Written by AbangNara | July 5th, 2014

Sesungguhnya berita pemergian Datuk Sharifah Aini buat selama-lamanya amat mengejutkan rakyat Malaysia. Menurut Astro Awani, jenazah Allahyarham disembahyang 2 kali di Masjid Taman Tun Dr Ismail kerana terlalu ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Biduanita Negara ini. Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur nanti di Taman Perkuburan Bukit Kiara.
sharifah aini meninggal duniaAntara rakan artis yang hadir ke Masjid TTDI ialah Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza, Hail Amir, DJ Dave, Zaiton Sameon, Hattan dan ramai lagi. Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Sementara itu di laman sosial, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak turut sama mengucapkan takziah atas pemergian Sharifah Aini.

najib razak

Berikut ialah beberapa ucapan takziah para selebriti lain dan juga pemimpin tempatan:-

najib razaknajib razaknajib razaknajib razaknajib razak

najib razak
najib razak

najib razak
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguh pemergian beliau di bulan Ramadhan ini pastinya amat dirasai. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Sharifah Aini. Sesungguhnya negara kita telah kehilangan satu permata yang tidak ternilai harganya. Al-Fatihah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Pemimpin & Rakan Selebriti Ucap Takziah Atas Pemergian Sharifah Aini

  1. nok gebuzzz says:

    Al-fatihah….semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditmptkan dikalangan org yg beriman……..Amin…………..

    0

    0
    • Chef Wan Jr. says:

      Bunga Tanjung, Mawar Utk Mama & Suasana Hari Raya few of the many of Kak Pah’s Song. I’m truly so sadden by this berita la. I dont think anyone would replace her. Very unique her voice make my bulu roma stand straight gitu when I hear she sings live. My heart O M G breaking into pieces after I heard she dah passed away last night while baking pandan cakes at my house. You alls pray la and wish takziah la kan. And one more benda, tolong don’t go and ambush her rumah sakit la, give Kak Pah’s family a sedikit privacy…..dont be like that la please. Not sweet when they go kepoh kepoh like Tijah dan Joyah like circus show….please respect and have manners. How dare them all especially reporters2 and bloggers tu kan? Very messy they all !!! Peaceeee….

      0

      0
      • Bedah says:

        Good bye Yuna cakap…cam x sesuai la. Macam cakap kat driver teksi je. Apa daaaa….x respect langsung Biduanita Negara. Ingat member ko ke?

        0

        0
        • mawar says:

          Kami fans dari Indonesia, berasa dukacita atas meninggalnya kak fah,smg Almarhum diterima disisiNya amin dan berada dalam kalangan orang soleh.

          0

          0
      • Sedey... says:

        Aku sedih dgn kehilangan Kak pah…
        but aku even more sedey dgn bahasa chef wan jr yg ke longkang nih…
        selamat berpuasa CWJr…ko pergi tukor contact lens ko skrg…warna hijau kelabu tu xsesuwai tuk ko…semak!!

        0

        0
      • Anonymous says:

        Chef Wan Jr… yang truly bodo.

        Daripada ngko dok pong pang pong pang macam orang bodoh / keyboard warrior , lebih baik ngko baca surah yassin atau hadiahkan fatihah pada rohnya…

        0

        0
    • miss ynwa says:

      sembahyang jenazah 2 kali sebab ramai sgt nak bagi penghormatan?
      SO HATERS arwah kakpah yg gigih dislike seguni entry kakpah hidap H1N1 tu semua da bole pegi mampos

      0

      0
      • Kepoh says:

        dalam maner?

        0

        0
        • Kami Sayang Kak Pah !!! says:

          dah selamat dikebumikan…amin.

          0

          0
        • Baby AA says:

          tiada yg lebih hebat bg seorg ibu bila anknya sndri imamkn solat jenazahnya..semoga rohnya berbahagia di jannah amin….

