuk tanpa sebarang kawalan. Mungkin kerana ia adalah kawasan baru dan projek yang masih tidak siap sepenuhnya.

Kira-kira jam 1.30 petang, Abang Nara, wife dan anak tiba di unit rumah kami di Aman Putri. Kontraktor yang merupakan seorang warga Bangladesh telah berada di sana. Kami masuk ke dalam rumah dan berbincang mengenai renovation yang ingin dilakukan. Hampir setengah jam perbincangan dilakukan, kami pergi ke bahagian hadapan rumah.

Sedang rancak berbincang mengenai “tiles” yang ingin ditukar di bahagian depan, tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta yang sangat kuat. Sebuah kereta Naza Citra berhenti secara mengejut. Pintu terbuka dan 2 orang lelaki bertopeng dan berparang meluru keluar daripada kereta tersebut.

Abang Nara tergamam. Wife Abang Nara terus mendukung anak kami yang sedang berada di sebelahnya. Perompak itu terus menghunuskan parangnya dan berkata “Duduk diam dan ikut arahan. Kamu pun ada anak kecil kan“.

Nasib baik Abang Nara berjaya menenangkan diri ketika itu. Terus Abang Nara berkata “U nak ambik apa-apa ambil je”. Perompak itu terus meminta kunci kereta, handphone dan dompet daripada kami bertiga (Abang Nara, wife dan kontraktor). Kami menghulurkannya tanpa banyak cakap.

Ketika perompak sedang mengambil duit daripada dompet, Abang Nara sempat berkata “Saya nak IC je”. Perompak itu terus mengambil sedikit duit dan memberikan kembali dompet. IC, kad kredit dan segala barang di dalam itu tidak disentuh.

Wife Abang Nara turut ditanya di mana dompet dan handphonenya. Wife cakap tak ada (semua barang dalam kereta). Salah seorang perompak masuk ke dalam kereta dan mengambil dompet wife. Wife pun mintak IC dan beg susu anak kami daripadanya.

Perompak itu memberikan dompet dan beg susu wife Abang Nara.  Kontraktor Bangladesh itu turut diambil wangnya dan kunci kereta di dalam koceknya. Semua ini berlaku dalam tempoh kurang daripada 2 minit.

Habis mengambil apa yang patut, kedua-dua perompak ini memandu kereta Abang Nara dan kereta kontraktor keluar. Seorang lagi perompak mengikut dari belakang dengan kereta Naza Citra hitamnya. Abang Nara sempat tengok plat mereka iaitu PHT 425.

Selepas perompak hilang daripada pandangan mata, wife Abang Nara hampir pengsan akibat terkejut. Abang Nara cuba menenangkan dia. Nasib baik handphone kontraktor tersebut tidak diambil. Abang Nara terus telefon 999 dan ayah Abang Nara untuk memberitahu kejadian tersebut.

Ayah Abang Nara tiba 15 minit selepas itu dan kami terus ke balai polis untuk membuat laporan. Alhamdulillah kami sekeluarga tidak diapa-apakan. Lebih melegakan kerana segala dokumen penting tidak diambil oleh si perompak.

Beberapa pengajaran daripada tragedi ini ialah:-

1. Jangan pergi tengok kawasan perumahan baru anda.
2. Jangan melawan apabila dirompak. Ikut arahan dan beri apa sahaja yang mereka mahu.
3. Cuba tenangkan diri secepat mungkin ketika kejadian. Takut kalau cemas kita akan melakukan perkara yang membahayakan ahli keluarga.
4. Pastikan anda hafal no telefon ahli keluarga terdekat.
5. Jangan letak barang berharga di dalam kereta.
6. Kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat. Jadi sentiasa berhati-hati ke mana sahaja.

Tujuan Abang Nara kongsikan cerita ini adalah untuk dijadikan pengajaran dan panduan untuk kita di masa hadapan. Apa pun, Abang Nara nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu kami ketika ditimpa bencana ini. Terima kasih.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

112 responses to Pengalaman Dirompak Dengan Parang Di Aman Putri

  1. sha says:

    sabar ye. sy doakn perompak dpt ditgkap.

