Written by AbangNara | January 31st, 2017

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Amboi berperibahasa pulak Abang Nara di pagi cuaca yang mendung ini. Seperti yang kita ketahui, AJL31 sudah pun berakhir di mana Dayang Nurfaizah menerusi lagu Lelaki Teragung telah pun dinobatkan sebagai juara. Keputusan tersebut tidak menimbulkan sebarang kontroversi kerana rata-rata para penonton memang cukup berpuas hati dengan persembahan dan kualiti lagu yang dibawakan oleh Dayang Nurfaizah pada malam itu.

ajl31

Namun sedikit kontroversi timbul apabila pengarah terkenal, Michael Ang menerusi “tweetnya” telah menyatakan yang pihak TV3 memberikan kelebihan kepada Dayang Nurfaizah. Tulis Michael Ang:-

Kan aku dah cakap permainan TV3! Orkestra dia bagi kat Dayang! Walaupun lagu ini buat aku tidur, aku tetap ‘predict’ lagu ini juara lagu

ajl

Enggan membiarkan dituduh tanpa sebarang penjelasan, penerbit AJL31 iaitu Zamzuri Zaini telah tampil memberikan penjelasan:-

Ingin dijelaskan pada AJL lalu tidak ada siapa yang lebih atau kurang. Apa yang penyanyi, komposer dan penulis lirik berikan kepada pengarah muzik, itu adalah yang ‘final’. Pihak kami tak ada hak untuk menambah atau membuang.

Kalau ada pun, itu antara mereka dengan pengarah muzik. Kami di pihak penerbitan tak masuk campur. Bukan apa, itu adalah kreativiti masing-masing.

Bukan saja muzik, malah tarian pun daripada penyanyi itu sendiri. Kami hanya membantu dari segi idea persembahan. Pendek kata, fokus kami adalah penerbitan saja

ajl31

Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak akan berpuas hati dan tidak membuat andaian sendiri. Biasalah benda-benda macam ini kalau kita tidak tahu, memang pelbagai telahan dan andaian akan dilakukan. Sekarang kita dah tahu, jadi bolehlah dengan tenang menerima segala keputusan. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

[jetpack-related-posts]
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to Penerbit AJL31 Nafi Lebihkan Dayang Nurfaizah

  1. Fidot says:

    Oi michael ang, lagu ni mmg dia nyanyi sedap k. ko je dh nk tdi sebab terlebih makan. bising pulak.

    42

    1
    • minah jambu say no to DRUG says:

      betol cakap michael minah jambu sokong..padahal lagu dayang ni bukan nye sedap sangat ! tah ape yg sedap nye minah jambu pon tk tau lah lagu dayang ni huh !! banyak lagi lagu2 yg sedap2 dn bagos masa AJL itu hari..lagu yg tepekek tepekau jugak yg menang huh ! kadang2 pon tak adil..

      7

      62
      • lala says:

        Ni msti peminat michael ang ni..hehe

        27

        2
      • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

        Michael Ang KENA SEDAR BAHAWA DRAMA ARAHAN DIA DI TV3 biar aku jadi penunggu ADALAH MEMANG JELAS PERMAINAN TV3. KENAPA? DRAMA PUKUL 7 TU TEMA NOVEL CINTA JIWANG ANGAN MELANGIT YANG BOLEH MEMPENGARUHI ORANG BERANGAN SPT DLM DRAMA. PEMILIHAN PELAKON DIPILIH BDASARKAN POPULARITI (JANNA NICK ANTARANYA). SEDANGKAN JALAN CERITA TIDAK BKUALITI DAN MBOSANKN. BILE KALI TERAKHIR DRAMA PKL 7 BKUALITI SELAIN 7 HARI MCINTAIMU? TAK BYK KN !. LG 1 IA TPULANG KPD PENYANYI & PENGARAH MUZIK NK PKI BYK MNE ORKESTRA & KREATIVITI NAK BUAT…SBB TU SUSUNAN AKAN JD CMTU. DAN LAGI 1 LAGU BALADA. BUNYI GITAR PADA LAGU TU MMANG PELAHAN DAN ORKESTRA AKAN DGR JELAS PD AJL. JGN JD CELUPAR & KURANG CERDIK MCM MAKCIK2 SIS2 ADIK2 KAKI GOSIP. BCAKAP MCM THU. ADA BUKTI DYE LEBIHKN DAYANG? TUNJUK SKOR…BILANGAN ORG MAIN…VIDEO DAN LAIN2. CAKAP XDE BUKTI X PAYAHLA. michael ang awk duk wat drama jela. Takyah mnyibuk ckp psal nyanyian or jd juri nyanyian ke pe. Bukan kemahiran awk ke pe. JURI2 SNA SEKURANG2NYA TAHU BACA NOTA MUZIK. HAHA. NAK BLAJA MUZIK MEH PG KT STUDIO SY KT PJ. KITA SEMBANG PSL MUZIK. CKP PANJANG CMNE LAGU TU BKUALITI.

