Abang Nara suka Maher Zain. Lagu-lagunya best belaka. Namun Abang Nara tak pernah berpeluang untuk mendengar Maher Zain secara live di konsert-konsertnya. Baru-baru ini, Maher Zain baru sahaja selesai menjayakan konsert besar-besarannya di Malaysia. Dan menurut seorang wartawan di Utusan Malaysia, konsert tersebut tiada apa yang boleh dibanggakan.

Abang Nara petik sedikit tulisan yang tersiar di artikel ini untuk tatapan anda semua:-
Melihat persembahan Maher dari segi kawalan vokal, penyanyi itu tidak ada masalah kerana dia mampu bertahan menyanyi dari pukul 9.20 malam hingga 11.20 malam.
Cuma yang membuatkan persembahannya tampak sedikit cacat apabila dia kerap sangat menghulur mikrofon ke arah penonton apabila tiba bahagian korus.
Mungkin niatnya ingin mengajak penonton menyanyi bersama tapi dari segi lain dapat dilihat bahawa dia ingin mencari ‘nafas’ kerana penat.
Biar pun begitu, penonton yang terdiri daripada pelbagai usia kelihatan ceria kerana berpeluang mendendangkan lagu-lagu kesukaan mereka bersama penyanyi asal.
Bagi peminat setia Maher, mereka mungkin tidak nampak kekurangan pada persembahan penyanyi tersebut, namun secara dasarnya dia hanyalah seorang penyanyi biasa.
Tiada apa yang boleh dibanggakan kerana persembahannya yang diiringi oleh pemuzik daripada pelbagai negara itu tidak ada kemuncak.
Biarpun namanya dikenali di banyak negara namun dia hanya layak dilabel sebagai seorang penyampai vokal atau penyanyi sahaja.
Dia bukanlah seorang penyanyi serba boleh kerana ketika di pentas, Maher dilihat tidak mampu berkomunikasi baik dengan penonton.
Hanya pada lagu ke lima, Freedom, baharu Maher membuka bicara dengan ungkapan Assalamualaikum kepada penonton.
Melihat corak persembahan sebegitu, tidak dinafikan bukan semua penyanyi boleh menjadi penghibur, sebaliknya penyanyi begitu beruntung kerana lagu-lagu mereka popular
Oleh kerana tulisan yang jujur ini, seorang peminat Maher Zain di Malaysia telah meluahkan rasa kekecewaannya. Bagi Abang Nara, kalau kita sudah membayar harga yang agak tinggi untuk menghadiri konsert, pastinya kita mahukan yang terbaik. Jadi tak ada salahnya apa yang telah ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia ini kerana itu adalah pendapatnya.
Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca luahan kekecewaan peminat Maher Zain yang telah dikongsi menerusi Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club.
Assalammualaikum.
Seusai membaca artikel berkaitan Maher Zain dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (Ruangan Mega), saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan. Saya ingin mengulas dengan lebih detail isu yg dibangkitkan oleh wartawan utusan bernama Khadijah Ibrahim ini.
Saya mengklasifikasikan diri saya sebagai peminat muzik. Dan muzik yang diketengahkan oleh Maher Zain sejak album pertama adalah muzik yang sedap didengar. Susunan muzik yang baik ditambah dengan kelunakan suara sang penyanyi akan menjadikan lagu itu bertambah seronok untuk didengar. Bonusnya di sini, lirik yang kuat. mesej yang mendalam.. mengajak ke arah mencintai kebaikan, mencintai Rasul.. dan ia terlekat dihati kerana Maher berkarya melalui hatinya yang ikhlas.
Pernah dua kali saya berpeluang menyaksikan Maher Zain beraksi secara live, pertama semasa mini showcase nya di Audiitorium MBSA Shah Alam dan kedua semasa konsert mega pertamanya di stadium Melawati Shah Alam.