    0

    0
    • Olga says:

      NTAH2 ORG BANGLA TU JADI DALANG YG RANCANG SEMUA NI X??????MAYBE

      0

      0
      • berlari says:

        aku pun terpikir bnda yg sama.. sbb crita abg nara ni lebih kurang sama mcm crita kakak aku.. dia pun tgok rumah kat area puncak alam… n mmg betul perompak tu ada kaitan dgn kontraktor.. tp serahkan je pd pihak polis..

        0

        0
        • K.A.A says:

          terima kasih abg nara berkongsi cerita supaya kami dpt berjaga2..

          0

          0
        • Lalola says:

          Haah.. Kenapa aku pun rasa macam bangla tu dalang.. Lagi satu.. Kenapa handphone si bangla tu tak kena ambil..?? Kalau ikut cite abang Nara, perompak tu boleh patah balik ke kereta ambik purse wife abang Nara.. Takkan bangla ni depan mata dia.. Dia tak mintak handphone semua.. Logiknya.. Si perompak ni mesti nak selamatkan diri dan hapus bukti.. Terfikir sejenak.. No plat kereta ( mungkin palsu ) dan handphone si bangla tu.. Hmm.. Kesian abang Nara.. Apa-apa pun nasib baik selamat semuanya.. Nyawa tak boleh ditukar ganti..

          0

          0
        • arbaiiiiiiiyahhhh says:

          banyakkan bersabar nara.. tapi saya pun rasa banglaa tu adalah dalangnya..

          0

          0
        • ehsan says:

          ye aku pon rase mcm tu jugak.
          mcm dah bersedia je semuanya ,

          0

          0
        • mySara says:

          sy student stdy n mnyewa kt puncak alam.. kes cmni mmg byk kt puncak alam.. lg2 rmh stdnt slalu kne pecah masuk sbb tau student ade byk hp n laptop dlm satu rmh.. kdg2 masuk time stdnt prmpuan tgh tdo.. syukur xkne ape..

          0

          0
      • lalalila says:

        sian abg nara…sabar ye bang nara..dugaan 2 pasti bersebab…

        0

        0
        • Anonymous says:

          aku baru2 ni kena rompak depan opis aku je. Otw g parking kete, tempat tu sunyi tetiba moto benti seblah aku. Sorang mamat india yg bonceng moto tu acu parang kt leher aku sambil suruh bagi beg & jgn jerit. Aku dah menggigil habis time tu x bleh nak pikir pape dah terus je hulur beg aku. Lepas tu dorang blah. Kunci kete, dompet, ic, lesen, kunci umah, kad bank semua dalam beg tu. Aduhhhh…sedihnya!!! Hati2 la korang semua. Orang skg ni nak merompak x kira waktu & tempat. To nara, aku simpati, I understand what ur feeling.

          0

          0
      • Anonymous says:

        Gerenti kontraktor bangla tu yg jd dalang a.k.a ketua penyamun. Hasil rompakan tu lah dia buat modal pusingan nak beli barang2 pembinaan. Korang x tau lg ke? Kat Tesco area tmpt aku tinggal ni pun org bangla boleh dpt kiosk rakyat (rakyat M’sia ke?) kat situ jual baju. Pakai BMW lg. Entah2 dulu pun penyamun tarbus jugak.

        0

        0
        • mew says:

          agak mencurigakan. ade ke bangla jd kontraktor? kalo ye pun pekerja je kot. tak mungkin tokey. so lepas ni kalo nk deal psl rumah direct terus ke pemaju ye. sbb rumah belum siap, nk ubah suai direct dgn pemaju lebih murah. perompak xtau kite nk dtg site, mmg ade info la.

          0

          0
    • Mariah Kari says:

      Sabar abg nara..pasti ada hikmah disebalik semua musibah ni…be strong nara…

      0

      0
      • donut says:

        kesian ko nara, tapi melalui pengalaman aku sendiri, duit yg mudah masuk memang mudah keluar…nak buat camana,,tuhan itu kan adil. bersyukur je keluarga ko selamat. bukan ko tak mampu pun nak beli keta yg lagi mewah.. ko kan ada pelanggan tetap :))

        0

        0
        • lala says:

          Ayat kau ni tak betul ni.. Tu kan ujian dari Allah.. kenapa mudah keluar mudah masuk? Macam berlagak tau semua benda je donut ni..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Kena kat dia sendiri baru berakal pastu nnt org plak ckp kt hg mcm tu.. suka hati je bt kesimpulan…

          0

          0
    • soffy aidura says:

      kesian abg nara……byk2 bersabar ye abg nara…..hrp2 polis dpt tgkp penjenayah yg x de hati perut tu!

