Written by AbangNara | September 2nd, 2013

Minuman Yakult ialah salah satu minuman kegemaran Abang Nara. Kalau pergi beli barang dapur di Giant, memang tak lengkap kalau tak beli Yakult. Sampai je rumah terus minum 2,3 botol. Memang menyegarkan, sedap dan best. Lebih-lebih lagi kalau time cuaca panas. yakult Jadi apabila Abang Nara mendapat jemputan ke kilang Yakult untuk menyaksikan proses pembuatannya, memang melonjak kegembiraan dibuatnya. Tertanya-tanya juga macam mana Yakult ini diproses. Pagi Sabtu yang ceria, Abang Nara memandu ke kilang Yakult di Oakland Industrial Park, Seremban. yakult Ditemani oleh Sarah, Abang Nara dan beberapa blogger lain diberi penerangan mengenai Yakult. Menariknya Yakult ini rupanya telah dipasarkan lebih daripada 30 buah negara. Memang hebat. Dan hanya bungkusan Yakult di Malaysia sahaja yang berlainan. Kiranya rakyat Malaysia dapat Yakult yang special lah.yakult Sejarah Yakult bermula apabila seorang doktor Jepun bernama Minoru Shirota menemui bakteria yang bernama Shirota. Dengan penemuan ini, doktor Shirota menjumpai cara untuk menambahkan bilangan bakteria baik di dalam usus manusia. Kajian demi kajian dilakukan, kini sebotol Yakult mengandungi 30 billion bakteria baik di dalamnya. Hebat kan?

yakult

Selepas selesai sesi penerangan, kami dibawa masuk ke dalam kilang pemprosesan Yakult. Simple je kilangnya. Kebanyakan proses dikawal oleh mesin. Menerusi pemerhatian Abang Nara di sebalik cermin, memang proses pembuatan Yakult sangat cermat, bersih dan mengikut prosuder yang ditetapkan.

yakultUntuk menjamin kualiti, ujian akan diadakan oleh pakar daripada Yakult sendiri. Memang dedikasi sungguh si pakar ini mencuba satu demi satu Yakult untuk memastikan bakteria yang ada di dalamnya adalah yang terbaik dan menepati piawaian. Satu demi satu dicubanya. Kalau Abang Nara confirm dah bosan. Respek!!!

yakultDalam tempoh sehari, 700,000 botol Yakult boleh dihasilkan di dalam kilang ini. Kesemua botol ini kemudiannya akan dihantar ke seluruh Malaysia untuk penjualan. Antara fakta menarik mengenai Yakult ialah produk ini hanya mula berada di Malaysia pada tahun 2004. Agak lambat juga tetapi kerana kesedapan dan faedah yang didapati daripada meminumnya, Yakult kini adalah antara minuman kesihatan paling popular di Malaysia.

yakult

Kalau anda suka minum Yakult, bergantung pada individu, anda akan perasan selepas meminumnya perut anda akan rasa sedikit kurang selesa. Ada kemungkinan akan terus buang air besar. Ini kerana bakteria-bakteria di dalam Yakult membantu melancarkan lagi proses penghadaman. Hebat kan?

yakult

Selain mempunyai khasiat-khasiat seperti di dalam gambar di atas, Yakult juga hanya mempunyai satu perisa sahaja. Ini kerana tiada sebarang pewarna digunakan di dalam Yakult. Semua ini untuk memastikan bahawa peminum Yakult mendapat 100% khasiat dan kesan menyihatkan daripada bakteria baik di dalamnya tanpa sebarang bahan-bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan . Sebab itu disarankan agar sehari kita meminum 1 sehingga 2 botol Yakult untuk impak yang maksima.

yakult

Kalau ada yang tertanya-tanya, Yakult sememangnya halal dan sijil pengiktirafan tersebut dipampangkan di pintu masuk kilang Yakult. Bagi Abang Nara, pengalaman melawat kilang Yakult sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga. Banyak benda yang telah Abang Nara pelajari. Paling penting, Abang Nara dapat kongsikan kebaikan-kebaikan Yakult dengan lebih terperinci kepada anda semua.

yakultSelepas beberapa puluh tahun tidak melawat kilang (last sekali masa sekolah menengah), lawatan ke kilang Yakult ini memang sangat best!!! Tour guide kami iaitu Cik Sara pun sangat friendly orangnya. Macam-macam soalan mencabar dijawab dengan mudah olehnya. Paling best, dalam pengetahuan baru mengenai pembuatan Yakult. Nanti Abang Nara nak bawa anak bini pulak pergi bersama-sama. Mesti lagi seronok.