Walaupun saya bukan profesional dalam bidang seni muzik, tetapi saya boleh membuat kesimpulan mudah, YA, Maher Zain adalah penyanyi yang baik tetapi dia BUKAN performer yang cemerlang. YA, Maher Zain menghadapi kesukaran dalam berinteraksi dengan penonton, YA Maher Zain perlu mengambil nafas apabila keletihan dan kerap menghulurkan mic nye ke arah penonton, YA Maher Zain juga pernah menghadapi masalah teknikal dipentas dan pernah juga lupa lirik (rujuk kes Konsert di Stadium Melawati)
Diringkaskan cerita, Maher Zain saya akui BUKANLAH PENGHIBUR CEMERLANG seperti yang DIHARAPKAN wartawan bernama Khadijah Ibrahim ini. Tambahan, mungkin di mata beliau setelah 4 konsert dan harga tiket yang semakin meningkat (mungkin, tetapi saya kurang pasti) “Maher should offer much better performance than that”. Itu pandangan saya. tetapi saya mahu konklusikan hujah beliau di atas dengan bidasan-bidasan berikut :
1) Maher Zain bukan Michael Jackson. Maher Zain tetap seorang Maher Zain yang saya lihat seorang lelaki pemalu yang cuba melawan rasa nervousnya setiap kali berada di pentas. Kekuatannya ialah lagunya. Dan auranya. Peminat yang ikhlas meminati beliau dan perjuangan beliau datang ke konsert bukan untuk melihat beliau melakukan sesuatu yang fantastik. Mereka datang untuk melihat Maher dan mendengar lagu-lagunya yang sedap dan kuat mesejnya itu. Aura Maher menjadikan kita seronok melayan lagu dan persembahannya.
2) Kesedapan suara bersifat universal. Maher Zain tidak akan boleh membawa lagu ber pitch tingi atau pun berentak (beat) terlalu laju. Suaranya sedap untuk lagu-lagu yang dicipta olehnya untuk dirinya. Dan jangan lupa, mendendangkan lagu berunsur dakwah attitude di atas pentas juga perlu bersederhana. Di telinga peminat Maher, lagunya menarik, suaranya merdu dan mesejnya juga indah. Sudah cukup untuk memancing peminat ke konsertnya di mana-mana seluruh dunia. “Seluruh dunia”, OK?
3)Jika ditanya kepada peminat-peminat Maher Zain yang saya ceritakan di atas, yang mana hadir ke konsert sebagai salah satu tanda sokongan kepada lagunya, mesejnya dah Maher sendiri MEREKA/KAMI TIDAK KISAH Maher melakukan few technical mistake di atas pentas dan kelihatan agak kekok atau kaku utk berinteraksi dengan penonton.. bukan kerana buta muzik atau dibutakan oleh Maher. KAMI MEMINATI DAN MENYOKONG MAHER DENGAN CARA KAMI SENDIRI. Asalkan sentiasa kami semua di bawah redha dan perlindungan Allah…
Di Barat kartun-kartun bersifat ini adalah norm.. di Malaysia, kita akan cepat melatah, so Amar keep on your good work and life goes on. Berhati-hati jelah next time, ok?) Khadijah mungkin meletakkan standard expectationnya agak tinggi. Dari pembacaan saya macam dia sudah pergi kesemua konsert Maher, tapi boleh jadi juga dia baru saja kali pertama menonton konsert tempoh hari, dan terdorong mengulas berdasarkan “assumption’ dan opinion2 yg sudah didengar dari org sekelilingnya sebelum ini.
Semua org ada pendapat masing-masing. tetapi pada hemat saya sebagai wartawan, Khadijah perlu lebih berhati-hati membuat ulasan. Kita bukanlah nak dengar yang baik-baik saja. Kalau ada yang tak baik.. kritik secara beretika. Pendegar lagu Maher mungkin boleh terbahagi kepada beberapa kategori. Yang suam-suam. yang Minat orangnya saja. Yang belasah aje.. mcm2 lg la. tp kami di MZMFC ini terutamanya samada berkesempatan ke konsertnya baru2 ini atau tidak (sedihnye xdpt join hehe) menyokong Maher Zain dan perjuangan muziknya dan mesej2 dlm karyanya.