      0

      0
    • Akus says:

      kesian kat abag nara sekeluarga..nasib x apa2..yg penting nyawa selamt..yg hilang bleh diganti balik..memeng takut skrg..jenayah ada dimn2 x kira ms & tempat..moga tabah ye..

      0

      0
  2. lady says:

    seram nya…klo i pon pengsan kot..dah la ada anak kecik lagi time tu..

    tapi biasala akan tetap ada manusia yang cakap kita ptt bersyukur sbb malaysia ni aman nk banding negara2 lain..hehe~ tapi seriously i xrasa malaysia negara selamat..jenayah makin menjadi2..

    0

    0
    • cinonet says:

      I think, maybe because of our country seems to be freedom, so there are many crimes things easily to be happened. Some more, CSI, Law & Order, Ocean Five, etc.2, have many “good ideas” to criminal as reference. The end, only either will be cought or not. My small thought here…..

      0

      0
      • mamat says:

        *caught

        0

        0
      • Anonymous says:

        Tumpang lalu.
        Ada ke mat saleh baca komen2 kat blog nara ni.

        0

        0
      • Anonymous says:

        Your english sucks

        0

        0
        • hmm says:

          jangan lah kutuk dia, biar la dia nak cakap inggeris sekali sekala.. niat dia baik. Kalau salah betulkan, baru kita semua maju..yang pandai tunjuk yang lemah.. :D

          0

          0
      • gambit saifullah says:

        Ocean Five eh? Bukan start dgn Eleven ke?

        0

        0
      • Restekpa says:

        Legend sial english ko.

        0

        0
      • huk aloh says:

        *I think, one of the reasons might be due to our country seeming more free, so crimes are more easily to happen. And more, shows like CSI, Law & Order, Ocean Eleven, etc gives bad examples and reference to execute the perfect crimes. In the end, the only question is whether the culprit will be caught or not. Just my two cents.*

        Aku tak nak kutuk. Tapi, betulkan aku nak. Beragak sket la grammar tu. hehe Cuma aku tak faham la apa kaitan negara bebas dengan jenayah. And aku tak pernah lak dengar Ocean Five. Eleven pernah la. Maybe aku tersilap. Who knows. *shrugs*

        0

        0
  3. Anonymous says:

    TAKZIAH LAA ABG NARA..HARAP ABG NARA SEKELUARGA BSABAR NGAN UJIAN ALLAH NI.

    0

    0
  4. cleopatra says:

    Alhamdulillah abg nara sekeluarga selamat…duit boleh di cari abg nara..nyawa lebih penting kan…btl tindakan abg nara tue…

    0

    0
  5. EE says:

    aman puri kot abg nara? bukan aman putri. btw, sana mmg selalu byk kes rompak merompak. baru2 ni adik ipar saya kene rompak masa bukak gerai jual nasi tepi jalan. org tu siap letak parang panjang kat leher dia. perompak tu berjaya amik hp 2 bijik je sbb masa tu ade lori nampak dan kejar dia. mmg kohaja gila la perompak ni. bahaya kat mane2 je.

    0

    0
  6. miss mong says:

    takziah..yg pnting syukur abg nara sefamily selamat.semoga keta abg nara yg ilang tu blh jmpa blk

    0

    0
  7. buttercup says:

    Sabar ye abg Nara… Syukur alhamdulillah abg nara & fmily x diape2kan…
    Mudah betul org skang cari duit kan? Merompak, mencuri… Moga perompak tu dpt hidayah dari Allah SWT

    0

    0
    • fikirkan says:

      moga yg suka bukak aib orang ni pun dapat hidayah dari Allah

      0

      0
      • ct says:

        saya faham maksud ‘fikirkan’. hahaha… :D mungkin balasan tuhan kan…

        0

        0
        • dia says:

          org d timpa musibah, kita patut doakan bkn jatuh kan org tu lg.
          semua kerja ALLAH, hanya dia yg tau setaip yg berlaku itu,
          siapa kita nak jatuh kan hukum & kata itu balasan ALLAH.
          dia amik sediket coz dia nak bg yg lebih baek/elok.
          ALLAH uji nara coz dia sayang nara.
          kalau kita tak boleh tlg org tak pe jgn kita menyusahkan org, itu lebih baek.
          kalau kita doakan org & in syaa ALLAH org akan doakan kita juga.