          0

          0
        • Olga says:

          Ya Allah..beruntungnya arwah dikurniakan anak tunggal yg warak dan soleh….hansem pulak tu. Korang? Sembahyang 5 waktu pun cicir dan kucar kacir. Pengakhiran hidup yg bahagia buat Kak Pah. Muhasabah la ye especially yg kaki pukul bini dan dera anak2….Amin.

          0

          0
        • Pink Mommy says:

          Bertuah dpt anak mcm nie….jadi contoh kepada2 anak2 muda sekarang. Amin.

          0

          0
        • Anonymous says:

          beruntungnya manusia yg bernama Sharifah Aini, seorg penyanyi yg berada dlm dunia penuh glamer tp mampu utk memberi pelajaran agama yg secukupnya pada anak. hatta jenazah ibu pun dia sendiri yg imamkan solat jenazah. Allahuakbar!… Al Fatihah utk arwah. antara amalan yg tak putus ialah doa dari anak yg soleh. Contoh kepadapara ibu bapa diluar sana…..

          0

          0
      • Datin Semahs says:

        Suasana Hari Raya

        “Rasalah ketupat ini
        Dengan rendangnya sekali
        Sudilah rasa kuihku
        Pilihlah yang mana satu

        Hai… di hari begini
        Kita menjamu selera
        Kita bermaaf-maafan
        Di suasana hari raya”

        The #1 Hari Raya song ever…… by Datuk Sharifah Aini !!!

        0

        0
      • Raja Bomoh says:

        Contoh terbaik utk kita semua dan artis2 yg hanya nk kejar glamour tapi hidop kucar kacir. Anak lelaki imamkan solat jenazah wei. Allahuakbar..semoga roh dicucuri rahmat. Berjaya dia didik anak. Berbaloi walaupun seorang saja. Anak Cik Ta…sebok nk beli BWM. Sediiiih !!!!

        Al Fatihah.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Al Hafiz la anak Kak Pah tu…dia boleh bagi syafaat kpd ibu nya kelak….sejuk hati melihat anak kak pah sendiri mengimamkan ibu kandungnya……ini anak peyejuk mata…..kak pah consider ibu yg berjaya.semoga rohnya ditempat org2 yg beriman.

          0

          0
        • Anonymous says:

          moga anak arwah yg perempuan pun rajin mendoakan ibu mereka….

          0

          0
  2. Kami Sayang Kak Pah !!!! says:

    Truly diva of Malaysia…after Saloma !!!!

    0

    0
  3. MAK JEMAH says:

    KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA ….

    0

    0
  4. ana says:

    semoga diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. alfatihah.

    0

    0
  5. Ibu Merah@5469 says:

    Kau sirami embun menyegarkan pepohonan.Kau bukakan tabir siang untukku…Pergimu tiada penganti. Alunan suara emasmu akan kurindui..Al-Fatihah. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..Semuga di Jannah tempatmu..Amin.

    0

    0
    • LoveKakPah says:

      Betul Betul sayunye !!! Sedihh
      Slama ni org duk hina maki dia !! Tp dia brjaya ajr anak dia !! Universiti Madinh kna hafal quran wehh beruntung kak pah!! Btw 100000000000000love 4kakpah!!

      0

      0
      • LINDA says:

        Betul tu, sedihnya dengar lagu mama tu, penyanyi yg ada kelas tersendiri, suaranya tiada siapa pun boleh tiru. LOVE Kak Pah, semoga tenang di sana

        0

        0
  6. Cik Sofie says:

    Al-fatihah… dan salam takziah buat keluarga Datuk Sharifah Aini,Jasamu untuk negara tetap dikenang dan dihargai oleh setiap generasi akan datang. bersama-sama kita doakan.

    myT.com.my

    (RM 10 Tshirt printing)

    0

    0
  7. Johan says:

    Terasa kehilangan dengan pemergian beliau

    0

    0
  8. dayang says:

    Al-fatihah…semuga arwah ditptkn di kalangan org2 yg beriman…

    0

    0
  9. Lady Red says:

    Al-Fatihah buat Allahyarhamah Sharifah Aini… beruntungnya arwah kerana solat jenazahnya diimamkan oleh anak lelakinya sendiri..