Selagi beliau seorang hamba Allah, Muslim yang patuh pada ajaran agama dan meninggalkan laranganNya, kami tetap di belakang beliau. sama-sama spread the good of Islam. itu yang penting. Tak kisah la MZ terkehel suara ke atas pentas, lupa lirik few times ke, tak pandai interaksi ke… kami tak kisah.. ya.. truely. so kepada yang kisah.. tak payah la pergi konsert beliau lagi pada masa akan dtg. tak payah la beli album beliau lagi. sebab yg penting KAMI KISAH PADA MESEJ DAN PERJUANGAN BELIAU. salam mzmfc.. dari saya yang jarang ada di wall ini.. tetapi selalu memerhati dari jauh dan menyokong perjuangan rakan2 mzmfc semua. assalamualaikum.
Raizal Rahim
Ahli Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)

Yang paling penting ialah maksud lagu itu dihayati..bukan setakat mendengar..
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
biar lh maher zain tu, mana2 org yg nyanyi lama mesti penat
tukar nickname ko dulu gay
TAPI TIKET KONSERT MAHER ZAIN MMG MAHAL…
kukukata.blogspot.com/2011/05/gambar-pasangan-gay-bersama-anak-anak.html
Iyelah, mungkin kite tak faham perasaan org yang beli tiket konsert mahal2.
Tapi apa yang Super-penting, kuasa dakwah yang dibawa melalui lagu2 beliau. Bukan hanya Muslim, malah non-Muslim turut terkesan dgn lagu2 Maher Zain. Usaha mempromosikan Islam & Nabi Muhammad SAW oleh Maher Zain sangat berjaya!
sekadar menyempit di laman sesawang yang banyak membawa kita ke lubuk dosa ini
abang nara, cuba kita buka mata lebih luas untuk kita hayati apa itu konsert maher zain. saya bukan lah peminat maheer zain. tapi setahu saya maher zain adalah penyanyi yang mahu berdakwah. dia berdakwah dari nyanyiannya. besar pahala itu, kenapa kita nak harapkan hiburan dari konsert yang lebih kepada berdakwah ini. mungkin konsepnya lain sedikit kalau ustaz azhar konsepnya berceramah dan maher zain konsepnya ialah nyanyian. jangan terllalu ghairah dengan hiburan duniawi abang nara. tak di bawa ke mati. yang penting kita hayati lagunya bukan hiburannya. kalau kita perlukan hiburan mari lah kita ke club zouk dan panggil lah artis seperti dayang atau faizal tahir yang mereka memang sentiasa sedia memberi hiburan duniawi untuk kita. kalau kita ke konsert dakwah begini. niat cuma satu.. berhibur sambil menghayati islam.
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
mereka ini tiada pendirian..
tolong jangan sempitkan pemikiran tu
entah, sah2 die kutuk org yg haramkan valentines day, kenapa korg still suka die ha?? dh la menyombong x hingat! xcaye tny la press, dia mmg besar kepala since die tau die femes kat sini!
Mawi juga berdakwah tetapi dicerca dihina
xkan nak suh terkinja2 cam kpop kot??maher zain ni berdakwah..lagu sume mmbawa erti mndalam.cite sal ketuhanan dan cintakan rasul.pastu nak trkinja2?duhh~
time kpop kamu pun pergi, terkinja2. bodoh.
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
tetibe cetuskn kontroversi pehal? zatul ada package yg hebat sbg pnyayi? pls la wei.. buka mata, buka minda.. jgn taw mgutuk org n jadi juri x btauliah. kalo ye pon obses sgt ngan zatul x perlula ko nk kutuk2 caroline. kt ruangan maher zain plk 2…
cerita apa ni?
who the fffff is zatul? tak glemer
Hahaha.. orang yang tak boleh terima artis kegemaran sendiri di kondem je yang menggelupor semacam seperti Anonymous di atas.. hehehe..
Fakta sebenar, caroline tak berapa hebat dalam performance, tapi dia masih boleh belajar.. dia masih muda.. dan dia boleh pergi jauh kalau dia betul2 belajar untuk memantapkan diri..
