Written by AbangNara | September 6th, 2013

Oh yeah ~~~~~ Abang Nara tengah happy sangat-sangat sekarang. Bukan apa, semalam mesin basuh mini LG telah pun tiba di rumah Abang Nara. Untuk makluman korang, LG Mini Washing Machine ini adalah direka khas buat para ibu untuk membasuh baju-baju anak mereka. Memang terbaik!!!

lg mini washer

Orang yang paling gembira dengan kehadiran LG Mini Washing Machine ini sudah tentulah isteri Abang Nara. Makin senanglah dia nak basuh baju anak Abang Nara yang comel itu. Basuhan menggunakan LG Mini Washing Machine adalah sama dengan cucian tangan. Ini semua kerana teknologi 6 Motion Direct Drive yang ada di dalam mesin basuh ini.lg mini washerAbang Nara masih tak sempat explore kesemua function yang ada di dalam LG Mini Washing Machine ini. Tapi Abang Nara paling suka dengan mode “Speed Wash” yang hanya mengambil masa 17 minit sahaja. Kalau nak basuh baju cotton pun ada mode “Cotton Course” yang akan berpusing selama 30 minit. Tak sabar rasanya nak try mode-mode lain yang ada dalam LG Mini Washing Machine ini.
lg mini washerSalah satu lagi fungsi kegemaran Abang Nara ialah kita boleh mengawal suhu air yang digunakan di dalam setiap basuhan. Suhu paling tinggi ialah 95 darjah celcius yang pastinya akan membasmikan bakteria dan kotoran degil dalam baju bayi. Memang Abang Nara suka sangat sebab kebersihan baju yang dipakai oleh anak Abang Nara terjamin 100% bebas kotoran dan benda-benda yang boleh buatkan dia sakit.

lg mini washer

Terima kasih kepada LG, kini salah seorang pembaca BeautifulNara turut sama berpeluang untuk membawa pulang LG Mini Washing yang didatangkan dengan 10 tahun jaminan ini. Hanya perlu jawap 3 soalan di bawah.

1. Apakah salah satu daripada 6 Motion Direct Drive teknologi yang digunakan di dalam LG Mini Washing Machine ini?
2. Berapa minitkah LG Mini Washing Machine gunakan untuk menyiapkan basuhan di dalam fungsi “Speed Wash” dan “regular Cotton course”?
3. Apakah suhu air tertinggi yang digunakan dalam LG Mini Washing Machine untuk membasmikan bacteria and kotoran degil bagi baju bayi?

Senang je kan soalannya? Hantarkan jawapan anda ke contest@beautifulnara.com beserta slogan lengkap “Saya sangat mahukan LG Mini Washing Machine ini kerana……”. Suka hati koranglah nak buat panjang mana pun. Tunggu apa lagi? Kalau tak pasti jawapan, boleh layari laman web LG untuk info lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Peluang Menangi LG Mini Washing Machine Dengan Menjawab 3 Soalan Mudah

  1. amirnawawi says:

    Wah! Menarik nih.. Saya memang tengah mencari mesin basuh sekarang nih..

    0

    0
  2. invisible me says:

    Menarik ni. Mesin basuh baru untuk rumah baru. Hehe

    0

    0
  3. Kak Moon says:

    Yay… Dah send email. Harap2 ada rezeki kan? yg sedia ada dah uzur sgt.

    0

    0
  4. ??? says:

    Untung la dia….

    0

    0
  5. fazira says:

    ya..saya dh emailkn dh..harap sgt dpt..mesin basuh saya dah rosak..belum cukup bajet untuk beli y baru..harap la sangat..insyaallah..rezeki untuk baby saya..

    0

    0
  6. erin says:

    hopefully for new baby n new Washing Machine =)

    0

    0
  7. nani says:

    abg nara mcm mana nk sertai.. xjumpa pon dekat contest@beautifulnara tentang LG ni..

    0

    0
    • Anna says:

      Nani, layari laman LG untuk mengetahui lebih lanjut. contest@beautifulnara untuk hantar email jawapan dan slogan je. Soalan dah ada kat atas.

      0

      0
  8. ila says:

    Dah join..harap2 terpilih..amin

    0

    0
  9. ratu tat nenas says:

    camane nak antar jwpn ni abg nara..tak jumpe la …

    0

    0
  10. Miss Gwiyomi says:

    Moga ada rezeki yang baik untuk saya dan keluarga.
    Amin.

    0

    0
  11. Syima Emi says:

    best gile hadiah ni abg nara.. nak try la..

    0

    0
  12. AkmaFaizal says:

    Wahh…saya nak! :)

    0

    0
  13. Ceh says:

    Hello Abg Nara, C0ntest menang Ipad yg dah lama tu kesudahannya mcm mn. Nak Promo kemain pjgnya, resultnya x tahu pun

    0

    0
  14. Fikah says:

    Saya dah hantar penyertaan. Harap saya ada rezeki untuk menang

    0

    0
  15. guli pecah says:

    dah email..arap2 dpt mng lah…TQ nara I love ur contest

    0

    0
  16. Suhana says:

    terbaiklahhh…smoga ade rezeki kami :)

    0

    0
  17. Miss Gwiyomi says:

    Assalammualaikum Abang Nara,

    Maaf, sekadar bertanya. Bila nama pemenang peraduan ini akan diumumkan?

    0

    0
  18. mysarah4 says:

    yay dah submit! untung2 ada rezeki untuk bakal baby saya.. :)

    0

    0
  19. hana says:

    saya dah hantar contest..sila cek ye

    0

    0
  20. zana says:

    Semoga ada rezeki babyku yang xlama lg akan kuar :)
    Mudah-mudahan aminnn..

    0

    0