        16

        1
      • Julia Julai says:

        Kesian dah 4 ORANG unlike komen ko.Nampak sangat ko ni bodoh & cakap melulu dalam beri komen.Kat luar hidup ko mesti ramai orang tak suka kan.

        4

        13
      • Anonymous says:

        Mohon pencerahan.Awak ni memang pondan ya?Sebab gaya komen sebiji pondanlah.

        8

        0
    • damai says:

      bukan apa, michael ingat cerita Suri Mr Pilot and lagu tema dia mcm bagus sgt. Lagu dayang kalau hayati senikata dia berdasarkan ayah tercinta bukan cinta cintan lopapatah. tu yg dia bengang kot cos cerita 7 Hari Mencintaiku dpt pujian dan lagu tema pula minang mana x bengang. Yg menang org senior dia dah bengang, kalau yg menang mcm aiman tina, entah2 lagi dia bergegar otak tu, apa aja si apek tua nie, kau tu mengarang drama bukan lagi ok

      27

      1
  2. komarad says:

    oh yeahhh…!!

    1

    0
  3. Anonymous says:

    Biasalaa tuu.. dia nak lagu drama SHMP tuu menang… tp nan hado….

    28

    0
  4. adelia says:

    suara dayang sengau. lagu sedap.

    3

    6
  5. Zaaa says:

    Aku pon wonder how jgk

    6

    1
  6. Anonymous says:

    Sebab lagu Shila Amzah ost Suri Hati Mr.Pilot tak menang apa2…sebab tu aje. Ishhkk apek ni. Pi buat review semula cerita Aku Bukan Penunggu. Bosan! Soft torture tau. Dgn suara kepit Janna Nick.. dgn budak berlakon jadi anak tu… Aqil yang dah besar. Bagi reason jangan kacau sebab menyusu?!!! budak gigi dah penuh… dah besar gitu..menyusu apa?

    34

    0
    • Armona Hassan says:

      Aku peminat Janna Nick. Dlm bpuloh2 crita Janna Nick blakon…ranking plg teruk bwh crita dia smestiya Bia Aku Jd Penunggu. Crita tu mungkin lg teruk dr crita Mira filzah blakon. Sedih siot..npela Janna lh trima blakon crita tu..ntahpape crita tu. Mmg BOSAN & SKRIP & JLN CRITA mmg teruk.

      Janna mmg comel. Tp aku sanggup x tgk drama tu..lepaskn tgk kecomelan dye. De byk adegan mnyampah & x best.

      SAPA SETUJU CERITA TU TAK BEST CUBA LIKE KOMEN NI.

      51

      1
    • Soulfly says:

      Ini merupakan pendapat peribadi saya sahaja sebagai pendengar layman. harap peminat shila amzah dan aliff satar tidak menyentap dan melentinglah ye.

      Saya rasa gandingan suara shila amzah & aliff satar kurang menjadi dan tidak ada harmoninya. suara aliff yg lunak tenggelam dek kelantangan dan nyaringnya suara shila bila part chorus.

      8

      0
      • Armona Hassan says:

        Mmg ya pn. Shila bri alasan sbb ni lgu dye wt. So dye dye ikut suka nk wt key & susunan lagu tu cmne. Mmg tgelam pn si aliff tu pn. X plik klu x menang. Lagu x balance….bhgian verse chorus bridge dinyanyi shila lebih byk dr aliff wlopn sme part & ada part aliff x dpt. Nk wt cmne lgu shila kn.

        0

        0
  7. Anonymous says:

    lagu dia tak menang..wakakak..meroyan..