Go Caroline Go!
masej sesebuah lagu boleh mendidik dan menjadi panduan dari segi tindakan… etika sesebuah persembahan dakwah tidak boleh terlalu dibanding dengan persembahan yg cuma utk menghibur… Dakwah melibatkan sesuatu yg tersemat di hati yg mana bila kt pulang kita perolehi sesuatu dan dijadikan sebahagian panduan membaiki diri hubungan dengan ALLAH SWT dan manusia.. Dari segi teguran wartawan mungkin betul ..apa pun kita bersyukur kerana masih ada muzik dakwah hari ini melihat kepada Nasyid Malaysia yg makin tenggelam dan kadang2 terkeluar dari batas nasyid yg mereka bawa sendiri.. Selagi arah muzik dakwah ni betul dan sentiasa kuat di atas aliran mereka sendiri apa salahnya kita bagi support… Teguran sekadar membaiki diri dan kita tak boleh nak buat semua apa yg org suka.. contohnya Siti satu ketika dulu kuat pegangan pada isu bergambar dengan lelaki….last2 prinsip dia tu org terima juga kerana ikhlas dia pada dunia hiburan. Dan hasilnya sampai sekarang dia adalah yg paling sukar digugat dari segi kualiti seorg penyanyi dan usahanya..terutama muzik etnik…All the best
Yang penting dia xberdosa seperti artis lain yg menyampaikan lagu lirik memuja2 kekasih hati.. lagu dia berkonsepkan islam.. dalam islam pun cakap kita perlu bersederhana dalam segala hal..
haramkan lagu memuja kekasih. macam lagu Siti Nurhaliza. dari wajah kekasih apa cer. butttotooooooo
haaa dia x berdosa seperti artis lain?? since bila die maksum???
Nama pun bawa lagu2 dakwah… abis tu korang nk suruh Maher Zain bawa lagu dakwah dengan penari pengiring ala2 K-Pop ke?
Kesederhanaan tu penting… janji makna bait2 lirik tu berunsur ketuhanan.
orang nak dengar dia nyanyi. bukan bagi mic kat adik awak utk nyanyikan. kami bayar!!!
pes ! ha hai ! kenape lah minah jambu pes !
sile belajar mengira dgn lebih kerap lg bg meningkatkan kefahaman anda tentang no….
pergi mampos minah
Aku pegi konsert dia. Klu korg jadik dia, larat ke nyanyi smpi lebih 2jam tanpa henti? Mesti pancit kan. Btw, aku pon kurang selesa dgn tempt duduk yg dorg sediakan. Byr rm300++ tp duduk atas kerusi merah/ putih plastik yg org buat kenduri. Tp bila difikirkan tu kan padang, x kn dorg nk letak sofa bagai atas padang? Baper byk lak kerosakan dorg nk kena tanggung? Mungkin aku x terasa sbb aku dpt tiket percuma sbb aku keje dgn salah satu sponsor dorg. Tp korg patut bersyukur sekurang2nya dia x miming. Aku respect dia sbb dia humble, setiap hari aku jumpa dia x der pulak nk pakai bodyguard nk iring dia sepanjang masa. X mcm sesetgh local artis..
dia ada cakap tak, harga tiket tu mahal sebab utk tujuan amal? sebab selalunya lah.
la dah tentu maher zain nih nyanyi lagu ketuhanan dan nasihat
tak kan la die nak terkinje2 atas pentas tue..
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
[...] Abang Nara suka Maher Zain. Lagu-lagunya best belaka. Namun Abang Nara tak pernah berpeluang untuk mendengar Maher Zain secara live di konsert-konsertnya. Baru-baru ini, Maher Zain baru sahaja selesai menjayakan konsert besar-besarannya di Malaysia. Dan menurut seorang wartawan di Utusan … Continue reading → [...]
aku penah pegi konsert Maher Zain masa kat stadium Ipoh dulu. bagi aku takde masalah pun MZ hulur mike bg penonton nyanyi sama. dia nak hilangkan penat ke ape tpulangla kat dia. at least dia takdela nampak semput sangat kat atas stage. sbg peminat lagu2 MZ, aku mmg puas hati sgt dengan konsert tu. Lagu2 yang memperingati Allah dan Nabi. memang terbaiklah. Kenapala kita nak rendah2 kan orang lain? setahu aku MZ takdela ckp diri dia tu bagus. dia memang penyanyi biasa pun. Biarpun dia bukan serba boleh, dia tetap menghiburkan hati orang lain. Maher Zain keep it up! :)
orang nyanyi lagu2 dakwah pun orang komplen. wartawan khadijah ibrahim ni ada komen ke konsert2 k-pop, justin bieber, artis2 luar negara, artis2 dalam negara yg lebih tak senonoh?