          0

          0
  8. tupai berjanggut says:

    setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya,banyakkan bersabar..

    0

    0
  9. nony says:

    oh sgt menakut kan.. meremang bulu roma baca post ni..
    sabar ye byk2.. dugaan~

    0

    0
  10. kurrr_semangat says:

    Nara, next time pegi tengok rumah jgn bawa anak isteri…bahaya…musim nak raya ni lagi lah orang ligat merompak…Pengalaman di kawasan perumahan kami, asal dekat bulan puasa je mulalah dengar cerita rumah-rumah jiran masuk pencuri, parang-memarang, ikat la, kena pukul laaa…Diorang ni nak cari duit lebih kot…maklumlah ada yg nak balik kampung, beli baju raya…duit tak ada tapi nak bergaya, gamaknya sebab tu lah depa mencuri…

    Syukur semua selamat…kena banyak berdoa semoga Allah s.w.t jaga keselamatan kita sekeluarga dan harta benda kita ye…

    0

    0
  11. ayumiey says:

    ya Allah takutnye..saya pun selalu juga pergi tengok rumah di kawasan yang belum siap..lepas ini harus berhati2..orang jahat ade di mana2..semoga kita semua dilindungi Allah dan terhindar dan dijauhkan dari perkara2 yang tidak diigini..

    0

    0
  12. tacacila says:

    harap abg nara & family byk2 bersabar dgn dugaan ni. kesian baby a

    0

    0
  13. fyna says:

    sekejap je kan benda tue berlaku. tak sempat nak fikir apa. tapi yang penting jangan melawan sebab kita tak tahu apa yang akan perompak tue lakukan. alhamdulillah. abg nara dan family tidak diapa-apakan.

    0

    0
  14. Nasib baik takde apa2. mungkin allah ada nak bagi petunjuk tentang sesuatu. Sama2 kita berfikir dan mengingati segala pesanannya.

    admin BANkami Blog

    0

    0
  15. Shhh says:

    tekejut jugk bila dpt tahu abg nara kena samun baru2 nie…nsb baik tk diapa2 apakn

    0

    0
  16. ....................... says:

    syukur abg nara n keluarga selamat…kalau sy d tempat abg nara x tahu la apa nk cakap…respect kt abg nara walaupn d dalam keadaan y genting dia masih lagi boleh bertenang…harap2 kete abg nara y hilang tu leh jumpa semula ye…lain kali berhati2 ye abg nara…

    0

    0
  17. mommy says:

    takziah nara..

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Suwah SUWEH kemoneng btl la ye..lum duduk uma tu lagi dh kena rompak…kesian abg nara…agak2 perompak tu warga asing atau org kita….

    0

    0
  19. kemboja says:

    alhamdulillah allah swt melindungi…

    pengajaran dari ini…abg nara tu org glamour…org kenal…kalu kita ada blog nie jgn ler menunjuk2 ada umah besa keta besa n berbagai2 nk tunjuk….nnti jd riak

    kdg2 kita kena muhasabah diri…kenapa jd begini…n kenapa allah swt uji sebegini….ada sebab tertentu…

    apa pon ambil la pengajaran…apa yg kita ada…ckup la hanya kita sekeluarga yg tau..bkn utk di tayang unggul kepada umum….allah swt meguji umat dia supaya bersederhana…tidak riak…dan takbur…

    maka dengan itu…beringat la…setiap langkah kita sentiasa di uji…

    0

    0
  20. saya says:

    nampaknya aman putri tidak seaman namanya.

