Written by AbangNara | November 21st, 2013

Penanggal. Selaku orang Melayu, kisah seram mengenai penanggal  sering kali Abang Nara dengar. Lebih-lebih lagi ketika pulang ke kampung. Memang seram terbayangkan hantu penanggal ni berpisah kepala dengan badan dan terbang mencari mangsa dengan usus yang terlekat di kepala. Mangsa yang dicari tak lain tak bukan wanita yang sedang melahirkan anak.

penanggal

Mengikut imaginasi Abang Nara, rupabentuk penanggal lebih kurang macam gambar di atas. Seram kan? Jadi baru-baru ini apabila mendapat jemputan untuk menonton filem Penanggal arahan Ellie Suriaty, cuak jugak diri ni untuk menerimanya. Bukan apa, takut balik lepas tengok wayang ada terperasan benda-benda terbang akibat ketakutan yang melanda.

penanggal

Setelah berfikir panjang, Abang Nara gagahkan diri jua untuk melangkah ke The Curve untuk menonton filem Penanggal terbitan Grand Brilliance dan Astro Shaw ini. Rugi rasanya jika melepaskan peluang untuk melihat lakonan hebat Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Azri Iskandar, Zul Ariffin dan Datuk Sharifah Aini. Lagipun Abang Nara memang “die hard fans” Ummi Nazeera sejak melihat lakonannya dalam drama Nur Kasih dulu.

penanggal
Nampak cantik kan Ummi Nazeera di atas? Hayatilah kecantikannya kerana dalam filem Penanggal, memang wajah Ummi sangat lain. Bayangkan Ummi yang comel ini tiba-tiba bertukar menjadi garang, bengis, berdarah, menyeramkan dan seriau mata memandang apabila bertukar menjadi Penanggal. Hampir mengalir air mata Abang Nara namun itulah kehebatan teknik solekan yang digunakan dalam filem sera m ini. Memang boleh dipuji.

penanggal

Mengisahkan Murni (Ummi Nazeera) yang mewarisi saka penanggal daripada neneknya dan menimbulkan kekacauan di kampung yang disinggahinya, kemunculan Syed Yusof (Azri Iskandar) yang merupakan seorang penuh dengan ilmu agama dilihat dapat menyelamatkan Murni daripada kesesatan itu. Salah satu kekuatan filem Penanggal yang menelan belanja RM2.8 juta ini ialah mutu lakonan kesemua pelakonnya terutama Zul Ariffin yang memberikan impak maksima dengan watak lelaki yang nampak seperti jahat tetapi mempunyai hati yang bersih.

penanggal

Sinematografi filem Penanggal juga seharusnya dipuji kerana berjaya menimbulkan keseraman dan keindahan hutan dalam masa yang sama. Namun bagi Abang Nara, kekuatan filem Penanggal ini adalah daripada segi penceritaannya yang mudah difahami. Tidak ada kecelaruan, akhiran yang mengelirukan atau babak yang tidak masuk akal. Kesemuanya mudah untuk dihadam oleh para penonton tanpa perlu berfikir panjang. Nilai hiburan sebegini memang sukar dicari dalam filem seram.
penanggal

Salah satu adegan yang Abang Nara tidak boleh lupa ialah ketika Murni bergelut di dalam lumpur. Memang terserlah kepayahan Murni untuk cuba bangun daripada lumpur yang menyaluti dirinya. Daripada pemahaman Abang Nara, lumpur itu menggambarkan kegelapan dan kejahatan yang ada di dalam diri Ummi. Namun Murni cuba untuk keluar daripada kegelapan itu dengan usaha yang sekuat hati.

penanggal

Berjaya atau tidak untuk Murni pulang ke jalan yang diredhai Allah dengan bantuan Syed Yusof? Nak tahu kenalah pergi menonton filem Penanggal yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 28 November ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sebuah filem yang mendapat pujian bukan sahaja daripada media tempatan, tetapi juga media antarabangsa. Tempah tiket hari ini juga . Takut-takut sold out nanti.

50 responses to Penanggal Berterbangan Di Pawagam Bermula 28 November Ini

  1. gadis simpati says:

    macam seram jer…macam takut jer…macam2 jer………opssss……..seram tu…..penanggal!!!!!!!!huuhuhu…………..