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
ko ni mesti wartawan khadijah 2 kan??? x yahlah nk gune name len nk backup dri sndiri… hahahha
she IS paid. Unless she’s been shown the exit door for THAT stupid piece. Salam jumaat :-)
sory grammar jews.. ahahaha
sikit2 wartawan khadijah. dah lama kot dia menulis. kenapa baru sekarang korang balas kritik dia? kalau artis lain, kemain mengiyakan aje. bodoh.
SIKIT2 PETIK NAMA AKU!! DASAR DARI WAJAH KEKASIH!
nak kritik boleh..bukan kutuk/jatuh kan orang..dia boleh guna ayat yang lebih baik kot…
guna ayat dah habis baik dah tu. korang senang sangat sentap.
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
kebanyakan artis pn cm 2..yg pntg mesej dlm lagu 2..kte dgr lagu yg berunsurkan ketuhanan xperlu la nk tergedik2/terkinja2 atas pentas..lagu yg dinyanyikan ada mesej nasihat dan bukannya benda lagha..
xperlukan vokal yg trlalu hebat kalau msh yg ingin dsampaikn trcapai…
maksud penulis, kalau masa korus yang orang nak dengar sangat suara penyanyi tu, nyanyilah part 2. mungkin orang lain yg bukan fan sangat nak dengar part korus tu. nak dengar mesej dia. sila fahamkan
saya rasa kamu silap, conan. vokal itu penting untuk menarik perhatian pendengar. rata2 yg datang nak dengar suara Maher Zain.
itulah dnamakan konsert bukan lagha
aku penah tgk konsert dia ms kt stadium melawati dulu…beliau mmg humble..igt lg masa muzik x sama dgn suara nyanyian beliau..2 kali..2 kali beliau ulang…beliau x rase segan mintak maaf…beliau mahukan semua peminatnya berpuas hati..dan mesej jgk smp…
maher zain ! maher zain !
kenapa perlu tgk pada mutu vokal? di nyanyi pn atas tujuan utk berdakwah. bukan kerana duniawi semata mata. masyarakat malaysia ni dah pelik.
macamana nak sampai kalau suaranya tak didengari?
teruklah wartawan ni, penyanyi yang bawa lagu ketuhanan pun dikecamnya. Penyanyi luar yang terkinja2 tu xlak dikondem. Ntah apalah… Pasal harga tiket yan mahal, xpayah nak bising2 bukan duit dia pun. Peminat pun tahu, mana pelaburan yang baik. We paid more for good…Bukan untuk nak lompat2 cam beruk tu (walaupun masuk free)….
Peace no War…
sir, we condemn everything. everything that should be said.
bagusla comment2 kali ni…xde satu pon yg org dislike…thumbs up
kn bgus kalau tiap2 hari server nara down hehehe, smpai entry izara aisyah dh bertukar jd bhase alien, sepatah haram aq x paham
ko pun bahasa macam alien. AKU lah bodoh!
Semua orang terlupa perjuangan asal maher zain… nak komen2 vocal plak! :p
pelik kan org skarang ni..org buat keje2 dkwah pun nk dibantai..klu korg sndiri xmampu bdakwah, at least bg skongan pun dpt gak saham phalanya..org yg nk kan kbaikan akn rsa trkesan di jiwa dan rsa dekat dganNya bla dngar lagu2 ktuhanan ni.. lirik nasyid tu sndiri dah bkata2..itu bezanya dgn lagu merapu yg perlu di cover oleh pnyanyi yg cntik, seksi bijak bkomuniksi bagai! hati yg kotor mmg slalu nmpak kburukan bbnding kbaikan..tpuk dada tanyalah iman!
maher zain kata valentines haram, dia kata org yg haramkan tu bodoh! korg xtau ke? baik sgt ke maher zain?