    tapi memang normal la kita pergi tengok rumah baru kita. macam my hubby masa rumah kitorang dok sekarang dlm pembinaan, dlm spec kata guna bata merah. tapi masa tengok diorang tgh buat guna bata blok tu je kaler putih tu. mana boleh camtu kita bayar barang yg mahal dia guna yg murah tu je. lepas report dekat pemaju dinding rumah kitorg dipecah balik dan guna bata merah macam dlm spec masa beli.

    lagipun logik la kalau kita ada duit terus nak renovate rumah yg kita nak tinggal tu. kalau dah pindah barang baru nak buat leceh la. pindah rumah bukan keje mudah. sebelum masuk memang kena cek apa je yg tak kena/rosak. biasanya waranty rumah 1 tahun. kalau paip pecah ke tiles serap air ke plug & suis tak fungsi ke, pemaju akan betulkan tanpa bayaran tambahan. tu la sebelum masuk kena cek dulu.

    cuma nasib nara je kurang baik hari tu dirompak pulak. takpe yg penting semua yg tersayang selamat. duit boleh cari.

    0

    0
  21. master kicap says:

    adakah barang yg dirompak merupakan hasil pendapatan dari blog? jika ianya betul, pikir sejenak mungkinkah ianya dari rezeki tanpa keberkatan, hasil dari menyebarkan gosip dan gambar artis yg tidak menutup aurat?

    -Bukan nak menegur, tapi sekadar iktibar-

    0

    0
    • sue says:

      da itu kerja die..ko nak kritik keje die psal? ko bukak bace bloq ni pon da menambah income die..cube pikir sejenak due jenak..law rasa nak kondem org x paya lah bukak bloq ni…

      0

      0
      • master kicap says:

        bukan kritik tapi nasihat sesama islam..saya hanya menyampaikan..terpulang la anda nak ikut ke tak..

        0

        0
        • tulips says:

          mmg la x kritik.. kamu buka blog dan baca semua gosip dalam nie sama juga kan… dan kamu tahu ke pendaptan die dari punca yg haram?? jangan menuduh sesuka hati.. ini sebahagian ujian dari Allah untu keluarga abg Nara.. kita sepatutnya mendoakan bukan tahu bercakap je.. dah terang2 abg nara tulis sebagai pengajran untuk semua.. walaupun pendapatan dari sumber yg bersih, tapi kalu Allah da nak uji mcm tu.. sama juga la..

          0

          0
  22. cece says:

    Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya … moga2 ujian ini sebagai kafarah kepada dosa-dosa terdahulu…:)

    0

    0
  23. ejam says:

    sabar yer, yang penting semuanya selamat.

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Kontaktor ubahsuai rumah tu warga Bangladesh? Va va va……… Ntah kenapa semenjak dua menjak ni aku alergik dgn Bangladesh.

    0

    0
    • Anonymous says:

      senangnye warga asing dapat jadik kontraktor!bangla la pulop tu..!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Org Malaysia ramai yg x layak jd kontraktor. Buat masjid – runtuh, buat stadium – runtuh, buat jambatan – runtuh, buat jamban – runtuh errr…… ada ke? Tu pasal la kena import org bangla yg mempunyai ilmu kepakaran yg tinggi. Boleh tolong mengundi sekali. Tak gitu?

        0

        0
  25. lemah semangat says:

    sabar ye nara..yang penting family nara slmt..thnks berkongsi pengalaman tu..lain kali sye pun nk amik langkah berhati-hati n sentiasa berjaga-jaga dalam ape jua keadaan..jenayah ada dimana-mana..semoga Allah swt lindungi kita semua..aminnn

    0

    0
  26. aLLy says:

    Bawa banyak-banyak bersabar ye Nara. Nasib baik tak diapa-apakan wifey dan anak kecil tu. Ambil iktibar semua. Malang memang tak berbau. Jaga-jaga, ada yang memeghati…

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Takziah eh nara.Walaupun aku jarang komen kat sini dan tak berapa kenal sgt ko,tapi tiap2 ari aku mmg masuk blog ko.Jadi takziah sekali lagi and syukur la anak bini ko tak diapa-apakan.

