Peminat Adi Putra Pertikai Keputusan ABPBH2012

Hiburan

Peminat Adi Putra Pertikai Keputusan ABPBH2012

Baru seminggu ABPBH2012 berlangsung, hari ini kecoh di Twitter apabila peminat Adi Putra mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan. Penganjur majlis tersebut, Kak Cham telah diminta memberi penjelasan mengenai jumlah undi sebenar yang diterima oleh para pemenang ABPBH2012.

abpbh2012

Advertisement

Menurut info yang diberikan oleh peminat Adi Putra yang bergelar 1HotLovers, jumlah undian yang dihantar oleh mereka melebih 42,000. Namun begitu, di dalam BiPop hari ini, jumlah undian untuk Adi Putra dimaklumkan hanya sekitar 24,000. Ini menyebabkan peminat-peminat Adi Putra mempersoalkan cara pengiraan undi dilakukan.

adi putra

Tambah mengkagumkan apabila peminat Adi Putra turut sama berkongsi gambar-gambar suratkhabar Berita Harian yang mereka beli semata-mata untuk mengundi pelakon kegemaran mereka itu.

adi putra

Menurut Kak Cham pula, sebelum keputusan diumumkan, pihak Media Prima telah melakukan audit untuk memastikan keputusan adalah telus. Namun jawapan tersebut masih tidak memuaskan hati para peminat Adi Putra. Mungkinkah banyak undi yang rosak? Mungkinkah ada konspirasi pengiraan undi? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka yang terbabit.

UPDATE: Peminat Adi Putra memaklumkan yang mereka mempertikaikan pengiraan undi terhadap Adi Putra dan bukannya keputusan yang telah diumumkan. Ini kerana jumlah undi yang diumumkan adalah tidak sama dengan apa yang telah mereka hantar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...