bukan kau ke yg bodoh..? dia mazhab lain la..
dia mazhab ape? boleh aku tau?? pastu mazhab lain tetibe bleh kutuk2 fatwa org lain? dia siapa? alim ulamak?
milah kau yg bodoh.
y la org ska sgt nk judge bnda yg baik….ermmm da nma pon mnusia…anyway pasal MZ i pg pon coz i nk tgk n dgr lgu2 dia…n alhamdulillah lgu dia sgt menyentuh jiwa n fhm msg dakwah yg dia smpikn…cba tgk dr positive way k..dia tu pendakwa not k-pop :-P
KPop lagi buruk bunyinya. Suara tak lepas.
bengong, takkanlah dia nak meloncat sana sini, pastu loncat atas penonton baru kira gempak punya concert. this is the Islamic concert. bukan concert untuk kaki arak ngan tongeng. betullah apa org kata, wartawan sekarang dah lari jauh dari etika kerja dorang. kerja2 dahwah nak dipertikaikan, memang dasar tak ada otak.dasar sempit. malula sikit. memula kes pasal Maher Zain lupa nak pegi rancangan slot pagi apa tah kat tv9 .tulis ngan kondem yang bukan2. wartawan melodi akal sempit tuduh Maher tak bangun pagi tapi si bahalol tu silap. Maher Imamkan Org solat kat shah alam. ni apa pulak? org2 baik semua nak dipertikaikan, yang bawak benda2 buruk OK JEEEEEE bagi kamu wartawan ya. shame on u.
sedangkan nasyid kpop pun terkinja2. tapi perlulah halalan toyyiba.
tak perlu terasa, minta maaf sahaja.jangan terasa sampai cakap pun dah melalut.
betol tu. wartawn khadijah tak perlu lagi nak menegakkan benang yg basah. you know you were wrong. mengaku salah tak semestinya kita dibawah. mungkin Allah akan naikkan lagi darjat kita.
maher zain bukan nak jadi penghibur. die cume suka cipta lagu. tujuan die cipta lagu pon bukan untuk orang meng’agung2′kan dia. bukan jugak untuk buat orang joget2 histeria bile pegi konsert dia. lagu2 dia bertujuan untuk menyerapkan jiwa islam dalam diri peminat2 dia. & tak mustahil boleh menarik orang yang dah jaoh dari islam sendiri (maybe wartawan pon boleh start mendalami lirik lagu die. bukan PERFORMANCE dia) & bukan islam. he’s not there to perform. tapi untuk menyampaikan islam melalui lagu2 dia, ATAS PERMINTAAN PEMINAT dia sendiri. harap wartawan faham apa PERJUANGAN maher zain yang sebenarnya.
biasa la lumrah manusia..semua nk y trbaik..semua nk y bagus..cuba klau kita y nyanyi cam maher d konsert..x ke semput d buatnya.. klau kita nyanyi lama pn akan semput n penat..maher pn manusia biasa gak..nk y terbaik mcm mana lgi..PELIK LA..
hello..nk suruh maher terkinja2 cam beruk ke?dah tentu la maher dia nyanyi secara berdakwah..so fhm2 la..
di saat aku terjatuh,dalam kehidupan..selain lebih mendekatkan diri dgn ALLAH,lagu2 maher zain juga banyak membantu utk aku trus bangun dan bertahan..thanks 4 ur meaningfull songs maher zain..:)
Korg kurang pendengaran ke apa? Sound system sket punya kuat, lg x dengar apa dia nyanyi? Aku rasa klu korg dok luar stadium pon still blh dgr suara dia. X paham aku manusia ni. X kn dia nk nyanyi nyaring2 mcm ziana zain? Kau ingat kt padang masyar tu nanti kau beratur panjang utk masuk pertandingan sapa nyanyi paling nyaring ke?
kalau nak tengok konsert semata2 pasal performance, pi la tgk kpop. bukan semata2 persembahan saja yg org datang nak dengar maher zain nyanyi.