    0

    0
    • Abby Adabi says:

      Sokong Ummi nazeera yg sudah berhijab kini..Tapi apa hukum aurat beliau masih dipertontonkan sedangkan beliau kini telah berhijrah..Sepatutnya pihak penerbitan filem patut lebih peka..Ummi kan dah bertudung, knp perlu ditayangkan lagi filem yang mendedahkan auratnya..Batalkan sahaja filem tersebut yg jelas2 filem tahyul semata2..Saham dosa secara tidak langsung terpalit kpd beliau..

      Teringat dulu, wardina safiyyah sendiri pernah melahar tindakan ntv7 menayang kembali spanar jaya di tv..

      Ummi perlu berani seperti wardina pertahankn maruah anda dan hak anda.

      #PeliharaAuratmuUntukSuamimu

      0

      0
      • Abby Adabi says:

        GMBAR YANG KETIGA DR BWH TU CAM PELIK JE

        KAT ATS KEPALA UMMI TU KETIAK NORMAH DAMANHURI KE APA?

        KNP PELIK JE KEDUDUKANNYA?

        0

        0
        • chika says:

          Bahagian anggota badan pun dh x kenal?? pelipat siku la tu..
          tu la fokus sangat nak ‘berdakwah’ kat org pasal dosa pahala…

          0

          0
        • Abby Adabi says:

          Sepatutnya abg Nara kena hilightkan mengenai ZUL ARIFFIN..Nak tahu sbb apa?Disebabkan nak berlakon filem punya pasal, beliau rela membelakangkan agama dalam kriteria2 memilih calon isteri..Beliau seolah2 menggadaikan agama apabila memilih Penerbit Gayatri su-lin Pilal sebagai bakal isteri agar mudah beliau mendapat tawaran berlakon filem n drama. Abby Abadi dulu pun dia sanggup tinggalkan semata-mata nak mencari wanita yang berkedudukan tidak mengira latar belakang agama mahupun usia.

          Khas u ntuk ZUL ARIFFIN dari ABBY ADABI:

          “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.”

          0

          0
        • adilalicious says:

          yuk kak ema …ayu..jom tengok citer ni ahad 1hb gaji yahooo~!!
          ingat tau sit aku sebelah laki korang

          0

          0
        • minah jambu merah biru says:

          itu kan tangan Nye damanhuri kan ape yg pelik Nye? cuma tangan dia Nampak macm besar gemok gitu kan…tapi betol ke itu tangan da? jangan2 tangan hantu takkkkkkkkk ?????????

          0

          0
      • SN says:

        You really sound like Abby Abadi. LOL

        0

        0
      • Ritu vs Aya says:

        Jangankan Umi nazira jer, yg dah meninggal berpuluh tahun mcm Saloma, Saadiah, Yusni Jaafar tu mcm mana?
        Yg masih hidup dan dah bertudung mcm Irma Hasmi, Diana Amir ngan Mizz Nina pon terima nasib yg sma

        0

        0
      • abby adabi sok suci says:

        hahahahahahaha . bongok nye engkau ni adabi . kau tak tahu ker cerita ni dah shoot SEBELUM ummi berhijrah A.K.A pakai tudung dengan sepenuhnya lagi ? . sebelum nak judge orang pasal aurat pasal maruah cermin diri kau dulu . ingat dengan cara kau komen caci maki orang tak tentu pasal kau tu PERFECT sangat lah .

        0

        0
        • mikan says:

          ko tak paham ni…mmg lah shoot long before ummi berhijab,tapi dia maksudkan since ummi dh brhijab skrang lebih baik jgn ditayang2 lagi filem yg ummi belakon free hair before ni.cancelkan tayangan la mksud dia..ermm tp tu la susah jugak kita nak halang..elli suriati dh spent bnyk kot..sedangkan ada director yg berhijab pun boleh mngarah filem plkon laki pompuan bsentuhan.apalagi aurat mmg msing2 tdedah sana sini.huhuhuhuhu

          0

          0
        • Dena says:

          Macam ni….Si Abby bongok ni maksudkan produser…

          to Abby Adabi, kau tak faham ke yang produser tu seorang peniaga? kenapa kau nk cakap bila umi dah bertudung Produser tu xboleh teruskan filem ni? sebabnya akan share saham dosa? kan? dan maksud kau kat sini jugak kalau ummi belum bertudung, produser boleh buat apa je tanpa share dosa ke?

