Pendapat Seorang Pembaca Tentang Komen Di Entri Nanu Dan Anjing

Hiburan

Pendapat Seorang Pembaca Tentang Komen Di Entri Nanu Dan Anjing

Baru-baru ini Abang Nara ada menerima sepucuk email yang panjang lebar berkaitan entri Nanu Baharuddin bergambar dengan anjing. Untuk pembelajaran kita bersama, izinkan Abang Nara berkongsi email tersebut. Semoga kita mendapat sedikit sebanyak daripada apa yang cuba disampaikan.

nanu

Advertisement

Assalamualaikum abang Nara,

Pertama sekali saya harap abg sanggup membaca email ini sehingga habis, sebab saya ada satu perkara yang sangat2 penting, yang saya harap abang Nara dapat lakukan. Perkara ini berkaitan dengan agama Islam, jadi saya sangat2 meminta kerjasama abg Nara.
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan konsep blog abg, kerana selalu memberi teguran sinis kepada artis2 kita agar menjaga perilaku dan penampilan supaya tidak melanggar batas budaya dan agama. Saya sangat menyokong usaha abg Nara.
Akan tetapi tadi saya baru sahaja terbaca artikel abang nara bertajuk “Nanu Baharuddin Dan Anak Anjing Yang Comel” dari blog abg. Sudahkah abg lihat komen2 di artikel itu? Maaf, tetapi ikhlas saya katakan, saya sgt sedih dengan keadaan Melayu Islam skrg. Bermacam-macam komen menghina dikeluarkan. Itu tidak mengapalah, sebab mungkin itu cara mereka. Tetapi pada masa yang sama, bermacam2 hukum dikeluarkan disitu. Pegang anjing haramlah, anjing tidak boleh dijadikan binatang peliharaan dan bermacam-macam lagi fatwa dikeluarkan pengikut2 setia blog abg.

Saya bukanlah seorang yang mmapu menerangkan secara terperinci kepada abg tentang hukum hakam Islam, tetapi bg kes anjing ini, abg boleh rujuk disini supaya lebih mudah difahami. atau kalau abg termampu, sila rujuk kepada hadis sahih (bukhari dan muslim), serta dalil2 dalam Al-Quran untuk mencari kepastian tentang hukum memelihara dan memegang anjing. Saya tak galakkan cari di internet sahaja, sebab terlalu banyak hadis lemah yang diberikan oleh orang ramai. Jadi, sila rujuk kepada hadis Shahih Al-Bukhari atau Muslim untuk mencari lebih lanjut tentang hadis2 berkaitan.

Kita di Malaysia diajar untuk mengikuti mazhab, sedangkan ada kita terlupa perkara penting ini yakni Rasulullah bersabda:”Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang berharga:Kitab Allah dan keluargaku (al-Itrah)” (Sahih Muslim, Hadith Thaqalain). Ya, Imam Shafie mensyarahkan bahawa wajib bagi kita bersamak setelah memegang anjing, tetapi kenapa beliau berkata demikian? kerana terdapat perbezaan pendapat tentang hukum memegang anjing, dan Imam Syafie adalah seorang yang sangat berhati2. Imam Maliki, salah seorang dari 4 imam besar ahli sunnah wal jamaah, mengatakan tidak perlu samak jika memegang anjing, kecuali terkena air liurnya sahaja. saya petik pernyataan Imam besar Al-Azhar, Al Qardhawi

Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta’abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan.

 

Di atas merupakan pendapatnya yang terbaru, membatalkan pendapat beliau yang lama dalam kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

Ok berbalik kepada topik asal kita. Saya berharap abg Nara dapat membantu dengan menyedarkan masyarakat sekarang bahawa jangan terlalu mengikut perasaan, dan jangan buat hukum sesuka hati. Di sekolah, ustaz cakap anjing itu najis mughallazah sahaja, tapi bila nampak orang melayu pegang anjing, habis keluar hukum pegang anjing haram, bela anjing haram. Bukankah ini kiranya mencabar hukum Allah?agak2 apa balasannya kepada sesiapa yang memandai2 mereka hukum, kemudian mengatakan hukum itu adalah hukum Allah? saya mintak tolong dgn abg sebab mereka2 ini sangat dekat dgn abg, pembaca setia blog abg. Jadi kesian rasanya kalau mereka dapat dosa kering begitu sahaja, sebab malas mengkaji Al-Quran dan Al-hadis, sedangkan nabi suruh kita berpegang kepada kedua-duanya.

Tak ada pula nabi bersabda, ikutlah imam syafie, atau maliki, atau ghazali, atau hambali. Kita cuma mengikut pendapat Imam Syafie kerana kita ini tidak sepandai, setelus, serajin beliau, tapi jangan jadikan itu alasan untuk mengikut sahaja tanpa mengkaji. Mungkin kasar sikit bunyi perkara ini, tapi Imam Syafie pun tidak dijamin masuk syurga bukan? cuma kita mengikut nasihat dan syarahannya kerana dia lebih tinggi ilmunya dari kita, jadi kita berpandukan kepada syarahan dan sebab2 yang diberikan oleh dia untuk menentukan hukum sesuatu yang tidak jelas.

Jadi saya harap abg nara dapat baca hadis2 dan dalil2 macam saya tunjukkan di atas, kemudian nasihati pembaca2 supaya jangan memandai-mandai buat hukum sendiri. Kaji Al-quran, kaji Alhadis. kemudian baca syarahan2 para imam (syafie,ghazali,hambali,maliki) tentang sesuatu hukum, kenapa mereka berpendapat hukum sesuatu perkara begini, dan sesuatu yang lain pula begini. Jangan setakat dengar dalam kelas agama islam sekolah menengah sambil tersengguk2 mengantuk, kemudian keluarkan macam2 hukum dan fatwa. Tak elok dipandang manusia, apatah lagi pandangan Allah swt.

sekian, harap abg dapat membantu,

p/s: tolong la jgn keluarkan hadis yang “sesiapa bela anjing, malaikat x masuk rumah” or “nabi mengarahkan kami bunuh anjing dari yang kecil hingga besar” whatsoever. tengok dulu hadis tu sahih atau tak. By tengok dulu I mean rujuk kitab hadis sahih, bukan internet. tq

Tak perlulah saya bercakap panjang lebar tentang perkara ini, sebab saya berharap abg Nara boleh mencari dan membaca sendiri hadis dan dalil2 ini nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...