Written by AbangNara | January 13th, 2014

Hebat!!! Siapa kata jadi artis tidak boleh jadi kaya? Kalau kena cara, gaya dan tekniknya, anda boleh memperolehi pendapatan melebihi angka juta setiap tahun. Terkejut juga Abang Nara membaca laporan mengenai perkara ini di Metro Ahad semalam. 5 selebriti wanita iaitu Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa dan Najwa Latiff dikatakan memperolehi pendapatan bernilai jutaan ringgit setahun. Mantap bukan?
jelitawan jutaanWalaupun informasi ini tidak disahkan oleh empunya badan, namun sedikit sebanyak ia menunjukkan yang kita boleh berjaya di dalam bidang industri hiburan sekiranya berusaha keras dan berbakat. Berikut ialah senarai yang dikeluarkan oleh Metro Ahad semalam mengikut turutan.
yuna

1. Yuna – RM5 juta setahun. Dikatakan Yuna dibayar RM120,000 untuk menyanyikan lagu “Shine Your Way” bersama Owl City. Yuna turut menjadi duta Canon, Samsung Galaxy Note, Maybank, Astro, KakaoTalk, Malaysia Airlines dan Olay. Turut dikira ialah royalti lagu ciptaannya dan juga pulangan lumayan melebihi RM1 juta konsert orkestra Yuna di Istana Budaya. Terbaik!!!

shila amzah2. Shila Amzah – RM2.5 juta setahun. Dikatakan kontrak selam 6 tahunnya bersama Shanghai Media Group bernilai RM5 juta. Shila turut mengikat kontrak sebagai duta produk Safi Balqis selama 3 tahun. Selain itu Shila juga adalah duta Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia. Mantap bukan?

soo wincci

3. Soo Wincci- RM1.5 juta setahun. Pernah dilantik sebagai duta Samsung LED, Soo Wincci juga merupakan duta produk Avon dan kasut XES. Persembahannya di Taiwan dan beberapa negara Asia lain turut menyumbang kepada pendapatan bernilai jutaan ringgit. Tahniah Soo Wincci!!!
neelofa4. Neelofa – RM1 juta setahun. Merupakan duta buat produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan banyak lagi, Neelofa turut mengeluarkan produk kecantikannya sendiri yang menyumbang kepada pendapatan jutaan ringgitnya. Awesome sungguh!!!

najwa latif

5. Najwa Latiff – RM1 juta setahun. Mnafikan pendapatannya mencecah angka juta, Najwa Latif memaklumkan ia mencecah angka RM500,000 setahun. Itu satu angka yang cukup tinggi pada pandangan Abang Nara. Najwa adalah duta UNITAR dan royalti daripada lagu ciptaannya turut menyumbang kepada pendapatan ini. Tahniah Najwa!!

Semoga kejayaan para jelitawan ini akan meningkatkan lagi semangat artis-artis lain untuk turut sama berjaya. Apa yang Abang Nara perhatikan, kebanyakan mereka mempunyai produk mereka sendiri sama ada lagu ciptaan atau produk kecantikan. Selain itu keberanian meneroka pasaran luar turut menyumbang kepada pendapatan tinggi. Tahniah dan semoga ia dicontohi oleh rakan-rakan artis yang lain.

59 responses to Pendapatan Setahun Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa & Najwa Latif Cecah Jutaan Ringgit

  1. miss mong says:

    pehh kaya wehh..rezeki2..

    0

    0
    • Datuk Kaki Sponsor says:

      Ini sebelum tolak cukai la….anggaran saja. Mana ada…

      0

      0
      • SimpliSenah says:

        retis2 malaysia, apa nak heran…bila time kawin, ambik tajaan jugak…minta dana jugak.

        #opsss

        0

        0
        • Kak Semah Girang says:

          Menurut PM Najib, harga sayur kangkong dan bayam turun dan rakyat perlu berterima kasih padan BN. Sekian.

          0

          0
        • Pencetus Umah says:

          please la abang nara ni. kekayaan sebenar adalah kekayaan yg x boleh dibeli dgn wang ringgit. sila renungkan…

          0

          0
        • Anonymous says:

          part mintak dana tu aku tak tau la .. artis mana eyk ?? .. tapi yg tajaan tu bukan dia mintak .. dah org bagi , ambik je la .. kalau aku pun . aku ambik .. hehe

          0

          0
        • Ritu vs Aya says:

          ok. Diorang ni senarai Dato utk 3,4 taun akan dtg. Mohon bagi perhatian.

          0

          0
        • Maria Mersadis says:

          OH so MissFakezura tiada dlm list ? HA HA HA . MissFake patut tercalon dlm top 10 “ARTIS PALING PERASAN TREND SETTER ” . Eventho tak suka Lofa , tapi im glad LOFA ada dlm LIST , tak mcm FAKEZURA yg perasan kononnya bakal kahwin dgn kerabat gittew . HA HA HA .