          Ummi artis yg baru berhijrah. Dan dia hanya boleh ubah diri dia. dia tak boleh nk sekat periuk nasi orang lain semata2 dia dah berubah.. Allah tu maha pengampun kepada hambanya yang bertaubat. bila dia berubah dia x boleh nak paksa orang lain pun ikut berubah sama dengan dia.

          part wardina, dia tak melahar ntv7..sbb tu sudah dluar bidang kuasanya. drama itu dah jadi milik production yang menyiarkannya. apa yang dia boleh ckp masa tu..”kalau tak nak berdosa,jangan tengok” ramai orang kutuk dia masa tu,,tp aku setuju je. sbb itu dia yang dulu. dia yang sekarang sebolehnya taknak orang tengok dia yang dulu. tapi kalau orang nk tengok jugak,nak tengok jugak aurat dia,terpulang lah..tu lah yang dikata dosa masing2. penonton yang sengaja nk tengok kan?bukan dia yang suruh tengok. sama jugak ngan filem penanggal ni..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Abby bomgok abby bongokkkk.. Ppppplay far far kan,

          Cant stand your mulut ah. No wonder yr hubby runs away twice.

          The young man hubby can leave her in no time

          0

          0
      • Jantan Tulen says:

        JOM RAMAI2 GI TGK..NI FILEM LAST UMMI MASA FREE HAIR..RUGI2 TAK TGK BABE! DAH LAH MASA FREE HAIR CUN MELECUN RAMBUT LAK CANTIK GILE…JOM JOM…LEPAS NI LE BAYANG UMMI MCMNE MSA FREE HAIR DULU2..UNTUNGLAH SAPE DPT DIA JDI ISTERI..DH SAH2 CANTIK LUAR DALAM. DARI LEPAS KAWEN TGK RAMBUT ISTERI…ALAMAKKKKKK..MUKA JE CANTIK BILA BUKAK TUDUNG WEKKKKK!

        0

        0
        • luke pritchard says:

          so xpyh la kawen dgn dia…kawen ngan kecantikan yg tak kekal selamanya kat dunia tu…

          Ko ensem meletop sgt ke ni? nak jgk tgk…

          ciptaan Allah semuanya..

          0

          0
      • samad says:

        bangang apa ko ni dah keluar modal berjuta nak batalkan tayangan, kepala bapak ko nak bayar kos berjuta kat produksi tu ke ?

        0

        0
        • Anonymous says:

          Betul ah kata. Senang cakap Abby Adabi jau diam sudah, kau dah berhijrah
          Kau tak payah nak komen melampau.

          Kau lebih terok dari orang yang kau sebut. Orang meluat
          Dengarkan. Kau doakan orang2 tu dari jauh sudah itu lebih baik.

          Lagipun doa kan laki muda kau jamgan sampai kau kena tinggal
          Lagi. Aku tak tahan ah dengar mulutkau cocet cocet kutok orang.
          Ilmu kau tak seberapa la Byyyy

          0

          0
      • andai itu takdirnya says:

        mana la ade producer sggp bazirkn duit mcm tue.. dh penat2 shoot nk batalkn mcm tue jer.. konsepnyer sng.. ctr nie shhot mcm ummi blom hijrah.. so die dh terlps dosanye.. kita2 nie la jgn tgk aurat die.. nk tgk gak tanggong dosa sendiri.. ade ke ptt idea srh producer btlkn tyng mcm tue je.. kalo a. adabi pon penat2 labor 2 juta lebih ade org srh buat mcm tue kn adabi rase nk bg penampar kn

        0

        0
  2. eh! says:

    Sure tengok! suka lakonan ummi & fasha.. Mereka tak sekayu neelofa & nora danish!

    0

    0
  3. gadis simpati says:

    macam seram jer…macam takut jer……huhuu….seram ker????