    14

    0
  8. mak c kina says:

    hahaha..sentap plak bila ost xmenang..ko igt ni pertandingan acah2 populer?…klu populer pun 7HM lagi tinggi la rating dr drama ko tu…

    17

    0
  9. Anonymous says:

    eleh..mcm cerita kau buat bagus sangat,..haha biar aku jadi penunggu..nak tertidur gak aku melayan..satu episode je,,pastu aku tak layan dah…tak best…

    12

    1
  10. kk says:

    hey aku yg kat umah pon bagi standing ovation kat dayang, sbb susun atur muzik die kreatif n jalan cerita yg dayang nak tunjuk sampai kat penonton. eleh sakit hati ler tu lagu SHMP tak menang..urghhh

    11

    1
  11. amoi says:

    apek tua meroyan sb lagu suri hati dia x menang kahkahkah..drama /rancangan dia pon ak x minat…apek bdn kau gemok mls bersenam ke kuat Tidorrrrr ..tye jer

    13

    0
  12. akak-akak sangat says:

    Tak layan Drama jam 7 di TV3 sekarang.lembap, slow, bosan..dah episod 20, kat situ je emosinya, statik.tgk harry potter lagi best.

    7

    0
    • lantaklah says:

      well, better than any of astro 104’s 10pm drama.

      4

      0
    • Anonymous says:

      Bukan tgk Harry Potter lagi best tapi tgk rancangan agro TV1 berganda lagi best dari Biar Aku Jadi Penunggu. Teruk sungguh ceritanya… crappppp. Janna kena pilih skrip lain..make a comeback. I like ur acting..but cerita ni buat taik dalam ur portfolio.

      4

      0
  13. ms.bruneian says:

    well she deserved it, dayang memang layak menjadi juara pada malam itu.

    7

    2
  14. Akukatsini says:

    Dayang ni patut bersara la… Bosan asyik2 muka dia . Terjerit2 nak tunjuk vokal power. Lagu “hang p mana” lagi best lagi bagus dr lelaki agung.

    2

    18
  15. apex says:

    pengarah, pelakon SHMP memang tak boleh terima kenyataan yang drama korang tu nan Hadooo….popular mungkin ya tapi kualitinya hampessss….7hmencintaiku tetap mjadi poojaan hatiku,,,,,,

    9

    0
  16. nara batu api says:

    except dia tweet ni masa tgk ajl. bukan LEPAS ajl. nara so batu api.

    4

    0
  17. Nazeeya says:

    Sudah sudahlah Dayang Nurfaizah memang terbaik.

    2

    1
  18. Anonymous says:

    Biasa dengar tong,tong,ceng,tong tong .ceng.memanglah lagu nie ngantuk.

    2

    0
  19. DuhaiMichealAngs says:

    Kepada MA, ko rasa drama arahan ko tu bagus sgt ke,,,.ko tengok drama 7hari mencintaiku..adegan suami isteri takde pun over peluk2 sentuh2 mcm drama arahan ko..lagi2 nak komen dyg punye performance..tak payah berlagak la.di kesempatan ini, drama yg ko arahkan dok main la ni begitu “slow” jln ceritanya..nak tanya..bila last episod? nak tdo tengok drama tu nox…

    8

    0
  20. HANNIBAL says:

    Aku pon x faham kenape orang kata lagu dayang ni sedap? kalo ikut lirik baik lagi lirik lagu kalah dalam menang. Antara banyk2 lagu mlm AJL 31…lagu dayang ni la yg aku tukar chanel lain. so boring!! aku pon rasa dayang menang sebab lagu ni tema ceta yg kononnye popular tu.

    4

    4
  21. Alia says:

    Memang lagu tu tk menarik .tapi tv3 ni memang suka pilih ikut hati diorg ja….sdhgkan kat luar org tak minat pun nk dgr lagu tu

    4

    2
  22. nashh62 says:

    Mohon pihak tv3 jgnlah ambil dia ni sebagai pengarah untuk projek seterusnya. Buat jatuh rating. Tak tahu kenapa suka sangat dia adaptasi novel cikai. Banyak je pun novel Malaysia yang berkualiti dengan jalan cerita yang jauh boleh diterima akal. Yang penting formula drama dia memang selalu tak menjadi. Harap bersara awal. ??????

    2

    2
  23. Anonymous says:

    Btul lah tak lbh pun lagu dayang tu…biasa biasa je pun.kalau lagu yg sblum ni ok lah…

    1

    1

Leave a Comment

Optional