Penantian 4 Tahun Saya Termakbul – Ashraf Muslim

Hiburan

Penantian 4 Tahun Saya Termakbul – Ashraf Muslim

Seperti yang kita ketahui, baru-baru ini, isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama. Bayi lelaki tersebut telah pun dilahirkan secara pembedahan. Untuk makluman, Ashraf Muslim dan Dayana telah pun bergelar suami isteri sejak tahun 2011. Pastinya kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka.

dayana

Advertisement

Menurut Ashraf Muslim, nama anak ketiganya (2 orang anak hasil perkahwinan bersama Wan Sakinah) akan diberikan pada hari ketujuh mengikut sunnah. Kata Ashraf Muslim:-

Syukur pada Allah isteri dan anak dalam keadaan sihat. Buat masa sekarang, kedua-duanya masih dirawat di hospital.

Sepanjang proses bersalin, saya ada di sisi isteri. Apabila anak dilahirkan, saya sangat terharu. Bukan apa, penantian selama 4 tahun termakbul juga. Ini adalah rezeki berganda buat saya.

Apabila keluarga semakin besar, saya perlu urus dengan baik. Pada waktu sama, saya kena buat banyak persediaan.

ashraf muslim

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah atas kehadiran si comel ini dalam hidup mereka. Semoga ia akan menjadikan ikatan kekeluargaan mereka lebih mesra. Selamat membesarkan anak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...