    0

    0
  4. gadis simpati says:

    ye ke xmcm kayu??eh…ko tgklah nti lakonan sapa yg kayu??mcm xseram je muka si ummi tu…hahahahah…………

    0

    0
  5. monafendi says:

    aku first ke??oyehh bebehhhhhhhhhhhhhhhhhh

    0

    0
  6. cikgayah says:

    bukan nak kata apa . ni la filem kita . sama ada cinta tiga segi , seram , orang kaya , tu je la motipnye . macam mana la nak maju ? jangan ada kes villa nabila 2 sudah la . budak2 zaman sekarang ni mudah terpengaruh dengan media . buat la cerita yang ada jalan cerita yang membina . buat orang berfikir . baru la awesome . baru la ada peluang industri filem kita ni nak dikenali di mata dunia .

    0

    0
  7. miss S says:

    Mohon abg nara jgn gmbr ummi x brtudung. Ummi sudah pun berhijrah dn menutup aurat dgn sempurna.

    0

    0
    • Anonymous says:

      mohon ummi nazeera tinggalkan dunia lakonan juga,… lebih baik jual buah kurma online…terpelihara tudungnya :))

      0

      0
      • mikan says:

        setahu saya sejak ummi dh bhijrah ni, dia dah xbelakon dah..ce tengok ig dia, langsung xda gambar beliau…yang ada pun sisa2 lakonan beliau dlm dunia lakonan sbelum ni je tmsuk filem penanggal ni…tu pun kalu tak silap la,,kalau silap mohon dislike kan aje so boleh hiddenkan auta ni akakaka

        0

        0
  8. Miss S says:

    Mohon Abg nara jgn letak gmbr ummi x brtudung. Ummi sudah pun berhijrah dan menutup aurat dgn smpurna.

    0

    0
  9. Nok-Nok-Nok says:

    Nok ni jarang tengok TV atau Movie.
    Ada kekangan sebab kerja luar dari tanah air tercinta.

    Walaupun tak mengikuti sangat perkembangan artis tanah air, tapi apa yang Nok nak kongsi kat sini, Nok sokong filem ni.. The one and only reason- Pengarah nye..!!!!

    Bukan apa, sebab Nok waktu kat Malaysia dulu, memang Nok minat lakonan Ellie Suriaty ni..
    Di waktu zaman semua artis hanya pertaruhkan paras rupa, Ellie ni la dulu yang mempertaruhkan 100% bakat lakonan and memang berkesan. Apa2 watak pun semua menjadi and Nok remembered bout “Pah Bedah”..!!! Harap bakat lakonan tu dicurahkan kedalam pengrahan pertama beliau..
    Walaupun filem tanah air dikritik hebat peminat tempatan, harap pengarah ambil ikhtibar dan buat perubahan.. Nok sentiasa doa industri seni kita akan maju.
    Insyallah satu hari nanti Nok dapat tengok filem Malaysia dalam panggung wayang kat Europe ni..!!

    Ellie Suriaty., best of luck for your first movie ok..!!!

    Daaaaaaaaaaaaaaaaa…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Go Ellie go

      Jangan peduli,an si Abby Adabi. Dia ingat dia bagus sangat.

      Pergi dudok ajar orang at madrasah or masjid. Confirm orang tak
      Datang punya. Sebabb tu dia menyebok at BN

      0

      0
  10. ime1311 says:

    no wonder le zul ariffin dpt belakon dlm filem ni… rupanya salah satu produksi filem ni kekasih hati dia…

    0

    0
  11. ummi nazerah says:

    Nara ni memang lah…nak tunggu i sound ker…good job to kak elly suriati sebab ini salah satu filem seram terbaik sepanjang zaman………walaupun masih mengekalkan genre yang selalu menjadikan lambakan di negara ini…tetapi setiap inci filem penanggal membawa kelainan…Hanyut dan Penaggal juga mendapat pujian di luar negara..bravo salam :)

    0

    0
  12. one of the movie that i put in my list to watch at cinema…
    trailer pun dah gempaq…

    0

    0
  13. gigi emas says:

    Yahoooo….lambakan cerita hantu bodoh buat tatapan orang melayu yg sempit minda….sungguh cetek dan ketinggalan zaman orang melayu kita hingga cerita seperti ini yg di nanti-nantikan….cerita melayu kebanyakan:

    1. Unsur2 mistik yg tidak melambangkan kemajuan bangsa
    2. Tidak berquality dan memaparkan artis yg lemah
    3. Tiada Tarikan ilmiah dan membosankan
    4. Jalan cerita yg amat lemah dan skrip seperti tulisan budak sekolah
    5. Proses pembikinan filem yg agak mundur bila di bandingkan dengan filem dari Thailand, Indo..
    6. Kebanyakan artis yg berlakon tiada pembelajaran formal dalam bidang lakonan.
    7. Tiada elemen artistik yg dapat membawa filem ke arena antarabangsa
    8. Terlalu banyak “Cliche” yg di ketengahkan

    0

    0
  14. Artist Msia Semakin Teruk says:

    tahyul, merepek..dalam Al-Quran hanya disebut Iblis, Syaitan, Jin..tak pula diceritakan rupa bentuk mereka, tak juga dinyatakan dimana-mana mereka berbentuk seperti manusia/wanita/lelaki/binatang/etc. Mereka boleh menyerupai. Ini semua benda2 takde faedah yang boleh memundurkan pemikiran manusia, menanam sifat takut pada benda2 tahyul, dan sebagainya. Nara separutnya lebih bijak berfikir, bukan mengajak masayarakat percaya benda2 bodoh mcm ni. what good can it bring to the society? negative impact mmg banyak la dengan kebanjiran cerita2 merapu mcm ni, sampaikan anak2 kecil nak ke tandas dalam rumah sendiri pun takut..esok2 anak2 kamu pun akan jadi begini Nara..takut pada benda tahyul, tak takut Allah.

    0

    0
  15. amylee says:

    Bab Ummi dulu pakai tudung dan sekarang tak tu, tu something yg Ummi & producer kena tanggung. Apa2 keputusan kita buat dalam hidup, ada cause & effect. Masa Ummi sign contract, dia belum bertudung and after that dah bertudung. Mungkin both sides tanggung dosa tapi nak buat macamana. Like I said, you have to be responsible for your actions. Yang lepas tu, lepas la. Yang penting, Ummi dah bertudung sekarang. Yang lain, serahkan pada Allah untuk hukum. Wallahualam.

    0

    0
  16. nomercy says:

    ahaa jgn jdi mcm paku pontianak, dengo seram last2 mcm apo ntah, pontianak nangeh2 haha seram kat muzik jee, takde plak nak serang org lain, tuh je pelakon nyee hehehe,

    0

    0
  17. Sirap Limau says:

    seram ke cerita nih?

    0

    0
  18. Anonymous says:

    erm….tu ummi nazeera masa lom berhijab.. sama la plak macam ostajah abby masa lam kumpulan elite dulu. kalau la rangkaian tv tayangkan video klip dari kumpulan elite, dah tu ostajah abby tak bertudung, menari terkinja2… haa… camner plak tu?? cuba explain ckit abby adabi.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Pat pat gini kena batang si abby dia tak nak jawab.
      Mungkin besok sekarang tengah sibok berjenaah.

      Buka telokong aja, startla dia nak komen hal orang.
      Diri sendiri tak nak tengok. Agaknya anak2 dah
      Tutop sekolah dia da ada time nak konen orang sejak
      Kebelakangan ni. Kalau tidak tak ada nama dia.

      Mak menyebok….get lost man abby.

      0

      0
  19. penapis says:

    ermmm…. ni kisah benar … penah kene sampuk ngan penanggal ni… 2 mgu sakit belakang x baik2 rupa2nya … kene sampuk…sakit wooooooooooooo…. tp filem ni entah larrrr….mcm x serammm jewwwww

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Nasib baik Zul Ariffin tak ingin kan kau Abby. Puas hati amek Gayathri.

    Smart wonan lagi daripada Ustazah jadi.an tu.

    0

    0
  21. SZ Network says:

    Cerita hantu lagi.emmmm

    0

    0
  22. mr af says:

    nape filem higland tower xhebah2kan, penanggal nak plak????bias!!

    0

    0
  23. kak doyok SiR says:

    Kenapa abg nara tulis ade DATUK SHARIFAH AINI????????????? kak pah belakon jd ape dalam tuh???? curious i uols!!!! haha

    0

    0
  24. […] Penanggal Berterbangan Di Pawagam Bermula 28 November Ini (48) […]

    0

    0
  25. […] Penanggal Berterbangan Di Pawagam Bermula 28 November Ini (49) […]

    0

    0