          0

          0
        • narareader says:

          Datuk Siti takda dalam list jutawan..dia dah masuk list hartawan..tak lama lagi masuk list wanita terkaya malaysia ler tu.

          0

          0
        • tyler says:

          Hai,Nora Danish awak lah yang peminat saya, awak untung dapat suami macam tu tau kalau ada time komen saya, saya budak lagi tau saya 10 years old tau saya melayu ok lah bye.
          hope u safe too………….Nora Danish…………………….

          0

          0
        • K.A.A says:

          pompuan sekarang kena jadi kaya.. x leh harap laki sgt…

          0

          0
        • nasi goreng says:

          serius najwa latiff??? same umur ngan aku kot!!! rase rendah diri plak…. sobs…sobs….

          0

          0
    • Olga says:

      HARTA DIDUNIA MENINGKAT…HARTA DI AKHIRAT MACAM MANA PULAK YE?

      0

      0
      • Menyampah nye ko !! says:

        jgn nak berdakwah kt sini , ko punya harta akhirat ckup ke olga ? ko kn jenis hina & keji semua org kt semua web artis !!!! setakat ckp mcm yahudi mabok tak pyh la ko !!! puiiii

        0

        0
      • Olga haters club says:

        Sibok kn org punye harta akhirat ! Ko tu patut kumpul harta akhirat ! dosa ko mencaci mengkeji kt Merata webs ko tak sedar !!! elok nye ko ni antar kt afghanistan kasi Taliban buat lauk !

        0

        0
    • apple says:

      pendapatan bang nara berapa juta..
      tau dah mesti jutaaan rupiah!

      0

      0
    • miss m says:

      kalau yuna, mungkin aku percaya.. kalau yang lain… bukan ke ada celebrity lain yang kaya raya…

      0

      0
  2. Jutajuta says:

    Kalo dato siti nolija bape juta la ye. Bestnye

    0

    0
    • Shhh says:

      tu bukan juta..lbh dri itu tau….ditambah lagi dgn bisnes dia lagi..aku mmg salute dgn artis wanita kat m’sia ni…mreka lbh berjaya…walaupun sering dengan kontroversi…artis lelaki tk da kontroversi tpi tk da yg mampu pegi luar negara…dh terbukti kini..WOMAN POWER sedang meledak diseluruh dunia.

      p/s: Aku suka kangkung goreng belacan..

      0

      0
  3. WonderWeiss says:

    Patut la ramai nak jadi artis.. Masyukk.

    0

    0
  4. koongsi says:

    ramai yang tertanya-tanya dato siti berapa juta? haha…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Wahh..bestnye

    0

    0
  6. nnn says:

    bang nara bila nak update parents shamsul yusof risik siti sarah…blog lain da update….

    0

    0
  7. Benda Betul says:

    Abang nara tak masukkan lagi sorang iaitu Scha Alyahya. Bagi aku, Scha pun pendapatan nya mencecah juta2 sebab dia artis paling byk jadi duta produk2 ni huhu..

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    wah..senang nyer jadi artis….dlm mase setahun dah kaya raya mcm ni,boley tampung kehidupan masa thn hadapan…

    0

    0
  9. nak gemukkk says:

    bestnya kalo ada rupa dan bakat ni ye… ermmm

    0

    0
  10. Firdaus says:

    tpi tk taula haram ke halal, wallah huallam. Dlm era skrg, belajar je tinggi2, baru hidup lagi betul di jalan allah di samping tk tinggal ibadat

    0

    0
  11. Salji says:

    orang lain bayar tax, tak bayar kena kejar, kena saman…artis2 ni bayar tax ke???

    0

    0
  12. coco says:

    Yuna comfirm 100% lebih 1 juta pendapatan ( memandangkn sucess jualan Album yuna kt America & international , Ratus2 ribu berpihak pada Neelofa , yg lain ratus ribu RM bersih saje, bkn juta !!! apepon ini semua anggaran Media, bkn statement dari others bank2 jgn jadi mcm Irish media beria kate WESTLIFE terkaya di Ireland Billion euro earnings last2 last year istihar bangkrap siap gadai cincin diamond kawen bini lagik ( shane la ) aiyaya !!!!!

    0

    0
  13. Nie laporan salah nie. Kan Najwa Latiff dah bagtau dia punya pendapatan xsampai pun 500k sebulan..

    0

    0
  14. murie says:

    diorang ni ant artis yg byk fans x kurang jgk haters… huhuhu… puji ke caci ke… kalau org tu trus maju ke hadapn kita jgk ketinggaln bersama puji caci maki…
    =P

    0

    0
  15. Oit says:

    Aku rasa artis pendapatan lebih sejuta trmasuk senarai ni ZIZAN, JOHAN,SCHA,AWAL& FAFAU..