abg nara oit tgkla die ni retis jenis ape…bukan retis k-pop nk terkinja kinja macam beruk bekeng baru nak kata berbaloi bayar tinggi……kpop len la xsah kalu x buka sana sini terkinja2..ni abg maher zain ni,meyampaikan dakwah melalui lgu….citt poodah…petame kali aku rase xsuke artikel abg nara
Dalam berdakwah ni byk cabarannya. Saya bukan peminat Maher Zain, dan tak minat sape2 pun tapi ada lagu2 yg saya minat tak kira siapa yang bawa. Tapi saya setuju dgn pendapat peminat maher zain ni. Dia bukan penghibur macam MJ ke WH ke MC ke. dia sampaikan mesej ketuhanan jadi sebagai org islam kita kena tahu macam mana batas org yg membawa mesej agama ni?. Tentulah performance dia tak sama dgn performance penghibur yang versatile ke apa ke. Tu lah cabaran kalau nak agungkan jalan Allah ada je org yang nak komplen. Tapi mungkin juga MH boleh baiki performance dia spy org yg bayar tiket mahal2 puas hati. Baiki komunikasi dgn penonton spy penonton rasa dihargai. Yang beli tiket tu betul kanlah niat. Apa sebab nak tgok konset dia?
Maher Zain mungkin tak ada bakat sebagai penghibur, tp bagi aku penyanyi yg perlu pandai menghibur ialah jenis penyanyi yg takda bakat lain selain menyanyi..contoh dia takda bakat cipta lagu, main alat muzik etc…cuma tahu nyanyi lagu orang bagi..kalau penyanyi jenis ni tak pandai menyanyi n menghibur, itu aku tak minat ar.. tp macam Maher Zain ni, dia ada bakat cipta lagu n main alat muzik dah..so no problem kot.. Dlm seni ni yg paling penting ialah ‘jiwa’..sebab tu seni itu dinamakan seni, ia halus..bila kita dgr org tu nyanyi, boleh rasa jiwa dia, jadi maksud lagu tu smpai walaupun dia tak menghiburkan..dgr sambil pejam mata pun kita faham kan… Tp apapun, Maher Zain kan menyanyi utk tujuan berdakwah, rasanya yg penting penghayatan kita dgn maksud lagu dia je kot..apa hairan dia pandai ambil hati penonton atau tak… IMO…
Saya akan pastikan Maher Zain tidak akan datang ke Malaysia lagi kerana kita ada Mawi
Alahai taksubnya dengan maher zain smpai nak back up2..biarlah org nak kritik pun…mana ada org yg boleh puaskan hati semua org..malulah suka lagu dakwah tapi taksub dengan penyanyi smpai org nk kritik pun tak boleh..islam tak ajar kita taksub2 ni..bersederhana sudah la
bukan secara amnya konsert mmg haram ke? Hari tu kat page lain pung pang pung pang ckp apa2 jenis konsert pun haram…tak paham aku dgn mentaliti msyrakat kite ni…kalau dah suka sangat dgr lagu, dgr kat radio ke, hp ke sudah la…apa tujuan nak tgk live sebenarnya? Buang duit je pergi konsert2 ni.. Kalau betul suka, beli je album ke, cd dia…….
poyolah wartawan utusan malaysia tu cam bgs aje….boleh blah
eh kalau dah peminat tegar dia iyekan aje. peminat macam ko la yang bodoh.
makcik suke lagu2 yg Maher Zain dendangkan. Lagunya ada ‘jiwa’. Menitis air mata bila ‘nyanyi’ bersama dan dengar bait2 dlm dendangan lagunya, sangat indah..dan of course, ia membawa satu keinsafan yg mendalam. Kagum dgn sifat humble MZ, dakwahnya kita sama sokong, semoga dgn alun2an lagu bersifat dakwah ini dpt menarik jiwa2 kita menjadi insan2 yg baik, dan tenang. ameen.
penghibur – mahu jadi tumpuan dan org terhibur dgn persembahan mereka shj
penyanyi lagu dakwah – mahu pendengar sama2 memahami lirik, bkn sekadar mendengar..
mgkin ini sbb MZ selalu bg mic dekat penonton kot..sbb selalunya part chorus yg org hafal..
p/s:hanya pemerhati yg sekadar mendengar lagu d radio.. :)