yakult

Kalau ada peluang, anda juga boleh melawat kilang Yakult untuk melihat sendiri proses pembuatan produk ini. Boleh tanya di Facebook Yakult Malaysia atau lawati laman web Yakult Malaysia tentang tarikh dan masa lawatan. Abang Nara berani jamin korang akan kagum dengan penerangan mengenai teknologi yang digunakan dalam pembuatan minuman penuh khasiat ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Pengalaman Abang Nara Melawat Kilang Yakult

  1. ant says:

    Ya..kult! Ya..kult!
    hehe,tiba2 tringat iklan kat tv tu..tapi sekarang mana ada dah rasenya…
    tp budak2 memang suka minuman cam gini…

    0

    0
    • Suka One Direction says:

      hey guys. lama tidak jumpa. rindu tak? kepada peminat disini don’t forget to watch one direction movie “this is us”. to girls out there.. uols pasti suka one direction kan. mana tidaknya diaorag semua hot, handsome, paling popular didunia dan semua orang suka. long live One Direction British Boyband

      0

      0
  2. shishimut says:

    yakult sedap!!!!

    0

    0
  3. narathiwat says:

    asal dpt sponsor utk iklan je, dan dan je abg nara favourite itu la ini la..hehehe…layan saja la labu :D hehe

    0

    0
  4. Mak jemah pemalu says:

    Yakult mmg sgt bgus u penghadaman, tp yakult juga tggi gula…terlalu manis..kite beli yg light k..

    0

    0
  5. il says:

    tp rasa mcm terlalu manis lah…

    0

    0
  6. nani says:

    dlm 5-6 tahun lps, masa berskolah lagi ada lawat kilang ni,..diorg tak tukar lagi slide powerpoint tu? haha

    0

    0
  7. reeza says:

    Yakult pun amat sesuai jika kita mengalami sembelit, terutamanya anak, berilah mereka minum 1 botol…sure perut selesa…

    0

    0
  8. Keretersadai says:

    aku suka minum Yakult, mmg minuman ni minuman kegemaran aku dari kecik smpailah aku besar sekarang, yakultttt yakulttttwsc

    0

    0
  9. skira bby says:

    Dan2 la nk check satu persatu…xcaya aku….saje la utk publish ckp akn cek setiap botol…pd hal….ermmmm

    0

    0
    • hani says:

      Kalau bab mikrob dalam makanan, memang tak boleh main-main.
      Maybe dia ambil sebotol bagi setiap karton yg diorang hasilkan utk check.
      Kalau tak check nanti, pengguna jugak yg komplen yakult penipu kan?

      Korang nak diorang amanah dengan kerja diorang atau nak pekerja2 ni tipu korang?

      0

      0
  10. Rozlina Manab says:

    Saya rasa bungkusan Yakult di Malaysia berlainan dari negara2 lain sebab nak bezakan dengan produk paling popular sebelum ni iaitu Vitagen.

    0

    0
    • nuha says:

      Betul tu, saya pun pernah lawat kilang ni.
      Yakult kat negara2 lain semua guna botol macam vitagen, bila nak masuk pasaran Malaysia, mestilah nak bagi nampak lain drpd pesaing kan.

      0

      0
  11. minah jambu merah biru says:

    hensem pulak si bang nara ni minah jambu tengok…..minah jambu suka minom yakot dia sedappppppp..macm2 kaler yg minah jambu try best ! anda pulak macmana?

    0

    0
  12. gegel says:

    betul yakult ni mmg bagus.. abang aku menten minum yakult untuk penghadaman lepas mkn daging or seafood untuk elakkan dr serangan gout dia.. mmg berkesan.

    0

    0
  13. semanis_kurma says:

    wahhhh… microbiologist tu kwn sy… nama dia noor hanisa harun.. hehehe.

    0

    0
  14. dah jadi duta yakult plak ke abg nara nie

    0

    0
  15. Mak Teh says:

    aku bawak virus lalalalala

    0

    0
  16. Anak Muda says:

    jgn beli yakult ni, boikot boikot! ni barangan UMNO ni, boikot jgn x boikot, kita kena beli produk2 keluaran PAS mcm kohilal yg lazat lg sedap n bermutu n dijamin kualitinya

    0

    0
    • Mail Gonjeng says:

      drpd ko boikot brg2 kaum kau sndiri yg sama2 ISLAM dsbbkn brlainan parti, baik ko boikot brgn israel, kan? so jgn ckp je lebih kat sini bro ntah2 ko layan McD, Starbucks sume bagai, org mcm ko xleh pakai la bro

      0

      0
  17. aku says:

    anak saya br je melawat kilang ni sabtu lepas… :)

    0

    0
  18. […] Pengalaman Abang Nara Melawat Kilang Yakult (24) […]

    0

    0