    0

    0
  10. LoveKakPah says:

    Kak pah !! Sy suka sgt dgn Suara lunak lemak manis santan kelapa mudah kak pah!! Kak pah biduanita yg xboleh dicari diganti!!! Al fatihah utk kak pah !
    Kak pah i luv U! Pandai kak pah didik anak beljr pun dkt universiti madinah !!! Insha-Allah kak pah akn bertemu dgn ank kak pah nanti disyurga!!!

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Al fateha
    Semuga kita tak lupa sedekahkan al fatihah setiap kali terdengar alunan lagu2 nye

    0

    0
  12. Aku LELAKI says:

    “goodbye” tak berapa sesuai untuk orang melayu dan islam.

    0

    0
  13. alice says:

    Inalillah…
    Yg haritu kutuk2 dia psl fitnah2 tu..maafkan dia..
    Ok? Dah.. dia dah tak ada dah. Jadi maafkanla dia.
    Allah suka kita permudahkan urusan org lain..
    Mungkin kita tertanya kenapa kita je nak mengalah..
    Tapi 1hari insha allah kita tak tahu apa rahsia allah..

    0

    0
  14. jelesdgnkakpah says:

    Entah apa kebaikan yang arwah buatvsepanjang hayatnya…kita tak tahu…dia dapat pengakhiran yang baik di bulan baik pulak tu…subhanallah…hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita…tengok anak dia tak berjubah tak payah lilit serban 10kali…pun boleh imamkan solat jenazah mak dia..sederhana tapi bermakna….

    btw.anak dia dah kahwin belum?

    0

    0
  15. Al-fatihah…semuga arwah ditptkn di kalangan org2 yg beriman

    0

    0
  16. Fish Fairuz says:

    Al-fatihah buat allahyarhamah… semoga rohnya dtempatkan d klangan org2 yg beriman…
    Dan buat artis2, dharap jgn seksi-seksa lg esp abil n che ta krna mati itu PASTI …

    0

    0
  17. otai says:

    Good bye pala hotak ko yuna…owg islam sbut inallillah dan alfatihah..otak taruk lutut…murtad da minah ne

    0

    0
    • Nok-Nok-Nok says:

      Subhanallah,

      Tak baik murtadkan orang lain. Kita sendiri pun tak tahu amalan kita diterima Allah atau tidak. Mungkin pemikiran Yuna agak sedikit kebaratan tapi kita sendiri tak tahu pengakhiran hidup kita dan pengakhiran hidup yuna macam mana. Beasr kuasa Allah beri hidayah buat arwah KakPah hijrah sedikit demi sedikit sampai akhir hayat.

      Daaaaaaaaaa

      0

      0
  18. katie holmes says:

    Perasan omputeh sejak dua menjak dah ngetop kt obersea ni. Tu yang main goodbye aje. Apa lah tak respect langsung.

    0

    0
  19. damai says:

    Bila baca nukilan terakhir buat anak dia Aliff, airmata mengalir kesedihaan. Subhanallah, cara dia didik anak sgh membanggakan dan alhamduillah dia meninggal dlm keadaan husnul khotimah dan disaksikan oleh anak dia sendiri dan diimankan sendiri oleh anak dia. Itu lah harga yg bernilai buat ibu sebenarnya. Semoga anak2 kita wpun bukan semua at least satu dapat jadi anak soleh/solehah seperti Aliff Omar, aamiin……

    0

    0
  20. […] Pemimpin & Rakan Selebriti Ucap Takziah Atas Pemergian Sharifah Aini (40) […]

    0

    0
  21. mamat says:

    semoga rohnya dicuri rahmat.semua lagu-lagunya aku suka dan jadi kenangan sepanjang hayatku.aku pernah bergambar dengannya, aku akan simpan gambar itu sebagai kenangan. D. S. aini ada satu saja di dunia ini. Permergian beliau tiada gantinya.

    0

    0