    0

    0
  16. cik bintang says:

    ingtkn dgr lagu hilary bila baru perasan starting lagu masih aku cinta shila amzah lebih kurang sama dengan lagu hilary duff tajuk who’s that girl.hoho….lagu shila slow tp hilary rancak

    0

    0
  17. gozillerr says:

    Che Ta mana? kawen smpai juta-juta takkan sikit pun tak tersenarai?

    0

    0
  18. saja saja says:

    tu kalo masukkan siti nurhaliza, tercampak la semua dalam list tu. :D

    0

    0
  19. zul says:

    wow SOALAN ABG NARA MAKIN MENCABAR .. kelas kau jah.. AKU PUN NAK JADI RETIS GAK… 2 KALI SHOW MAMpu dah aku byr ptptn…kalau gitu.. tapi aku dok pandai menyanyI..BERLakon keras macam tiang lampu… pendek muka boleh lah..2 bintang… gigi ke dEPAN SIKIT,,,boleh tak jadi retis….. kalau sapa nak ambik aku jadi retis pm tau….zazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    0

    0
  20. BUNKFACE NO.2 says:

    zul, tinggal no phone

    0

    0
  21. playboy says:

    klau camtu ak minat yuna la..sbb die lg hebat dr shila…
    yuna i love u

    0

    0
  22. anon says:

    Baguslah artis2 M’sia pun dpt juta2, selalunya artis2 luar je yg kaya raya. Err….Najwa, jaga2 sikit duit kamu, kan bila ayah kamu tau kamu banyak duit, dia datang mengadu kat media pulak kata kamu tak bagi dia duit. Dah lah dia tak pedulikan kamu dulu masa kecik, bila tua baru mengaku anak… Neway congrats semua …

    0

    0
  23. zul says:

    BUNKFACE NO.2 nak suruh saye jadi ape bayka tak masuknye??

    0

    0
    • maktemah says:

      bayka tu apa?
      sekadar bertanya tulus dr hati

      0

      0
      • Anonymous says:

        ko ni mcm takut2 je nak bertnya .. takut org salah faham eyh ?? haha .. aku pun tulus gurau je .. -_- .. ak rasa dia taip “banyak” kot .. aku rasa la

        0

        0
  24. kelisa says:

    Dosa pn berjuta…aurat…

    0

    0
  25. Rebecca says:

    Nara….x perlu nak braglah on these artistes..di hollywood artist millionaire yg muda2pun ramai hancus….kat malaysia yg I respect pun jadi muflis…so let them be grateful to their creator…n happiness doesnt come from money…..its how they spend them?

    0

    0
  26. Ust Gege says:

    Kaya ngan duit haram

    0

    0
  27. zul says:

    bANYAK AKU NAK TULIS BENANye acited sebab ada org ank ambik aku jadi retissssssssssssssssssssssssss

    0

    0
  28. kipas angin says:

    dato ct and fazura tak de sbb diaorg kan umur lebih 30 thn.. article ni kan cerita pasal jutawan muda. nak berkomen tu fikir dulu, ini tak main tulis je.

    0

    0
  29. bisnis mlm aja macik, daripada lihat gosip artis

    0

    0
  30. MHZ says:

    pendapat banyak tu jgn lupa bayar zakat..

    0

    0
  31. amy says:

    knape siti nurhaliza xade dlm list nie??? ini xadil!!!

    0

    0
  32. mat kangkung says:

    kalau Datuk Siti dah jd hartawan, mcm mane plak dgn Datin Rosmah?

    0

    0
  33. molamolimolu says:

    duit bnyk2 watpe? bukan bole masuk kubur skali!

    0

    0
  34. […] Shila Amzah adalah salah seorang daripada selebriti wanita yang tersenarai namanya sebagai jelitawan jutawan yang dikeluarkan oleh Metro Ahad baru-baru ini. Di dalam senarai tersebut, Shila dikatakan membawa pulang pendapatan bernilai RM2.5 juta setahun dengan salah satu sumber pendapatannya ialah kontrak bernilai RM5 juta bersama Shanghai Media Group. Selain itu Shila turut menjadi duta kepada produk Safi Balqis. […]

    0

    0
  35. […] Pendapatan Setahun Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa & Najwa Latif Cecah Jutaan Ringgit (54… […]

    0

    0
  36. luke says:

    Asal smua pompuan ni??

    0

    0
  37. […] Pendapatan Setahun Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa & Najwa Latif Cecah Jutaan Ringgit (5… […]

    0

    0
  38. […] Pendapatan Setahun Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa & Najwa Latif Cecah Jutaan Ringgit (57… […]

    0

    0
  39. […] Pendapatan Setahun Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa & Najwa Latif Cecah Jutaan Ringgit (5… […]

    0

    0