Selepas 11 tahun, akhirnya pembunuh Along Spoon tetap dijatuhkan hukuman mati. Along Spoon telah dibunuh ketika berumur 19 tahun dan sedang meniti zaman kegemilangan dengan lagu “Rindu Serindu-Rindunya”. Salah satu lagu feveret kami time bercinta masa sekolah dulu.
Semoga dengan hukuman yang dijatuhkan ini bakal memberi sedikit kegembiraan kepada keluarga Along Spoon. Akhirnya keadilan tertegak jua. Dengar ceritanya motif pembunuhan Along Spoon adalah kerana cemburu buta dengan hubungan Along Spoon dengan si isteri pembunuh. Inilah jadinya bila amarah menguasai diri.
Al-Fatihah kepada arwah Along Spoon.