    0

    0
  28. Betik says:

    dalam keadaan getir mcm ni sempat lg mintak IC??

    kalau aku mmg mulut terkunci abis dah.

    syukur xde apa2 yg buruk berlaku..

    semua org kene sentiasa berhati2 skang ni.

    thanks for reminder

    0

    0
  29. lalalalal says:

    Hangpe ni…kalau nara x update blog hangpa kata dia x buat keja, pemalas dan tak up to date…..bila dia update entri kata dia bg mkn kuarga duit haram lak….peliklah manusia ni….

    hangpa tak suka tp bagi support dgn melawat n bg komen kat blog dia, apa kes ? klu tak suka jangan lah menempel kat blog dia…

    apa salahnya kita doakan dia semoga suatu hari nanti semoga nara buat blog yg bercorak ilmiah sikit…..

    Hari ni mungkin dia mcm ni mana tau ALLAH akan bagi hidayah kat dia berubah lebih baik…..dan kita pun x pasti kita mcm mana masa akan datang.

    Nak menegur tu agak2lah janganlah main rembat aje…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Stujuk….
      Kalu Xsuka xyah blog ni.
      Bkn mnyokong benda yg mungkar tp yg Reply komen tu cam MELUDAH KE LANGIT JATUH KT MUKA SDRIK plk…
      Igt, hg bca pn kira syubahat heh…
      Doakn Baik2 bkn mnjatuhkn air muka org len.

      0

      0
  30. kaizen says:

    citra hitam plat pht 425?? hmmm.. pelik gak klo xde pak gad jage…

    0

    0
    • puiii says:

      kawasan perumahan belum fully duduk mana ada pak guard lagi..sebab pak guard tu pun community yang kene request.

      0

      0
      • kurrr_semangat says:

        errr..setau chek yang dah biasa berkecimpung dalam hal beli membeli rumah ni, memang akan ada pak guard walaupun rumah tak siap…pak guard yg developer punya…pas dah dapat kunci rumah, kena cari pak guard sendiri laaa…Hmmm…maybe developer ni tak prihatin kut, tak sediakan pak guard

        selalu dengar kontraktor indon, sekarang bangla pun ada??? pasnih melarat ke kontraktor warga nepal pulak ye…syabassss !

        0

        0
  31. mulut puaka says:

    kesian ko nara ek………….. xpelah janji ko anak beranak x kena tetak ngn perompak tu

    0

    0
  32. alamaya says:

    Salam Abang Nara,

    Saya bersimpati terhadap kejadian yang berlaku terhadap abang nara sekeluarga.. walau bagaimanapun syukur alhamdulillah… semuanya tidak diper apa-apa kan..

    saya salah seorang pembaca setia Blog Beautifulnara.. Saya perasan yang abang nak buat renovation rumah… Saya terperasan yang abang nara telah mengupah bangladesh sebagai kontraktor rumah.. abang nara sepatutnya beri peluang kepada kontraktor bumiputera yang mempunyai sijil dan kelulusan dari PKK dan SSM…

    Saya bukan nak promote atau menghalang niat abg nara untuk menggunakan khidmat kontraktor yang sedia ada..namun sebagai seorang bumiputera.. saya sedih melihat orang kita mengupah kontraktor2 warga asing dan sebgainya untuk membuat renovation rumah…

    Kalau abang nara tak keberatan.. abang nara hubungi 017-2019491 (Malik) untuk berbincang mengenai renovation rumah… InsyaAllah.. abang nara akan berpuas hati dengan apa yang di ingini..

    Nama Syarikat : Saluran Nilai Sdn Bhd,syarikat ini syarikat berdaftar, sepenuhnya bumiputera & hasil kerja yang memberangsangkan.. serta pernah menyertai expo renovation pwtc.. (jangan risau harga boleh dirunding.)

    Sekian, terima kasih.

    0

    0
  33. Anonymous says:

    ade hati perut jgk perompak tu nk bagi beg susu bila di mintak..

    0

    0
  34. Rose says:

    Sabar bebanyak ye Abg Nara … dugaan ini tentu ada hikmah disebaliknya
    Insyaallah Allah menguji kita dengan kemampuan kita seadanya

    0

    0
  35. siti says:

    Yang penting abg nara and family selamat. means, kete bmw ke yang kene curi ni???goshhhh!!!

    0

    0
  36. Anonymous says:

    sekadar berkongsi,

    sesiapa ada beli rumah di kawasan perumahan baru, di mana tingkapnya dipasang dengan grill tingkap…pegi tengok dan pastikan semua grill tingkap tu dipasang ke dinding bata dengan bahan yang betul dan betul2 kukuh..

    0

    0
  37. AnNas says:

    Takziah Nara sekeluarga.Loghat perompak tu macamana ye? Bersyukur and bersabar atas apa yang telah menimpa.

    0

    0
  38. loli says:

    takziah bang nara.sy bc pon dpt byg kn mcm mn.seram btol.alhamdullilah bang nara n family pape.sy rs mmg pyamon tu da phatikn lame bang nare atau bngla tu pon subahat.

    0

    0
  39. Anonymous says:

    aku pun rasa begitu jugak…bangla tolol tu dalangnya..coz dia tahu korang akan sampai ke sana kan..so bantai bangla tu tanya betul2…coz dulu maid indon aku pun pandai belakon jugak..dia dalang yg rumah pak cik aku masuk penyangak ..kemudian dai ketuk berdarah le sikit..kepala maid tu…tipu belaka tu…baik soal siasat…

    0

    0
  40. Nor says:

    Takziah utk abg nara sekeluarga, lagi satu sy nk pesan kalau boleh kurangkan cerita pasal family dlm blog abg nara ni. Sbb melalui cerita abg nara dlm blog ni, klau beli itu ini, baju utk wife, hp ke, kad kredit ke, penjenayah dah tau yg abg nara ni memang seorang yang kaya raya. So berhati2 ye

    0

    0
  41. Anonymous says:

    Saya bersimpati,sabar ya….

    0

    0
  42. A says:

    Syukur u dan keluarga tidak diapa2kan.

    0

    0
  43. BUNKFACE NO.1 says:

    sape lah yg jahat sgt buat kerja mcm tu, kesian abg nara..harap2 cepat lah dpt tangkap penjahat tu, mujur lah abg nara berkongsi cerita ni…boleh lah aku berhati2 lepas ni, malang tak berbau oiii

    0

    0
    • minah jambu tukar kaler merah biru says:

      ye betol ape yg kau dh cakap kn tu …mintak2 pencuri tu cepat2 la kena tangkap n kereta bang nara tu akan dapat balek secepat mungkin kan. ni mesti orang yg lari kn kereta bang nara tu jantan pendek ..kalau tk tkan bang nara tk Nampak dia datang nk rompak ! btol tk bunkface? semoga police sakses dengan keja yg di buat untok membantu bang nara dapat kn kereta tu…sabar ye bang nara ..yg penting bini n anak bang nara n juga yg lain Nye selamat .

      0

      0
  44. wawa says:

    Takziah abg nara dan keluarga.. yang penting nyawa selamat…jangan hiraukan ckp2 org yang mengutuk mengata mcm seronok melihat orang lain ditimpa kecelakaan…belum kena batang hidung sendiri kan…sabar ye abg nara..

    0

    0
  45. ida says:

    jenayah bnyk mungkin sbb kita tak laksanakan hudud…hudud bukannya bagi semua orang jd cacat…bnyk kriteria yg perlu dipertimbangkan sblm hukuman dijatuhkan…tngok aje kat mekah cam mna…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Soal x laksanakan hukum hudud tu 1 hal. Selain drpd itu, org kita ni ‘baik sgt’ bawa masuk org luar ke negara kita ni, yg mmg diketahui jenis2 malaun. Malaysia Boleh.

      0

      0
  46. mak jemahah says:

    Hokey..!!!
    aku ni penduduk saujana utama,yg letaknya 10minit dr rumah baru nara tu..
    nak bgtau lah,area sini mmg sgt2 banyak terjadi kes jenayah yg mcm tu..
    untuk pengetahuan area paya jaras mmg dh mcm kampong halaman foreigner termasuklah kemboja,indon,bangla,nepal & melayu ada lah dlm 20%..
    area saujana utama tempat aku duduk ni,mmg area melayu 60% & india 30% & cina 10%..area desa coalfields pun ramai melayu & india..puncak alam plak ramai student uitm..so,hati2 lah..mana2 perumahan yg baru siap lagi2 rumah2 mewah memang sentiasa diperhatikan,tak jadi dalam rumah pun mungkin akan jadi kat tgh jalan..anda sentiasa diekori & diperhatikan,ingat tu nara.

    Cewah aku…!!!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Betul tu… Area paya jaras, kubu gajah dah jd internationale. Aku balik kampung pun terasa mcm pergi melancong ke kemboja pulak. Pakistan pun ramai jugak.

      0

      0
  47. nara nera says:

    banyakkan bersabar iye abang nara . ada hikmah di sebalik kejadian . semoga perompak tuu dapat ditangkap dengan kadar segera .

    0

    0
  48. abg cik says:

    takziah nara se family , sy rasa ini dah dirancang , sbb , yg mampu beli rumah dgn harga tu , yg ada kereta besar , dan pendapatan besar je , terserah pada siasatan , harap berhati-hati lain kali , next time jgn bw budak kecik , bahaya tapak perumahan ni , sy pun ada pengalaman tunggu orang revovate rumah , seram juga , yg buat kerja ni sebenarnya , buruh binaan tu juga .

    0

    0
  49. Shamsham says:

    Inila akibat hukum hudud tak dilaksana……

    0

    0
  50. jay says:

    saba ye nara..tadi pon saya baru balik tengok cite superman kat wayang..saya terpijak tangan org 2x..mula2 ingat kaki anak saya ..tp kaki anak saya atas tempat duduk..kali ke2 terpijak..terus org tu lari..saya dapat rasakan ia nak cari beg kat tempat duduk bawah ..nasib saya baik..selalunya mmg saya bawak hand bag dan letakan si bawah..sbb kiri kanan ada org.. tp tadi rasa nak bawak purse je.. ALHAMDULILAH…..berhati2 lah ye..semua..

    0

    0
  51. manje says:

    Syukur… abg nara suami isteri dan anak selamat. Apa yang hilang biar Allah gantikan dengan lebih baik lagi. Saya pun terkejut. Pengajaran nya…lebih elok kalau kita semua lebih berhati hati. kalau ada anak kecil elok lah berada dlm situasi selamat

    0

    0
  52. Anonymous says:

    Nara, tlg bagi tau aku.. mcm mane nak jadi kaya mcm ko?

    Thank You.

    0

    0
  53. ade hikmah nie abg nara…Aman Putri….aman x abg nara..or nie petunjuk dari Allah……..kesimpulannya rumah pilihan abg nara….terpulang lar nak stay mne….bg saya mcm petunjuk nie.

    0

    0
  54. me says:

    bila orang melayu xnak buat sendiri, contohnya kerja berpanas2 di tapak. masing2 nak duit mudah duduk goyang kaki, jadi orang luarlah yang ambil peluang. Jangan kita salahkan orang lain. Baik kita salahkan diri sendiri sebelum terlambat. Ubah pemikiran anak2 kita. Jangan jadi melayu yang layu malas dan lesu. Jangan salahkan orang lain bila ambil hak kita kerana kita sendiri yang malas berusaha.

    Peringatan sesama agama dan bangsa…

    0

    0
  55. Zara says:

    Kwsn situ memang sunyi sepi lg..keliling kelapa sawit.
    yg menjadi kemusykilan saya, mcmna bangla bleh jd kontraktor? Sbb pakck saya apply lesen kontraktor punya la payah. dan setahu saya, lesen hanya dkeluarkan utk warganegara shj..hmm

    0

    0
  56. najwa says:

    takde kontraktor lain ke abg nara? org bangla jgak yang dipilihnyaaa…..*tak paham*

    0

    0
  57. Anonymous says:

    MALAYSIA BOLEH!!BANGLA PON BOLEH KAN?

    0

    0
  58. cilitaragang says:

    terima kasih abang nara, kna sentiasa hati2 skrg

    0

    0
  59. ain says:

    Ya Allah… berderau baca posting ni… alhamdulillah you and family ok and tenang when the incident happened.

    0

    0
  60. orlylove says:

    Abang nara, no. plat PHT 425 – Owner TEOH SAW SIM 691029075272 …

    0

    0